Sign In

Skip Navigation LinksDepartment of Examination

​** HALAMAN INI SEDANG DIKEMASKINI **

​*This is a Malay Version

​Visi
​Pusat Penilaian Pendidikan Yang Cemerlang

​Misi
Memastikan penilaian yang berkualiti melalui amalan terbaik dan komitmen yang professional

​Pendahuluan
Jabatan Peperiksaan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan berbagai-bagai jenis peperiksaan mengikut Education (Brunei Board of Examinations) Act, 1975 (Lembaga Peperiksaan Brunei), dan diamanahkan untuk mentadbir peperiksaan-peperiksaan awam di Negara Brunei Darussalam sama ada yang dikelolakan dalam negeri atau yang diuruskan dengan kerjasama Badan Peperiksaan Luar Negeri dan menguruskan peperiksaan luar negeri bagi pihak badan profesional dan institusi di seberang laut

Ketua Jabatan/ Bahagian/ Unit Peperiksaan
​Pengarah
​Yang Mulia Awg Shahrizal bin Haji Lampoh / Emran (Pemangku)
​Address

​Jabatan Peperiksaan / Examinations Department 
Tingkat Bawah, Blok B / Ground floor, Block B 
Lapangan Terbang Lama / Old Airport 
Berakas BB3510
​Hubungi
​​Tel: 2381133 ext 1001 (Pejabat Am Pengarah)

Tel: 2381133 ext 2027/2028 / +673 2380630 (Bahagian Pentadbiran, Jabatan Peperiksaan)
Tel: 2381133 ext 3013 (Bahagian Kewangan, Jabatan Peperiksaan)
Fax: 2381332
Emel:
exam.dept@moe.gov.bn
jbtpeperiksaan.helpdesk@moe.gov.bn

Jawatan
​Penjawat
​Pengarah Jabatan Peperiksaan
​Yang Mulia Awg Shahrizal bin Haji Lampoh / Emran
(Pemangku Pengarah Peperiksaan)
Tel: 2381133 ext 1000 / 238 0776

Emel: shahrizal.emran@moe.gov.bn

​Penolong Pengarah Peperiksaan
​Yang Mulia Pg Siti Noor Roziah binti Pg Haji Matjinen (Penolong Pengarah)
Tel: +673 2384255
Emel: roziah.matjinen@moe.gov.bn​​


​Struktur Organisasi
Exam org chart.png

​Matlamat
  1. Menyesuaikan sistem penilaian yang berkualiti dan berkesan dari semasa ke semasa selaras dengan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke 21 (SPN 21).

  2. Mempertingkatkan dan memperkukuhkan peraturan-peraturan dan pendaftaran peperiksaan-peperiksaan yang dikendalikan demi untuk mengemaskinikan lagi mutu perkhidmatan dan pengurusan peperiksaan.

  3. Mempertingkat, memperkembang, memelihara dan menyesuaikan kualiti peperiksaan tempatan selaras dengan peperiksaan antarabangsa.

  4. Menyediakan alat pengukur untuk menilai kebolehan pelajar-pelajar dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.

  5. Mempertingkat dan memperkukuh kesahihan dan kebolehpercayaan peperiksaan-peperiksaan yang dikendalikan.​

​Tugas dan Tanggungjawab
  1. Mengendalikan semua jenis penilaian yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan ini selaras dengan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke 21 (SPN 21).​

  2. Mengendalikan semua jenis peperiksaan dalam dan luar negeri yang dipertanggungjawabkan kepada jabatan ini.​

  3. Melaksanakan dasar Lembaga Peperiksaan Brunei.​

  4. Menyediakan, mencetak, mengedarkan dan menjaga keselamatan kertas-kertas soalan peperiksaan yang dikendalikan oleh Jabatan ini.​

  5. Menyediakan analisa perangkaan dan laporan penuntut dibidang peperiksaan dan mengedarkan maklumat pencapaian calon ke Sekolah / Maktab. ​

  6. Berfungsi mengkaji dan menilai dari semasa ke semasa kualiti peperiksaan, kecekapan dan kesempurnaan peralatan, teknik dan percetakan peperiksaan.​

  7. Mengeluarkan pernyataan keputusan dan sijil-sijil peperiksaan.

​Fungsi Jabatan/ Unit

​​BAHAGIAN
​UNIT
​FUNGSI
Bahagian Pembinaan Kertas Soalan
  • Unit Bahasa Melayu
  • Unit Bahasa Inggeris
  • Unit Matematik
  • Unit Sains
  • Unit Pengetahuan Agama Islam
  • Unit Mata Pelajaran Lain
​- Bertanggungjawab dalam pembinaan penyediaan dan penyelerasan hinggalah kepada deraf untuk percetakan kertas soalan bagi peperiksaan berikut:-

 

  • BC-GCE 'O' Level & 'A' Level
  • SPE
  • PSR
  • Peperiksaan Perkhidmatan Awam​

Bahagian Perkhidmatan dan Pengurusan Penilaian
  • ​Peperiksaan BC GCE 'O', 'AS' & 'A' Level & IGCSE
  • Penilaian BTEC Pearson
  • Penilian Progress Examination
  • Penilaian Sekolah Rendah
  • Peperiksaan Miscellaneous
  • Peperiksaan Perkhidmatan Awam

