SATURDAY | 7 RABIULAKHIR 1448 | 19 SEPTEMBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Ministry of Education through the Spiritual Activities Division, Department of Co-Curriculum Education today held the Final Round of the Selected Surahs Memorisation Competition for Secondary Schools and Colleges Nationwide 2026/1448 at the Conference Hall, Islamic Da’wah Centre, Kampung Pulaie.
The Guest of Honour for the event was Yang Mulia Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil, Acting Director of Islamic Studies, Ministry of Religious Affairs, Brunei Darussalam.
The Preliminary Round of the Selected Surahs Memorisation Competition for Secondary Schools and Colleges Nationwide 2026/1448 was held over two days on 26 and 27 August 2026. A total of 16 government and private secondary schools participated in the competition, with 22 male participants and 18 female participants.
From the participants, only the four participants with the highest marks in each category will advance to the Final Round of the competition.
The champion of the competition for the Boys Category was won by Awang Md Nur Taufiq Shauqi bin Haji Sofian from Sekolah Menengah Berakas, while the runner-up was Awang Muhammad Aisy’ Afham bin Haji Mohamad Aduka from Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab, third place went to Awang Md Azrien bin Karim from Sekolah Menengah Berakas and fourth place went to Awang Abdul Waiz Sahmi bin Sahminan from Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.
Meanwhile, the champion of the competition for the Girls Category was won by Dayangku Wajihah binti Pengiran Khairul Nazri from Sekolah Menengah PAP Hajah Masna, the runner-up was Dayang Nabilah Kamalia Amani binti Mohamad Shah @ Muhammad Lutfi Hadi from Sekolah Menengah PAP Hajah Masna, third place went to Ampuan Nur Syahiratul Arissa Faezah binti Ampuan Haji Sukami from Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) and fourth place went to Dayang Nur Azzahrah Naajehah binti Mohamad Sufrizan Afizal from Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.








__________________________________________________
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN HAFAZAN SURAH-SURAH PILIHAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB SENEGARA TAHUN 2026/1448
HARI SABTU | 19 SEPTEMBER 2026 | 7 RABIULAKHIR 1448
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Pertandingan Hafazan Surah-Surah Pilihan Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara Tahun 2026/1448 bertempat di Dewan Persidangan Pusat Da’wah Islamiah, Kampung Pulaie.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada acara tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Peringkat Saringan Pertandingan Hafazan Surah-Surah Pilihan Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara Tahun 2026/1448 telah diadakan selama dua hari, iaitu pada 26 dan 27 Ogos 2026. Sebanyak 16 buah sekolah menengah kerajaan dan swasta telah menyertai pertandingan tersebut, dengan penyertaan seramai 22 orang peserta dalam kategori lelaki dan 18 orang peserta dalam kategori perempuan.
Daripada jumlah peserta berkenaan, empat peserta yang memperoleh markah tertinggi bagi setiap kategori akan mara ke peringkat akhir pertandingan.
Juara pertandingan bagi Kategori Lelaki disandang oleh Awang Md Nur Taufiq Shauqi bin Haji Sofian dari Sekolah Menengah Berakas, manakala Naib Juara ialah Awang Muhammad Aisy’ Afham bin Haji Mohamad Aduka dari Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab dan tempat ketiga ialah Awang Md Azrien bin Karim dari Sekolah Menengah Berakas dan tempat keempat ialah Awang Abdul Waiz Sahmi bin Sahminan dari Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.
Manakala juara pertandingan bagi Kategori Perempuan disandang oleh Dayangku Wajihah binti Pengiran Khairul Nazri dari Sekolah Menengah PAP Hajah Masna, manakala Naib Juara ialah Dayang Nabilah Kamalia Amani binti Mohamad Shah @ Muhammad Lutfi Hadi dari Sekolah Menengah PAP Hajah Masna dan tempat ketiga ialah Ampuan Nur Syahiratul Arissa Faezah binti Ampuan Haji Sukami dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) dan tempat keempat ialah Dayang Nur Azzahrah Naajehah binti Mohamad Sufrizan Afizal dari Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam.




0 Comments