TUESDAY | 17 RABIULAKHIR 1448 | 29 SEPTEMBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education through the Department of Co-Curriculum Education, in its capacity as the Sports Events Committee for the Teachers’ Day Celebration, today held the Finals of the Badminton Tournament in conjunction with the 36th Teachers’ Day Celebration 2026 at the Youth Centre’s Hall.
Present as the Guest of Honour to award prizes to the winners was Yang Mulia Dr Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education.

The tournament was participated by a total of 91 male participants and 20 female participants. The men’s competition was divided into five categories, namely the Men’s Doubles B1 and Above Category, Men’s Veterans 45 and Above Category, Men’s Open Singles Category, Men’s Doubles B2 and Above Category, and Men’s Doubles C3 and Below Category. Meanwhile, the women’s competition comprised one category, namely the Women’s Open Doubles Category.

Participation in this tournament was open to officers and staff, including educators currently serving under the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs, particularly from the Department of Islamic Studies, Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), and Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
The champions for the Men’s Doubles B1 and Above Category were the pair Dr Hazri bin Hj Kifle and Dr Hj Abdul Hanif bin Dato Paduka Hj Mahadi, while the runners-up were the pair Dr Hj Azman bin Ahmad and Awang Hj Norjemee bin Jenek, and third place went to the pair Dr Eddy Fazlin bin Hj Amdan and Awang Julaihi bin Mohamad.



The champions for the Men’s Veterans 45 and Above category were the pair Awang Fadzillah bin Hj Md Seruddin and Awang Ali Mustapha bin Hj Abdul Hamid, while the runners-up were the pair Awang Md Hassan Din bin Hj Untong and Awang Hasli bin Othman. The third place was shared by the pairs Awang Mohammad Taib Alikhan and Awang Abdul Aziz bin Jubli, as well as Awang Cicysuni Chong and Awang Lim Hock Siong.
The champion for the Open Men’s Singles category was held by Awang Ali Mustapha bin Hj Abd Hamid, while the runner-up was Awang Hj Md Noor Fadhlullah bin Hj Md Yusop. Third place was shared by Awang Ahmad Nabil bin Hj Yahya and Awang Ahmad Ikhwanuddin bin Hj Ali.
The champions for the Men’s Doubles B2 and Above category were the pair Awang Hamdi bin Effandi and Awang Mohammad Hasrul Izzat bin Hj Abdul Wahab, while the runners-up were the pair Awang Zulfika bin Hj Ali Hassan and Awang Mohamad Harddi bin Hj Puasa. Third place was shared by the pairs Awang Muhammad Hazmi Rafiiuddin bin Abd Rahman and Awang Aun Chin Ming, as well as Awang Cicysuni Chong and Awang Lim Hock Siong.
The champions for the Men’s Doubles C3 and below category were the pair Awang Ahmad Nabil bin Hj Yahya and Awang Hj Md Noor Fadhlullah bin Hj Md Yusop, while the runners-up were Awang Abdul Aziz bin Jubli and Awang Mohamad Syafiq bin Ashak. The third place was shared by Awang Hj Shahrin bin Hj Mohd Yusof and Awang Haji Salman bin Hj Husin, as well as Awang Mohd Afandi bin Sahdun and Pg Md Syukrin bin Pg Md Yusof.
The champions for the Women’s Doubles Open category were the pair Dayang Hjh Chan Hazney binti Abdul Hariz and Dayang Sabarinah binti Hj Mohammad Sa’at, while the runners-up were the pair Dayang Najmah Matshah and Dayang Rabi’atul Nazurah binti Hidup. The third-place spot was shared by the pair Dayang Maslyiani and Dayang Syazana Akmal Al-Shokey, as well as the pair Dk Sri Ridhwanah binti Pg Matarsat and Dayang Siti Munirah binti Hj Hamzah.
The Badminton Tournament is one of the sports and recreational activities organised to enliven the 36th Teachers’ Day Celebration 2026. Among the objectives of this tournament is to encourage staff from the Ministry of Education and the Ministry of Religious Affairs to actively participate and compete in sports. Additionally, the tournament aims to foster a spirit of harmony and bond between the two ministries.




