SEU Organises a 3-Day Consultation and Workshop Session on Developing a Curriculum Package for Students with High Support Needs

Jan 14, 2019

Tuesday, 15 January 2019 - A 3-day Consultation and Workshop session on developing a Curriculum Package for supporting students with high support needs were held at the Pencapaian Hall at the Civil Service Institute in Rimba, Gadong.

welcoming remarks.jpeg

Acting Deputy Head, Dr. Mona Aliana Binti Dato Paduka Haji Awang Alimin, delivering her welcoming speech


Organised by the Special Education Unit (SEU), Ministry of Education, the 3-day Consultation and Workshop sessions is scheduled to take place between 15th and 17th January 2019.  The initial Consultation session will focus on reviewing the proposed Curriculum Guidelines which were prepared as part of the Curriculum Package for students with high support needs by the Special Education Unit.   This will be followed by Workshop sessions which sets out to impart knowledge and awareness on the necessary skills required to support students with high support needs in the classroom.  The Workshop sessions will utilise a "hands on" approach to ensure that teacher participants acquire a better understanding on the how to adapt the curriculum according to the learning needs and ability of their students.

participants.jpeg

Participants consist of SENA teachers from various primary schools (government)


Altogether, 76 participants will be involved in this 3-day event. Participants were: Special Education Needs Assistance (SENA) Teachers, officers from the Special Education Unit, officers from various Departments within the Ministry of Education including the Department of Curriculum Development; Department of Schools Inspectorate, Department of Examination, Department of Co-Curriculum Education as well as the Early Childhood Care Education and Basic Skills Unit under Department of Schools.  Representatives from 3 voluntary sector organisations - Learning Ladders, SMARTER and Pusat Ehsan - were involved in the 3-day event.  32 participants involved in the initial Consultation session while 57 participants involved in the Workshop sessions.

Invited consultant.jpeg

Prof. Madya Dr. Hasnah Toran, invited consultant from Pusat Permata Kurnia


The Consultation and Workshop sessions was conducted by Yang Berusaha, Professor Madya Dr. Hasnah binti Toran, Director of the 'PERMATA Kurnia Centre' PERMATA Section under the Ministry of Education in Malaysia.  Professor Madya Dr. Hasnah was invited to review the proposed Curriculum Package which will be used as a reference and guide to enhance the teaching and learning process in order to maximise the full potential of students with high support needs in inclusive school environments. She will be working closely with the Curriculum Package Committee members in Special Education Unit within the capacity of an Adviser to facilitate the implementation of the Curriculum Package in early 2020.

According to the Special Education Unit, there is a need for an enhanced curriculum guideline to support students with high support needs who have been diagnosed with Autism, Down Syndrome, Cerebral Palsy and multiple disabilities. These will serve to maximise the students' learning potential by developing their functional academic skills, social communication skills as well as fine and gross motor skills thereby ensuring that they will become independent lifelong learners who will be able to participate and contribute to society.

The Consultation and Workshop sessions provide a platform for the professional development of all the participants including teachers who support students with high support needs.  This is in line with the Strategic Plan of the Ministry of Education 2018-2022.  Enriching the teaching and learning experiences of students with high support is also consistent with the foci of SPN-21 on "student-centred learning" and "helping children reach their potential ".

________________________________________________________________________________________

Hari Selasa, 15 Januari 2019 - Satu sesi konsultasi dan bengkel untuk menyediakan Pakej Kurikulum bagi Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas Tahap Tinggi akan diadakan selama 3 hari di Dewan Pencapaian, Institut Perkhidmatan Awam di Rimba, Gadong.

Dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas (UPK) di bawah Kementerian Pendidikan, sesi konsultasi dan bengkel selama 3 hari ini dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Januari. Sesi konsultasi yang dijadualkan pada waktu pagi akan memberi tumpuan kepada proses merangka Pakej Kurikulum bagi Pelajar-Pelajar berkeperluan Khas Tahap Tinggi dan dalam menangani pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah secara amnya. Bengkel latihan yang akan diadakan pada sebelah petang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai kemahiran yang diperlukan untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas tahap tinggi. Bengkel latihan tersebut akan menggunakan pendekatan "hands-on" yang boleh memberi kefahaman yang mendalam kepada peserta-peserta mengenai kepentingan menyesuaikan kurikulum mengikut keperluan dan tahap pelajar.

Seramai 76 peserta termasuk Guru SENA; pegawai-pegawai dari Unit Pendidikan Khas, serta pegawai dari pelbagai Jabatan-jabatan dalam Kementerian Pendidikan termasuk Jabatan Perkembangan Kurikulum; Jabatan Kenaziran; Jabatan Peperiksaan; Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum; dan Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Kemahiran Asas di bawah Jabatan Sekolah-Sekolah akan terlibat dalam acara 3 hari ini. Turut menyertai adalah peserta-peserta dari 3 persatuan sukarelawan iaitu Learning Ladder, SMARTER dan Pusat Ehsan.

32 peserta akan terlibat dalam sesi konsultasi di sebelah pagi di Dewan Pencapaian manakala seramai 57 peserta termasuk 13 peserta dari sesi pagi akan menghadiri bengkel pada sebelah petang. Sesi konsultasi dan bengkel tersebut akan dikendalikan oleh Yang Berusaha, Profesor Madya Dr. Hasnah binti Toran, Pengarah Pusat PERMATA Kurnia, Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia. Profesor Madya telah dijemput oleh pihak UPK untuk mendapatkan saranan atau penambahbaikan mengenai kandungan Pakej Kurikulum bagi Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas Tahap Tinggi dan ini diharap akan digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran sekolah inklusif. Beliau akan bekerjasama dengan ahli jawatankuasa pakej kurikulum di UPK sebagai Penasihat untuk memastikan pelaksanaannya Berjaya pada awal tahun 2020.

Menurut Unit Pendidikan Khas, salah satu cabaran yang dihadapi oleh pegawai-pegawai UPK dan guru-guru adalah mengenalpasti kurikulum yang bersesuaian untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas seperti Autisme, Sindrom Down, Cerebral Palsy dan pelajar yang mempunyai pelbagai diagnosis (Multiple Disabilities). Menetapkan garis panduan untuk mengenal pasti bidang pembelajaran yang sesuai yang mencerminkan keperluan sebenar para pelajar ini dapat meningkatkan dan mengembangkan kemahiran akademik mereka secara fungsional, serta kemahiran Tingkahlaku, Emosi dan Sosial, komunikasi, berdikari , Motor Halus dan Motor Kasar yang pada dasarnya akan membolehkan pelajar menjadi aktif dalam persekitaran pembelajaran yang inklusif.

Dengan adanya bengkel ini nanti, perkembangan profesionalisme pegawai dan guru-guru akan dapat dipertingkatkan, sejajar dengan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018-2022. Ahli Komiti Pakej Kurikulum juga akan memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan, informasi yang relevan serta saranan-saranan yang bermanfaat untuk tujuan pengubahsuaian dan penambahbaikan isi kandungan pakej kurikulum tersebut. Di samping itu, adalah diharapkan impak dari sesi konsultasi dan bengkel Pakej Kurikulum bagi Pelajar Berkeperluan Khas nanti dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran setiap pelajar berkeperluan khas mengikut keperluan masing-masing sejajar dengan SPN-21 iaitu "student-centred learning" dan "helping children reach their potential".