- ​Bertanggungjawab dalam pengurusan peperiksaan dan penilaian termasuk perancangan pengawalan pelaksanaan dan penyelarasan semua peperiksaan dan penilaian berikut:-

 

  • BC-GCE 'O' Level & IGCSE, 'AS' & 'A' Level
  • BTEC Pearson
  • SPE
  • PSR
  • Peperiksaan Miscellaneous
  • Peperiksaan Perkhidmatan Awam
Bahagian Data Analisis dan Pelaporan Peperiksaan
  • Unit Data BC-GCE 'O', 'AS' & 'A' & IGCSE
  • Unit Data Penilaian Sekolah Rendah

​- Bertanggungjawab bagi pengurusan data analisis dan pelaporan bagi peperiksaan berikut:-


  • BC-GCE 'O' Level & IGCSE, 'AS' & 'A' Level
  • PSR

- Bertanggungjawab di dalam pemprosesan keputusan peperiksaan utama

- Bertanggungjawab menguruskan sistem pengkalan data penilaian dan peperiksaan

Bahagian Kajian dan Perkembangan Penilaian
  • ​​Centralised Assessment Unit (CAU)
- Bertanggungjawab melaksanakan kajian bagi menyokong dasar dan perancangan serta perkembangan penilaian pelajar selaras dengan hala tuju strategik Kementerian Pendidikan

Sila tekan sini untuk maklumat lebih lanjut.
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
  • ​​Unit Pentadbiran Am
  • Unit Kewangan

- Bertanggungjawab dalam mengendalikan hal ehwal pentadbiran am dan kewangan jabatan

 

- Bertanggungjawab di dalam komunikasi korporat termasuk pengendalian perkhidmatan pelanggan dan aduan

 

- Bertanggungjawab bagi memastikan kutipan hasil pendaftaran peperiksaan dilaksanakan selaras dengan FR & GO




​Jenis Peperiksaan yang Ditawarkan
Peperiksan Tempatan:
 
1. Penilaian Sekolah Rendah (PSR)
2. Peperiksaan Kemajuan Pelajar (SPE)
3. Sijil Perdagangan Brunei (SPB)
4. Kerani-Kerani Rendah (KKR)

Peperiksaan Dengan Kerjasama Badan Peperiksaan Luar Negeri:

1. Brunei-Cambridge GCE ‘O’ Level (B-C GCE ‘O’ Level)
2. Brunei-Cambridge GCE ‘AS’ Level (B-C GCE  ‘AS’ Level)
3. Brunei-Cambridge GCE ‘A’ Level (B-C GCE  ‘A’ Level)
4. International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
5. Edexcel BTEC Introductory Certificate & First Certificate (BTEC)

Peperiksaan Luar Negeri:

1. City and Guilds of London Institute (C&G)
2. London Chamber of Commerce and Industry (LCCI)
3. Royal Society of Music (RSM)
4. NCC International Diploma in Computer Studies (NCC)
5. Lain-lain peperiksaan:
i. University of London LLB, Sc. Economics;
ii. Diploma of Education;
iii. The Chartered Institute of Building;
iv. The Chartered Insurance Institute;
v. Association of Business Executives;
vi. The Chartered Institute of Management Accountants;
vii. NCC International Diploma in Computer Studies.

Surat Pemberitahuan
​Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan Bilangan 1/2022 Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat 'O', 'AS', 'A'  dan IGCSE Mei/Jun 2022
Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan Bilangan 2/2022 Peperiksaan London chamber of Commerce and Industry April 2022
Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan Bilangan 3/2022
Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan Bilangan 4/2022 Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E Peringkat 'O', 'AS', 'A'  dan IGCSE Oktober/November 2022
Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan Bilangan 5/2022 Penilaian Sekolah Rendah (PSR)
Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan ​Bilangan 5/2023 Peperiksaan London Chamber of Commerce and Industry September 2023
Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan Bilangan 6/2023 Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei November 2023

Borang

Permohonan dan Tatacara Pembelian Past Year PSR Exam Paper - Tekan Disini
Permohonan dan Tatacara Pembelian Past Year SPE Exam Paper - Tekan Disini
Permohonan dan Tatacara Pembelian Past Year KKR Exam Paper - Tekan Disini
Permohonan dan Tatacara Pembelian Past Year SPB Exam Paper - Tekan Disini
Tatacara Pembayaran Peperiksaan ABRSM secara online - Tekan Disini
Borang Permohonan Testimonial - Tekan Disini
Tatacara Permohonan dan Pembayaran Testimonial secara online - Tekan Disini
Borang Pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'O', 'AS', 'A' & IGCSE bagi bulan Mei/Jun 2023 - Tekan Disini​
Borang Pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'O', 'AS', 'A' & IGCSE bagi bulan Oct/Nov 2023 - Tekan Disini​
Borang Pendaftaran Peperiksaan ​London Chamber of Commerce and Industry September 2023 - Tekan Disini​

Updated 10.04.2024