Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcement

Manage PermissionsManage Permissions

Title

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN LUKISAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA

Body

SABTU, 16 Muharram 1439H / 07 Oktober 2017M – Kementerian Pendidikan melalui kendalian bersama Jabatan Sekolah-Sekolah dan Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada pagi ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lukisan bagi pelajar-pelajar Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam kerajaan senegara sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Majlis diadakan di Ruang Legar, Blok Pentadbiran Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini dan juga berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Juga turut hadir ke majlis berkenaan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Pendidikan.

Pertandingan lukisan yang bertemakan ’50 Tahun Menaiki Takhta’ dan beridentitikan KeBruneian menurut daya kreativiti pelajara-pelajar adalah khusus bagi meraikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Pertandingan yang diadakan dibahagikan kepada Enam kategori dan penyertaan bagi setiap kategori adalah seperti berikut;

  • · Kategori A,

Bagi pelajar-pelajar Sekolah Rendah Tahun 4 hingga Tahun 6 dan setiap sekolah hanya mempertandingkan 3 hasil lukisan yang terbaik.

  • · Kategori B,

Bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tahun 7 hingga Tahun 8 dan setiap sekolah hanya mempertandingkan 2 hasil lukisan yang terbaik.

  • · Kategori C,

Bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tahun 9 hingga Tahun 11 dan setiap sekolah hanya mempertandingkan 2 hasil lukisan yang terbaik.

  • · Kategori D,

Bagi pelajar-pelajar Pusat Tingkatan Enam dan setiap Pusat Tingkatan Enam hanya mempertandingkan 5 hasil lukisan yang terbaik.

  • · Kategori E,

Bagi pelajar-pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 3 dan setiap sekolah hanya mempertandingkan 1 hasil lukisan yang terbaik.

  • · Kategori F,

Bagi pelajar-pelajar Pra Sekolah dan setiap sekolah hanya mempertandingkan


1 hasil lukisan yang terbaik.

Antara objektif pertandingan lukisan ini diadakan ialah bagi memberigakan sejarah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia 50 Tahun Menaiki Takhta, selain memberi peluang menonjolkan bakat melukis dikalangan pelajar-pelajar serta bagi meningkatkan kreativiti dan nilai seni pelajar dalam menanam serta mengukuhkan semangat patriotik mereka.

Seramai Lima (5) pemenang dipilih dari setiap kategori yang menerima hadiah berupa tropi dan sijil penyertaan. Sejurus selepas menyempurnakan penyampaian hadiah, tetamu kehormat dan para jemputan khas dibawa untuk menyaksikan galeri lukisan daripada pemenang-pemenang pertandingan.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Pemangku-Pemangku Pengarah Jabatan-Jabatan Kementerian Pendidikan, Penolong-Penolong Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan/Unit Kementerian Peddidikan, Ketua-Ketua Bahagian dan Unit Jabatan Sekolah-Sekolah, Guru-Guru dan Ibu Bapa/penjaga pelajar yang berjaya menerima hadiah.

-TAMAT-

Disediakan oleh,
Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awam,
Jabatan Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pendidikan.



Attachments
Created at 10/9/2017 2:36 PM by Praneeth kaushalya
Last modified at 10/9/2017 2:36 PM by Praneeth kaushalya