SUNDAY | 15 RABIULAKHIR 1448 | 27 SEPTEMBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Department of Co-Curriculum Education, in its capacity as the Sports Events Committee for the Teachers’ Day Celebration, today held the Finals of the Seven-a-side Football Tournament in conjunction with the 36th Teachers’ Day Celebration 2026 at Sekolah Rendah Mabohai Field.
Present as the Guest of Honour to award the prizes was Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Deputy Permanent Secretary (Policy and Religious Affairs), Ministry of Religious Affairs.
This year, a total of 24 teams participated in the tournament. Today’s matches marked the final stage of the tournament to determine the champion, runner-up and third-place winner. Participation in the tournament was open to officers and staff, including teaching personnel serving under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs, particularly those from the Department of Islamic Studies, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) and Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
The champion of the Final Tournament was Universiti Brunei Darussalam ‘A’, while the runner-up was Gabungan IRK Rendah Kerajaan and third place went to Gabungan Guru and Guru Ugama. This tournament is one of the sports and recreational activities organised to enliven and further commemorate the 36th Teachers’ Day Celebration 2026. One of the objectives of the tournament was to enhance competitiveness and encourage active participation among personnel of the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs. In addition, the tournament aimed to foster harmony and strengthen the bonds of friendship and fellowship among the staff of both ministries.





___________________________________________________________
PERINGKAT AKHIR KEJOHANAN BOLASEPAK TUJUH ORANG SEPASUKAN
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KE-36, TAHUN 2026
HARI AHAD | 15 RABIULAKHIR 1448 | 27 SEPTEMBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum selaku Jawatankuasa Acara-Acara Sukan bagi Sambutan Hari Guru, pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Kejohanan Bolasepak Tujuh Orang Sepasukan sempena Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026 bertempat di Padang Sekolah Rendah Mabohai.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Pada tahun ini, sebanyak 24 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. Perlawanan pada hari ini merupakan peringkat akhir bagi menentukan juara, naib juara dan tempat ketiga. Penyertaan bagi kejohanan ini dibuka kepada pegawai dan kakitangan, termasuk tenaga pengajar yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, khususnya daripada Jabatan Pengajian Islam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Juara bagi Peringkat Akhir Kejohanan disandang oleh Universiti Brunei Darussalam ‘A’, manakala naib juara ialah Gabungan IRK Rendah Kerajaan dan tempat ketiga ialah Gabungan Guru dan Guru Ugama. Kejohanan ini merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah yang dianjurkan bagi menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026. Antara tujuan kejohanan ini adalah untuk meningkatkan daya saing dan penglibatan aktif warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Selain itu, kejohanan ini diharap dapat memupuk semangat keharmonian dan silaturrahim antara kakitangan kedua-dua kementerian.




0 Comments