Sign In

Skip Navigation LinksSecretariat of National Education Council


*This is a Malay version

​Pendahuluan 
​Sekretariat Urus Setia Majlis Pelajaran Kebangsaan 
​Alamat​Blok B, Tingkat 4
Bangunan Lama Kementerian Pendidikan 
Lapang Terbang Lama Berakas
Bandar Seri Begawan BB3510
​Telefon/ Fax​2382569

​Huraian 
Majlis Pelajaran Kebangsaan ditubuhkan pada September 1999 atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Sambutan Hari Guru pada tahun tersebut.

Majlis ini dianggotai oleh beberapa orang Menteri Kabinet, pegawai-pegawai kanan dan beberapa buah Kementerian dan tokoh-tokoh dari pihak Swasta dan organisasi bukan kerajaan. Keahlian majlis ini adalah atas titah lantikan dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan lantikan keahlian adalah untuk tempoh dua tahun. Majlis dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

​Fungsi
​Fungsi ​Sekretariat Urus Setia Majlis Pelajaran Kebangsaan sebagaimana menurut Bab 11 (1), dan (2) dari Akta Pendidikan (Penggal 210), iaitu;

"Majlis hendaklah, atas permintaan Menteri, membantu dan memberi sokongan kepada Kementerian mengenai sebarang perkara dasar dan perkembangan pendidikan"

​Bidang Tugas
​1. Menjadi badan penasihat (advisory), pemikir (think-tank) dan badan rujukan (reference body) dalam bidang pendidikan terutamanya dari segi falsafah, dasar, matlamat dan hokum

2. Berperanan sebagai pemerhati untuk menegur perkara-perkara yang kurang bersesuaian dari segi ugama

3. Beperanan sebagai "Batu Pengasah" dalam mengetengahkan isu-isu utama untuk mendapatkan reaksi terhadapnya

4. Memandu dan mengawal agar perlaksaan pendidikan di Negara Brunei Darussalam bermutu tinggi dan menepati kehendak Perlembagaan dan Falsafah Negara

5. Memata-matai kuriukullum dan kokurikulum pendidikan, sistem peperiksaan dan kenaziran di Negara Brunei Darussalam

6. Sebagai forum tertinggi mengenai pendidikan di peringkat kebangsaan

7. Sebagai badan penyelesai masalah

​Struktur Organisasi 
MPK OG - Page 1.jpeg