WEDNESDAY | 25 RABIULAKHIR 1448 | 7 OCTOBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Over 180 students, researchers and academics from Brunei Darussalam attended a virtual session on Wednesday, 7 October 2026, exploring fully-funded study and research opportunities in the European Union (EU) member states under the 2027 Erasmus Mundus Joint Master scholarship programme.
The session was part of a one-day webinar titled “Bridging Ambitions: Navigating the Erasmus Mundus Joint Master (EMJM) and EU Higher Education”, organised online by the Ministry of Education, Brunei Darussalam, in collaboration with the Delegation of the European Union to Indonesia and Brunei Darussalam. The event was held ahead of the global Erasmus+ Days.
The webinar featured His Excellency Marco Bonetti, Chargé d’Affaires ad interim, Delegation of the European Union to Indonesia and Brunei Darussalam and Dr Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, as the Guest of Honour, followed by a speech from Dr Mona Aliana Dato Paduka Haji Mohd Alimin, Erasmus+ National Focal Point (ENFP) Brunei and Acting Director of the Higher Education Department, Ministry of Education.
“International education enables us to broaden our knowledge, experience different perspectives and build lasting relationships. Through Erasmus Mundus Joint Masters and engagement with European institutions, our students and academic community can explore pathways for further study and collaboration. For Brunei Darussalam, these opportunities can also contribute to our aspirations under Brunei Vision 2035, particularly in developing an educated and highly skilled population. The knowledge and experience gained through international engagement can strengthen our institutions and support the nation’s development”, said Dr Haji Azman bin Ahmad.
“The European Union is proud to support stronger cooperation with Brunei Darussalam in higher education and research, helping students, researchers, and institutions connect with world-class academic communities across Europe. Through opportunities such as Erasmus+ programme and Horizon Europe, and under the broader vision of the EU’s Global Gateway strategy, we are investing in people, knowledge, and innovation while supporting Brunei Darussalam’s future aspirations, including Wawasan Brunei 2035”, said His Excellency Marco Bonetti.
“Today’s webinar reflects our shared commitment to building lasting bridges between Europe and Brunei Darussalam through education, research, international exchange, and trusted global partnerships,” added His Excellency Marco Bonetti.
Gema Akbar Pratama, Deputy Attaché of University Cooperation, Institut Français D’Indonésie, on the France Excellence Eiffel Scholarship, and Dr Guido Schnieders, Director of the DAAD Regional Office Jakarta, also shared presentations on study and research opportunities in the French Republic and Germany respectively.
Participants learnt best practices on how to navigate the EMJM application process, as well as guidance on adapting to life and study abroad. On a more practical level, participants also learnt how to write a compelling motivation letter and prepare for the scholarship interview.
The webinar featured tailored sessions for lecturers and higher education institutions, focusing on Erasmus+ International Credit Mobility partnerships between Bruneian and EU universities. Representatives from Universiti Brunei Darussalam (UBD) and Universiti Teknologi Brunei (UTB) shared their experiences in establishing credit mobility partnerships with EU institutions.
Researchers, innovators and institutions also explored PhD opportunities through Horizon Europe presented by Leonie Nagarajan, Regional Coordinator ASEAN, EURAXESS Worldwide.
The one-day webinar reflected the continued commitment of the Ministry of Education and the European Union to strengthening academic and diplomatic ties between Brunei Darussalam and Europe, in direct support of the goals of Wawasan Brunei 2035. The event is supported by the EU-Brunei Darussalam Partnership Facility.






________________________________________________________
PELAJAR DAN PENYELIDIK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TEROKAI PELUANG PENGAJIAN DAN PENYELIDIKAN DI KESATUAN EROPAH (EU)
RABU | 25 RABIULAKHIR 1448 | 7 OKTOBER 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Lebih 180 orang pelajar, penyelidik dan ahli akademik dari Negara Brunei Darussalam telah menyertai satu sesi secara maya pada hari Rabu, 7 Oktober 2026, bagi menerokai peluang pengajian dan penyelidikan yang dibiayai sepenuhnya di negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) menerusi Program Biasiswa Erasmus Mundus Joint Master 2027.
Sesi berkenaan merupakan sebahagian daripada webinar sehari bertajuk “Bridging Ambitions: Navigating the Erasmus Mundus Joint Master (EMJM) and EU Higher Education” yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Delegasi Kesatuan Eropah ke Indonesia dan Negara Brunei Darussalam melalui platform Zoom. Acara tersebut telah diadakan menjelang sambutan Erasmus+ Days di peringkat global.
