Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Peringkat Kementerian Pendidikan Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masehi

Dec 5, 2017

SELASA - Hari ini Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam peringkat Kementerian Pendidikan bagi tahun 1439 Hijrah / 2017 Masehi bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan. Majlis pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Jabatan Peperiksaan dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pendidikan.

maulud nabi muhammad s.a.w. 1439H.png

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan.

Juga hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Pendidikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Abd. Malik bin Haji Jumat, Pegawai Hal Ehwal Masjid. Majlis pada petang ini diserikan lagi dengan ceramah khas yang berhubung dengan tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1439 Hijrah iaitu "Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil". Ceramah berkenaan disampaikan oleh Yang Mulia Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Ugama Kanan, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

maulud nabi muhammad s.a.w. 1439H p2.png

maulud nabi muhammad s.a.w. 1439H p3.png

Majlis pada petang ini diakhiri dengan persembahan Dikir Syarafil Anam oleh pasukan dikir yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

Antara tujuan utama majlis ini diadakan ialah bagi: -

  • Untuk sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan diperingkat negara.
  • Menanamkan rasa cinta terhadap Rasulullah Salllallahu 'Alaihi Wasallam dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan.
  • Menggalakkan warga Kementerian Pendidikan untuk terus berselawat dan memuji junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA; Yang Mulia Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

Seramai 200 orang yang terdiri dari pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan termasuk Pemimpin-Pemimpin Sekolah dan guru-guru menghadiri majlis berkenaan.