Two Bruneian Gifted Students To Represent Brunei Darussalam At 12th International Science Youth Forum 2020

Jan 12, 2020

Sunday, 12 January 2020 – This year, The Ministry of Education, through the Special Education Unit, once again sends two gifted students and an Education Officer from Special Education Unit to participate at the 12th International Science Youth Forum 2020 (ISYF 2020) organized by Hwa Chong Institution, Singapore. The delegates are Dayang Sharifah Yura Mona Mas Rahayu binti Abdullah Yura Ulmateen from Pusat Tingkatan Enam Tutong and Awang Soo Jun Shan from Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, whereas Dayang Hajah Aidah Lena Mawarni binti Mohd Noh will be the accompanying officer for the team. 

 WhatsApp Image 2020-01-12 at 9.04.17 AM-3.jpeg

WhatsApp Image 2020-01-12 at 9.04.17 AM.jpeg

The ISYF is an annual forum where top students in Science from 21 different countries will be able to share their interest and ideas through poster exhibition and research sharing presentations. They will also have the opportunity to broaden their knowledge and perspectives in the various fields of scientific world through excursions to top research institutions and Universities in Singapore as well as team project challenge. The highlight of this forum is that it offers a platform for participants to interact with invited Nobel Laureates and eminent scientists during Master Classes and Focused Dialogues sessions. With this year's theme, "Evolving Aspirations: Divergent Pathways, Convergent Future", the forum is to be held from 13th to 17th January 2020.

 

The students, Dayang Sharifah Yura Mona Mas Rahayu binti Abdullah Yura Ulmateen and Awang Soo Jun Shan will be sharing their project called "Nyapu Ayer: Floating Waste Collector" during the poster exhibition and research sharing presentation. They will share their conceptual design and prototype of floating waste collector as a possible solution to clean up Kampong Ayer and combat the global issue of water pollution.

 

Similarly, the forum also aims to enrich and enhance teacher's pedagogical competencies from discussions and sharing of ideas and professional practices among teachers from 21 participating countries. Moreover, the Forum will facilitate the development of close ties and future collaborations between the educators. At the teacher's session, Dayang Hajah Aidah Lena Mawarni binti Mohd Noh will be sharing about one of National Gifted Education Programme sessions called "Brain Food" which has been designed using Concept-Based Curriculum and Instruction Approach.

________________________________________________________

Dua Pelajar Cerdas Pintar Mewakili Brunei Darussalam Ke 

12th International Science Youth Forum 2020 (ISYF 2020)

13-17 Januari 2020

Republik Singapura

 

Ahad, 12 Januari 2020 – Pada tahun ini Kementerian Pendidikan, melalui Unit Pendidikan Khas, sekali lagi menghantar dua orang pelajar cerdas pintar dan seorang Pegawai Pendidikan dari Unit Pendidikan Khas untuk menyertai 12th International Science Youth Forum (ISYF 2020) yang dianjurkan oleh Hwa Chong Institution, Republik Singapura. Delegasi terdiri daripada Dayang Sharifah Yura Mona Mas Rahayu binti Abdullah Yura Ulmateen dari Pusat Tingkatan Enam Tutong dan Awang Soo Jun Shan dari Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, manakala Dayang Hajah Aidah Lena Mawarni binti Mohd Noh sebagai pegawai pengiring.

 

ISYF adalah forum tahunan di mana pelajar terbaik dalam bidang Sains dapat berkongsi minat dan pendapat mereka melalui pameran dan perkongsian penyelidikan. Pada tahun ini, sebanyak 21 negara menyertai forum ini. Para peserta juga akan mempunyai peluang untuk memperluas pengetahuan dan perspektif mereka dalam pelbagai bidang Sains melalui lawatan-lawatan ke institusi penyelidikan teratas dan universiti di Singapura dan acara Team Project Challenge. Kemuncak forum ini adalah sesi bagi para peserta untuk berinteraksi dengan penerima Hadiah Nobel yang dijemput dan para saintis terkenal semasa sesi-sesi Master Class dan Focused Dialogues. Dengan tema tahun ini, "Evolving Aspirations: Divergent Pathways, Convergent Future", forum ini akan diadakan dari 13 hingga 17 Januari 2020.

 

Para pelajar, Dayang Sharifah Yura Mona Mas Rahayu binti Abdullah Yura Ulmateen dan Awang Soo Jun Shan akan berkongsi projek mereka yang bertajuk "Nyapu Ayer: Floating Waste Collector" semasa pameran poster dan perkongsian penyelidikan di mana mereka akan berkongsi reka bentuk dan konsep prototaip mereka iaitu pengumpul sampah terapung sebagai penyelesaian untuk membersihkan permukaan Kampong Ayer dan secara tidak langsung memerangi salah satu isu global iaitu pencemaran air.

 

Forum ini juga bertujuan untuk memperkaya dan meningkatkan kecekapan pedagogi guru melalui perbincangan dan berkongsi idea serta amalan profesional di kalangan para guru dari 21 negara peserta yang lain. Selain itu, Forum ini akan meningkatkan hubungan rapat dan kerjasama antara pendidik di masa hadapan. Sesama sesi kongsisama guru, Dayang Hajah Aidah Lena Mawarni binti Mohd Noh akan berkongsi mengenai salah satu sesi Program Pendidikan Kebangsaan bertajuk "Brain Food" yang telah direka menggunakan kaedah Concept-Based Curriculum and Instruction Approach.