Webinar berkenaan telah menampilkan Yang Mulia Tuan Yang Terutama Marco Bonetti, Chargé d’Affaires ad interim, Delegasi Kesatuan Eropah ke Indonesia dan Negara Brunei Darussalam serta Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan selaku Tetamu Kehormat, diikuti dengan ucapan daripada Yang Mulia Dr. Mona Aliana binti Dato Paduka Haji Mohd Alimin, Erasmus+ National Focal Point (ENFP) Brunei dan Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan.
Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad menekankan bahawa “Pendidikan antarabangsa menyediakan peluang kepada kita untuk memperluas pengetahuan, menimba pengalaman daripada pelbagai perspektif serta membina hubungan yang berkekalan. Melalui Erasmus Mundus Joint Masters dan jalinan kerjasama dengan institusi-institusi di Eropah, para pelajar dan warga akademik berpeluang menerokai laluan untuk melanjutkan pengajian serta menjalinkan kerjasama. Bagi Negara Brunei Darussalam, peluang-peluang ini juga dapat menyumbang kepada aspirasi negara di bawah Wawasan Brunei 2035, khususnya dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh melalui penglibatan di peringkat antarabangsa dapat memperkukuh institusi-institusi pendidikan serta menyokong pembangunan negara”.
Yang Mulia Tuan Yang Terutama Marco Bonetti seterusnya menjelaskan bahawa “Kesatuan Eropah berbangga dapat menyokong pengukuhan kerjasama dengan Negara Brunei Darussalam dalam bidang pengajian tinggi dan penyelidikan, sekali gus membuka peluang kepada para pelajar, penyelidik dan institusi untuk menjalin hubungan dengan komuniti akademik bertaraf dunia di seluruh Eropah. Melalui peluang-peluang seperti program Erasmus+ dan Horizon Europe, serta berpandukan visi yang lebih luas di bawah strategi Global Gateway EU, kami melabur dalam pembangunan modal insan, ilmu pengetahuan dan inovasi, di samping menyokong aspirasi masa depan Negara Brunei Darussalam, termasuk Wawasan Brunei 2035”.
“Webinar pada hari ini mencerminkan komitmen bersama dalam membina hubungan yang berkekalan antara Eropah dan Negara Brunei Darussalam melalui pendidikan, penyelidikan, pertukaran antarabangsa serta perkongsian strategik global yang berteraskan kepercayaan,” tambah Yang Mulia Tuan Yang Terutama Marco Bonetti.
Yang Mulia Gema Akbar Pratama, Timbalan Atase Kerjasama Universiti, Institut Français d’Indonésie, turut menyampaikan pembentangan mengenai Biasiswa France Excellence Eiffel, manakala Yang Mulia Dr. Guido Schnieders, Pengarah Pejabat Serantau DAAD Jakarta, berkongsi mengenai peluang pengajian dan penyelidikan di Republik Perancis dan Jerman.
Melalui webinar tersebut, para peserta telah didedahkan kepada amalan terbaik dalam memahami dan mengikuti proses permohonan EMJM, di samping menerima panduan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan dan pengajian di luar negara. Dari aspek praktikal, para peserta turut diberikan panduan mengenai cara menyediakan surat motivasi yang meyakinkan serta membuat persediaan bagi menghadapi sesi temu duga biasiswa.
Webinar berkenaan turut menampilkan sesi-sesi khusus bagi para pensyarah dan institusi pengajian tinggi yang memfokuskan kepada kerjasama Erasmus+ International Credit Mobility antara universiti-universiti di Negara Brunei Darussalam dengan universiti-universiti di Kesatuan Eropah. Wakil-wakil daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) turut berkongsi pengalaman dalam menjalin kerjasama mobiliti kredit dengan institusi-institusi di Kesatuan Eropah.
Para penyelidik, inovator dan wakil institusi turut berpeluang menerokai peluang pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) melalui program Horizon Europe yang dibentangkan oleh Yang Mulia Leonie Nagarajan, Penyelaras Serantau ASEAN, EURAXESS Worldwide. Penganjuran webinar sehari ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan dan Kesatuan Eropah dalam memperkukuh hubungan kerjasama akademik dan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dengan Eropah, selaras dengan usaha mendukung pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035.




0 Comments