SATURDAY | 28 RABIULAKHIR 1448 | 10 OCTOBER 2026
BERAKAS – The Ministry of Education through the Counselling Division, as the Working Committee for the Ministry’s World Mental Health Day 2026 celebration, today held the ‘Wear It Green Day’ activity in conjunction with the World Mental Health Day 2026 for the Ministry of Education.
Through this activity, all Ministry of Education personnel and members of the school community are encouraged to take part by wearing green attire for officers, staff and educators, and green accessories for students. This initiative symbolises the unity, support and commitment of the Ministry of Education community in raising awareness of the importance of mental health.
This year’s theme, “Lived Experiences Heard: Real Voices, Real Change”, emphasises the importance of listening to the stories and lived experiences of individuals facing mental health challenges, while encouraging society to be more empathetic, non-judgmental, and to engage directly with those affected, rather than simply speaking about them. The involvement of individuals with such lived experiences can also help ensure that the support provided is more person-centred, recovery-oriented, inclusive and humane.



______________________________________
AKTIVITI “WEAR IT GREEN DAY” SEMPENA SAMBUTAN HARI
KESIHATAN MENTAL SEDUNIA
(WORLD MENTAL HEALTH DAY) TAHUN 2026 BAGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
HARI SABTU | 28 RABIULAKHIR 1448 | 10 OKTOBER 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kaunseling selaku Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Tahun 2026 bagi kementerian, pada hari ini mengadakan aktiviti “Wear It Green Day” sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Tahun 2026 bagi Kementerian Pendidikan.
Melalui aktiviti ini, seluruh warga Kementerian Pendidikan dan warga sekolah dialu-alukan untuk mengambil bahagian dengan mengenakan pakaian berwarna hijau bagi pegawai, kakitangan dan tenaga pengajar, serta aksesori berwarna hijau bagi para pelajar. Inisiatif ini melambangkan perpaduan, sokongan dan komitmen warga Kementerian Pendidikan dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental.
Tema sambutan tahun ini, “Pengalaman Hidup Didengari: Suara Sebenar, Perubahan Sebenar” (Lived Experiences Heard: Real Voices, Real Change), menekankan kepentingan mendengar kisah dan pengalaman hidup individu yang menghadapi cabaran kesihatan mental, di samping menggalakkan masyarakat untuk lebih berempati, tidak menghukum serta berkomunikasi secara langsung dengan individu yang terkesan, berbanding sekadar bercakap mengenai mereka. Penglibatan individu yang mempunyai pengalaman hidup sedemikian juga dapat membantu memastikan sokongan yang diberikan lebih berpusatkan individu (person-centered), berorientasikan pemulihan (recovery-oriented), inklusif dan manusiawi.




0 Comments