Technical And Vocational Education Scholarship Scheme (BPTV) Academic Session 2020/2021

May 19, 2020

Applications for the Technical and Vocational Education Scholarship Scheme (BPTV) for the academic session 2020/2021 are now open to eligible local 'O' level school leavers to pursue higher education at local private higher institutions. 

 

The BPTV scheme is one of the projects under the 11th National Development Plan (RKN-11) offered by the Government of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam which envisaged to fulfil the increasing demand for technical and vocational education in the country.

 

The general public especially 'O' level school leavers who meet the set requirements are welcome to apply for the BPTV Scholarship Scheme. 

 

Surat Pemberitahuan with reference 7/2020 and the BPTV Scheme (BPTV/A) application form can be downloaded from the official Ministry of Education website: www.moe.gov.bn. The completed forms and all required documents must be submitted through the procedures set up by the Scholarship Section, Ministry of Education.

 

For more information on the terms and conditions of the application, please refer to the Scholarship Section, Block C, Level 5, Ministry of Education or call 2380019; or by emailing to scholarship@moe.gov.bn.


Downloaded Documents:

Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, Bilangan: 7/ 2020

Borang Permohonan


_____________________________________________________________________

SKIM BIASISWA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (BPTV)

SESI AKADEMIK 2020/2021


Kementerian Pendidikan hari ini telah membukakan permohonan bagi Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) bagi Sesi Akademik 2020/2021 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta dalam negeri.  Dengan cara ini, ianya akan dapat memberi mereka peluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya bagi menyahut Wawasan Brunei 2035 dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.  

 

Skim BPTV adalah merupakan salah satu projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 (RKN-11). Skim ini disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini. 

 

Dalam hubungan ini, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat 'O' yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan biasiswa Skim BPTV.  

 

Surat Pemberitahuan bilangan 7/2020 dan borang permohonan Skim BPTV (BPTV/A) boleh dimuat turun dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan: www.moe.gov.bn. Borang-borang yang telah lengkap diisikan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan.

 

Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat dan tatacara permohonan bolehlah merujuk ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan, Blok C Tingkat 5, Kementerian Pendidikan atau menghubungi talian 2380019; atau melalui alamat emel scholarship@moe.gov.bn.


Dokumen-Dokumen untuk dimuat turun:

Surat Pemberitahuan Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, Bilangan: 7/ 2020

Borang Permohonan