SATURDAY | 20 JAMADILAWAL 1448 | 31 OCTOBER 2026
BERAKAS – The Ministry of Education, through the Arts and Creativity Division, Department of Co-Curriculum Education, today held the Final Round of the National Spelling Bee for Primary Schools 2026 at the Auditorium Hall, New Building of the Information Department, Prime Minister’s Office.
Present as the Guest of Honour for the event was Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamad /Mohamat, Director of Co-Curriculum Education Department, Ministry of Education.
This year’s competition was open to Year 4 and Year 5 students from government and private primary schools under the Ministry of Education, as well as schools under the Ministry of Religious Affairs. A total of 129 students from 67 schools took part in the preliminary round. Of these, only the top six participants from each level were qualified for the final round.
The champion for the Year 4 Category was Awang Brayden Voon Jing from Chung Hwa Middle School Bandar Seri Begawan, while the runner-up was Awang Muhammad Adam Naufal bin Nurul Zulfadhli from Sekolah Rendah Sengkurong and followed by Awang Muhammad Iyyad Nawfal bin Mohammad Kamarussalehin from Sekolah Rendah Kapok.
The champion for the Year 5 Category was Dayang Nur Nayli Qaisara binti Mohamed Azri from Chung Ching Middle School, while the runner-up was Dayang Fariz Aaliyah binti Abdul Aziz from Sekolah Rendah Penanjong and followed by Awang Ahmad Ilhan bin Shahriman from Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
The competition aims to foster literacy and improve students’ mastery of the English Language by strengthening their language fundamentals, particularly their spelling skills. It also seeks to enhance students’ spelling abilities, improve their readiness for learning through stronger English Language proficiency, and build their self-confidence through exposure to public-speaking activities.




_________________________________________
PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN SPELLING BEE
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH 2026
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, hari ini mengadakan Peringkat Akhir Kebangsaan Spelling BeeSekolah-Sekolah bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Baharu Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi acara tersebut ialah Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamad/Mohamat, Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.
Pertandingan pada tahun ini dibukakan kepada murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 daripadaSekolah Rendah Kerajaan dan Swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan serta sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Seramai 129 orang murid daripada 67 buah sekolah telah menyertai peringkat saringan. Daripada jumlah tersebut, hanya enam peserta teratas bagi setiap tahun pengajian berjaya mara ke peringkat akhir.
Juara bagi Kategori Tahun 4 ialah Awang Brayden Voon Jing dari Chung Hwa Middle School Bandar Seri Begawan, manakala naib juara ialah Awang Muhammad Adam Naufal bin Nurul Zulfadhli dari Sekolah Rendah Sengkurong dan tempat ketiga disandang oleh Awang Muhammad Iyyad Nawfal bin Mohammad Kamarussalehin dari Sekolah Rendah Kapok.
Juara bagi Kategori Tahun 5 ialah Dayang Nur Nayli Qaisara binti Mohamed Azri dari Chung Ching Middle School, manakala naib juara ialah Dayang Fariz Aaliyah binti Abdul Aziz dari Sekolah Rendah Penanjong dan tempat ketiga disandang oleh Awang Ahmad Ilhan bin Shahriman dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk literasi dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid melalui pengukuhan asas bahasa, khususnya kemahiran mengeja. Di samping itu, pertandingan ini berhasrat untuk memperkukuh kemahiran mengeja, meningkatkan kesiapsiagaan murid dalam pembelajaran melalui penguasaan Bahasa Inggeris, serta membina keyakinan diri melalui pendedahan kepada aktiviti pengucapan awam.




0 Comments