Musabaqah Tilawah Al-Quran Final Ministry Of Education 1441H/2019M

Oct 3, 2019

Bandar Seri Begawan, Thursday, 4th Safar 1441H / 3rd October 2019M - The Ministry of Education held the final of the Musabaqah Tilawah Al-Quran for the year 1441 Hijrah / 2019 Masihi at the Main Hall of the Curriculum Development Department's New Building, Ministry of Education.


The event was graced by the Acting Minister of Education, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh as the Guest of Honour who also presented the awards and certificates to the participants.

WhatsApp Image 2019-10-03 at 4.35.36 PM.jpeg

This year's competition, organized by the Department of Schools, was open to all officers, teachers and staff under the Ministry of Education, including religious teachers working at educational institutions under the ministry.


The competition saw a total of 4 Qari and 7 Qariah in the preliminary round, where 3 Qari and 3 Qariah proceeded to the final of the Musabaqah Tilawah Al-Quran.


Qari Champion was won by Awang Haji Abd Rahman bin Haji Abd Manaf from Department of Curriculum Development; runner-up was won by Awang Shaifulbahri bin Haji Ahmad from IBTE Business Campus; and third place was won by Awang Haji Isyrah Sadri bin Haji Osman from Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rasyidah Saadatul Bolkiah. 

WhatsApp Image 2019-10-03 at 4.35.36 PM-4.jpeg

WhatsApp Image 2019-10-03 at 4.35.37 PM.jpeg

Qariah Champion was won by Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim from Universiti Islam Sharif Ali; runner-up was won by Dayang Norzirwatul Fadhillah binti Haji Puteh from Sekolah Menengah Sayyidina Ali; and third place was won by Dayang Khuzaimah binti Haji Abd Ghafar from Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. 


Among the objectives of this competition were to materialise His Majesty The Sultan and Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam's vision to make Brunei Darussalam as a nation of 'Zikir'.


The competition also serves to enhance the Quranic reading quality of the officers, teachers and staff of the Ministry of Education and to promote the practice and understanding of Al-Quran as life's most important guidelines and lessons for traversing this world and the Hereafter.


Also present were Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Acting Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education; Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rector of Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Yang Mulia Awang Haji Ady Syarmin bin Haji Mohd Taib, Acting Vice Chancellor of Universiti Teknologi Brunei; Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education; Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Acting Director General of Education, Heads of Departments, School Leaders, officers and staff of the Ministry of Education.

________________________________________________________________________________ 

Peringkat Akhir Musabaqah Tilawah Al-Quran

Kementerian Pendidikan

Tahun 1441H/2019M


Bandar Seri Begawan, Khamis 4 Safar 1441H / 3 Oktober 2019M -  Kementerian Pendidikan telah mengadakan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Akhir bagi Tahun 1441 Hijrah / 2019 Masihi yang berlangsung di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum Bangunan Baru, Kementerian Pendidikan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta musabaqah berkenaan ialah Pemangku Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh.

 

Pertandingan pada tahun ini yang diselenggarakan oleh Jabatan Sekolah-Sekolah terbuka kepada semua pegawai, guru dan kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan termasuk guru-guru ugama yang bertugas di institusi-institusi pendidikan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan.

 

Seramai tiga peserta qari dan tiga peserta qariah telah berjaya ke peringkat akhir. Sebelum itu, empat peserta qari dan tujuh peserta qariah menyertai peringkat saringan pertandingan ini.


Johan Qari dimenangi oleh Awang Haji Abd Rahman bin Haji Abd Manaf dari Jabatan Perkembangan Kurikulum; naib johan disandang oleh Awang Shaifulbahri bin Haji Ahmad dari IBTE Kampus Bisnes; dan tempat ketiga diraih oleh Awang Haji Isyrah Sadri bin Haji Osman dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rasyidah Saadatul Bolkiah. 


Johan Qariah dimenangi oleh Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim dari Universiti Islam Sharif Ali; Naib johan  disandang oleh Dayang Norzirwatul Fadhillah binti Haji Puteh dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali; tempat ketiga diraih oleh Dayang Khuzaimah binti Haji Abd Ghafar dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. 

 

Di antara tujuan pertandingan tersebut diadakan adalah bagi menyahut hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.


Selain itu, ia juga dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu bacaan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan disamping mengamalkan dan menghayati maknanya untuk diamalkan sebagai panduan dan iktibar dalam menempuh kehidupan dunia dan akhirat.


Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal,  Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali; Yang Mulia Awang Haji Ady Syarmin bin Haji Mohd Taib, Pemangku Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei; Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan; Ketua-Ketua Jabatan, Pemimpin-Pemimpin Sekolah, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.