Home 5 Press Releases 5 RATIB AL-ATTAS RECITATION AND DOA KESYUKURAN IN CONJUNCTION WITH WORLD MENTAL HEALTH DAY 2026 FOR MINISTRY OF EDUCATION

RATIB AL-ATTAS RECITATION AND DOA KESYUKURAN IN CONJUNCTION WITH WORLD MENTAL HEALTH DAY 2026 FOR MINISTRY OF EDUCATION

Oct 10, 2026 | Press Releases

SATURDAY | 28 RABIULAKHIR 1448 | 10 OCTOBER 2026

BERAKAS –The Ministry of Education, through the Counselling Division, as the Working Committee for the Ministry’s World Mental Health Day 2026 celebration, today held the Ratib Al-Attas Recitation and Doa Kesyukuran in conjunction with World Mental Health Day 2026, as part of the Ministry’s programme of activities for the celebration.

The recitation of Ratib Al-Attas and Doa Kesyukuran, held online, was led by Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Education Officer, Counselling Division. with participation of officers and staff of the Ministry of Education, as well as educators from educational institutions.

The event was held as part of efforts to raise awareness of the importance of mental health care from a spiritual perspective. The Doa Kesyukuran was also held in conjunction with World Mental Health Day, which is observed annually, with this year’s theme, “Lived Experiences Heard: Real Voices, Real Change”.

This year’s theme emphasises the importance of listening to the stories and lived experiences of individuals facing mental health challenges, while encouraging society to be more empathetic, non-judgmental, and to engage directly with those affected, rather than simply speaking about them. The involvement of individuals with such lived experiences can also help ensure that the support provided is more person-centred, recovery-oriented, inclusive and humane.

____________________________________

MAJLIS BACAAN RATIB AL-ATTAS DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA TAHUN 2026 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

HARI SABTU | 28 RABIULAKHIR 1448 | 10 OKTOBER 2026

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kaunseling, selaku Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Tahun 2026 bagi kementerian, pada hari ini telah mengadakan Bacaan Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Tahun 2026 sebagai sebahagian daripada pengisian sambutan berkenaan.

Bacaan Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran yang diadakan secara dalam talian telah dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pegawai Pelajaran, Bahagian Kaunseling, dengan penyertaan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan serta tenaga pengajar daripada institusi-institusi pendidikan.

Acara ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental dari aspek kerohanian. Bacaan doa kesyukuran turut diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang diraikan pada setiap tahun, dengan tema tahun ini “Pengalaman Hidup Didengari: Suara Sebenar, Perubahan Sebenar” (Lived Experiences Heard: Real Voices, Real Change).

Tema sambutan bagi tahun ini menekankan kepentingan mendengar kisah dan pengalaman hidup individu yang menghadapi cabaran kesihatan mental, di samping menggalakkan masyarakat untuk lebih berempati, tidak menghukum serta berkomunikasi secara langsung dengan individu yang terkesan, berbanding sekadar bercakap mengenai mereka. Penglibatan individu yang mempunyai pengalaman hidup sedemikian juga dapat membantu memastikan sokongan yang diberikan lebih berpusatkan individu (person-centered), berorientasikan pemulihan (recovery-oriented), inklusif dan manusiawi.

Check out these related post also…

0 Comments