________________________________________________________
PERINGKAT AKHIR KEJOHANAN BADMINTON
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KE-36, TAHUN 2026
HARI SELASA | 17 RABIULAKHIR 1448 | 29 SEPTEMBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum selaku Jawatankuasa Acara-Acara Sukan bagi Sambutan Hari Guru, pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Kejohanan Badminton sempena Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026 bertempat di Dewan Pusat Belia.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Dr Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.
Kejohanan ini telah disertai oleh seramai 91 orang peserta lelaki dan 20 orang peserta perempuan. Kejohanan bagi peserta lelaki dibahagikan kepada 5 kategori iaitu Kategori Beregu Lelaki B1 Ke Atas, Kategori Beregu Lelaki Veteran 45 Ke Atas, Kategori Perseorangan Lelaki Terbuka, Kategori Beregu Lelaki B2 Ke Atas dan Kategori Beregu C3 Ke Bawah. Manakala, peserta wanita bertanding dalam satu kategori iaitu Kategori Beregu Wanita Terbuka.
Penyertaan bagi kejohanan ini telah dibukakan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan termasuk tenaga pengajar yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, khususnya daripada Jabatan Pengajian Islam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Juara bagi Kategori Beregu Lelaki B1 Ke Atas disandang oleh Pasangan Dr Hazri bin Hj Kifle dan Dr Hj Abdul Hanif bin Dato Paduka Hj Mahadi, manakala naib juara ialah Pasangan Dr Hj Azman bin Ahmad dan Awang Hj Norjemee bin Jenek dan tempat ketiga ialah Pasangan Dr Eddy Fazlin bin Hj Amdan dan Awang Julaihi bin Mohamad.
Juara bagi Kategori Lelaki Veteran 45 Ke Atas disandang oleh Pasangan Awang Fadzillah bin Hj Md Seruddin dan Awang Ali Mustapha bin Hj Abdul Hamid, manakala naib juara ialah Pasangan Awang Md Hassan Din bin Hj Untong dan Awang Hasli bin Othman. Tempat ketiga bersama disandang oleh Pasangan Awang Mohammad Taib Alikhan dan Awang Abdul Aziz bin Jubli serta Pasangan Awang Cicysuni Chong dan Awang Lim Hock Siong.
Juara bagi Kategori Perseorangan Lelaki Terbuka disandang oleh Awang Ali Mustapha bin Hj Abd Hamid, manakala naib juara ialah Awang Hj Md Noor Fadhlullah bin Hj Md Yusop. Tempat ketiga bersama disandang oleh Awang Ahmad Nabil bin Hj Yahya serta Awang Ahmad Ikhwanuddin bin Hj Ali.
Juara bagi Kategori Beregu Lelaki B2 Ke Atas disandang oleh Pasangan Awang Hamdi bin Effandi dan Awang Mohammad Hasrul Izzat bin Hj Abdul Wahab, manakala naib juara ialah Pasangan Awang Zulfika bin Hj Ali Hassan dan Awang Mohamad Harddi bin Hj Puasa. Tempat ketiga bersama disandang oleh Pasangan Awang Muhammad Hazmi Rafiiuddin bin Abd Rahman dan Awang Aun Chin Ming serta Pasangan Awang Cicysuni Chong dan Awang Lim Hock Siong.
Juara bagi Kategori Beregu Lelaki C3 Ke Bawah disandang oleh Pasangan Awang Ahmad Nabil bin Hj Yahya dan Awang Hj Md Noor Fadhlullah bin Hj Md Yusop, manakala naib juara ialah Pasangan Awang Abdul Aziz bin Jubli dan Awang Mohamad Syafiq bin Ashak. Tempat ketiga bersama disandang oleh Pasangan Awang Hj Shahrin bin Hj Mohd Yusof dan Awang Haji Salman bin Hj Husin serta Pasangan Awang Mohd Afandi bin Sahdun dan Pg Md Syukrin bin Pg Md Yusof.
Juara bagi Kategori Beregu Wanita Terbuka disandang oleh Pasangan Dayang Hjh Chan Hazney binti Abdul Hariz dan Dayang Sabarinah binti Hj Mohammad Sa’at, manakala naib juara ialah Pasangan Dayang Najmah Matshah dan Dayang Rabi’atul Nazurah binti Hidup. Tempat ketiga bersama disandang oleh Pasangan Dayang Maslyiani dan Dayang Syazana Akmal Al-Shokey serta Pasangan Dk Sri Ridhwanah binti Pg Matarsat dan Dayang Siti Munirah binti Hj Hamzah.
Kejohanan Badminton ini merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah yang dianjurkan untuk menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-36, Tahun 2026. Antara tujuan kejohanan ini adalah untuk menggalakkan warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bergiat aktif serta berdaya saing dalam sukan. Selain itu, kejohanan ini diharap dapat memupuk semangat harmoni dan silaturahim dalam kalangan kedua-dua kementerian tersebut.




0 Comments