TUESDAY | 17 RABIULAKHIR 1448 | 29 SEPTEMBER 2026
BERAKAS – The Ministry of Education through the Uniform and Service Division, Department of Co-Curriculum Education in collaboration with the Blood Reserve Division, Blood Donation Centre, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital (RIPAS), Ministry of Health, today held the Blood Donation Campaign in conjunction with the 36th Teachers’ Day Celebration 2026, held at the Main Hall, Ministry of Education.
A total of 43 pints of blood were collected during the campaign, which was opened to Ministry of Education staff and the public. The donations will contribute to the blood bank reserves at the Blood Donation Centre, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital (RIPAS). Among the objectives of this campaign were to raise public awareness about the importance of blood donation in saving lives, as well as to help increase the blood reserve at the Blood Donation Centre, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital, Ministry of Health. The Blood Donation Campaign is also part of the activities to further enliven the 36th Teachers’ Day Celebration 2026.






________________________________________________________________
KEMPEN DERMA DARAH
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KE-36, TAHUN 2026
HARI SELASA | 17 RABIULAKHIR 1448 | 29 SEPTEMBER 2026
BERAKAS –Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Bahagian Tabung Simpanan Darah, Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan, pada hari ini telah mengadakan Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026 bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.
Sebanyak 43 pain darah telah dikumpulkan semasa kempen ini, yang dibukakan kepada warga Kementerian Pendidikan dan orang ramai, yang akan menyumbang kepada simpanan tabung Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Antara objektif kempen berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa, di samping membantu menambah simpanan tabung Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kementerian Kesihatan. Kempen Derma Darah tersebut juga adalah sebahagian daripada aktiviti untuk menyemarakkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026.




0 Comments