SUNDAY | 15 RABIULAKHIR 1448 | 27 SEPTEMBER 2026
BERAKAS – The Ministry of Education, through the Department of Co-Curriculum Education in its capacity as the Sports Events Committee for the Teachers’ Day Celebration, in collaboration with the Brunei Darussalam Netball Association (BNA), today held the Finals of the Netball Tournament in conjunction with the 36th Teachers’ Day Celebration 2026 at the Multipurpose Hall (MPH), Hassanal Bolkiah Sports Complex.
Present as the Guest of Honour to award the prizes was Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.
The tournament was divided into 2 categories: Beginners Category with 4 participating teams and Open Category with 8 participating teams. Participation in the tournament was open to officers and staff, including teaching personnel serving under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs, particularly those from the Department of Islamic Studies, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) and Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
The champion of the Beginners Category was BDS Owlettes, while the runner-up was NBF and third place went to the Department of Islamic Studies. The champion of the Open Category was Rogue, while the runner-up was Higher Education Institution and third place went to the Department of Islamic Studies.
The Netball Tournament is one of the sports and recreational activities organised to enliven the 36th Teachers’ Day Celebration 2026. One of the objectives of this tournament was to encourage staff from the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs to actively participate and compete in sports. Additionally, the tournament aims to foster a spirit of harmony and bond between the two ministries.





________________________________________________________________
PERINGKAT AKHIR KEJOHANAN BOLA JARING
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KE-36, TAHUN 2026
HARI AHAD | 15 RABIULAKHIR 1448 | 27 SEPTEMBER 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum selaku Jawatankuasa Acara-Acara Sukan bagi Sambutan Hari Guru dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Brunei Darussalam (BNA), pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Kejohanan Bola Jaring sempena Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026 di Dewan Serbaguna (MPH), Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.
Kejohanan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori Beginners dengan penyertaan sebanyak 4 pasukan dan Ketegori Terbuka dengan penyertaan sebanyak 8 pasukan. Penyertaan bagi kejohanan ini dibuka kepada pegawai dan kakitangan, termasuk tenaga pengajar yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, khususnya daripada Jabatan Pengajian Islam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Juara pertandingan bagi Kategori Beginners disandang oleh pasukan BDS Owlettes, manakala naib juara ialah NBF dan tempat ketiga ialah Jabatan Pengajian Islam. Juara bagi Kategori Terbuka disandang oleh pasukan Rogue, manakala naib juara ialah Institusi Pengajian Tinggi dan tempat ketiga ialah Jabatan Pengajian Islam. Kejohanan Bola Jaring ini merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah yang dianjurkan untuk menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026. Antara tujuan kejohanan ini adalah untuk menggalakkan warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bergiat aktif serta berdaya saing dalam sukan. Selain itu, kejohanan ini diharap dapat memupuk semangat harmoni dan silaturrahim dalam kalangan kedua-dua kementerian tersebut.




0 Comments