Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Press Conference on Technical and Vocational Education Scholarship Scheme for Academic Session 2018/2019

Body

sidang media skim biasiswa BPTV.jpg

Ministry of Education this morning held a press conference on vocational and technical education scholarship scheme (Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV)) Scheme. The scheme will be opened from Tuesday, 17 July 2018 until Tuesday 31 Julai 2018 at 4.00pm.

Present at the press conference to brief the media was Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamat, Head of Scholarship Section, Ministry of Education. Also present were Yang Mulia Dayang Hajah Noridah binti Abdullah, Head of Private Education Section and Yang Mulia Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Executive Secretary of Secretariat of Brunei Darussalam National Accreditation Council.

Application form for the BPTV Scheme can be downloaded from www.moe.gov.bn. Applicants are required to submit the application form (Softcopy) via email to scholarship@moe.gov.bn and all relevant documents. Hardcopy of required documents should be submitted to Scholarship Section, 5th floor, Block C, Ministry of Education, Old Airport, Berakas before or not later than BPTV Scheme closing date. 

For more information regarding the scheme and application guidelines please click the link below or refer to Scholarship Section, 5th Floor, Ministry of Education during office hours or contact 2380019, or email to scholarship@moe.gov.bn.

- BPTV Scheme Application Form

- List of Private Higher Education Institutions selected and courses offered

- Application Guidelines for BPTV Scheme 

- Surat Pemberitahuan BPTV Scheme

As part of the ministry effort to inform more about the Scheme to the public, Ministry of Education will held roadshows at all 4 districts as shown below; 

BilDistrictDate/ TimeLocation
1Temburong

Thursday, 19 July 2018

10.00 AM – 12.00 PM

Bumiputera Complex Hall, Bangar
2Brunei-Muara

Saturday, 21 July 2018

9.00 – 11.30 AM

School of Aviation, IBTE Sultan Saiful Rijal Campus
3Belait

Monday, 23 July 2018

8.30 – 11.00 AM

IBTE Sultan Bolkiah Campus,

Seria

4Tutong

Monday, 23 July 2018

2.00 – 4.00 PM

Pusat Tingkatan Enam Tutong,

Bukit Beruang, Tutong


Poster BPTV Scheme 2018.jpeg


______________________________________________________________________________________________________________

Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) Sesi Akademik 2018/2019

Kementerian Pendidikan telah mengadakan sidang media mengenai Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) bagi Sesi Akademik 2018/2019. Sidang media berkenaan diadakan di Bilik Persidangan P6, Kementerian Pendidikan.

Hadir bagi menyampaikan maklumat mengenai Skim Biasiswa berkenaan ialah Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamat / Mohamad, Ketua Bahagian Biasiswa, Dayang Hajah Noridah binti Abdullah, Ketua Bahagian Pendidikan Swasta dan Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim, Setiausaha Kerja, Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK), Kementerian Pendidikan.

Sidang media pada hari tersebut bertujuan untuk membuat pengumuman dan seterusnya memberikan penerangan mengenai dengan Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal Vokasional yang mana permohonan bagi mendapatkan Skim Biasiswa tersebut telah mula dibukakan selama dua (2) minggu bermula pada hari Selasa, 17 Julai 2018 hingga hari Selasa, 31 Julai 2018 jam 4.00 petang.

Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) adalah merupakan salah satu projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 (RKN-11). Skim ini disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di Negara ini.

Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) ini adalah khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta dalam negeri.  Dengan cara ini, ianya akan dapat memberi mereka peluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya bagi menyahut Wawasan Brunei 2035 dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. 

Syarat-syarat utama bagi mendapatkan skim biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon terdiri dari Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam.
  2. Pemohon hendaklah terdiri dari mereka yang telah tamat sekolah di peringkat 'O' dan memperolehi keputusan 3 'O'  (kredit dalam 3 matapelajaran) dan ke bawah atau kelulusan yang sebanding dengannya;
  3. Memenuhi syarat kemasukan bagi mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian swasta yang berkenaan sahaja;
  4. Pemohon terdiri dari mereka yang belum mempunyai sebarang pekerajaan sama ada di agensi-agensi Kerajaan mahupun pihak swasta;

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Kemudahan-kemudahan yang akan diberikan melalui Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah:

  1. Pembiayaan kos pengajian sepenuhnya termasuk yuran pendaftaran dan yuran peperiksaan bagi kursus-kursus yang ditawarkan; dan
  2. Elaun perjalanan sebanyak BND45.00 sebulan
Dalam hubungan ini, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat ‘O’, yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan biasiswa Skim BPTV.  

Borang permohonan Skim BPTV (BPTV/A) boleh dimuat turun dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan: www.moe.gov.bn. Borang-borang yang telah lengkap diisikan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan (rujuk Lampiran). 

Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat dan tatacara permohonan bolehlah klik pautan di bawah atau merujuk ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan, Blok C Tingkat 5, Kementerian Pendidikan atau menghubungi talian 2380019; atau melalui alamat emel scholarship@moe.gov.bn.

Sebagai salah satu usaha untuk memberigakan Skim BPTV ini kepada orang ramai, Kementerian Pendidikan juga akan mengadakan jerayawara mengenainya di keempat-empat daerah pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

BilDaerahTarikh/ MasaTempat
1Temburong

Khamis, 19 Julai 2018

10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Dewan Kompleks Bumiputera, Bangar
2Brunei-Muara

Sabtu, 21 Julai 2018

9.00 – 11.30 Pagi

School of Aviation, IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal, Jalan Utama Berakas (seberang Sekolah Menengah Berakas)
3Belait

Isnin, 23 Julai 2018

8.30 – 11.00 Pagi

IBTE Kampus Sultan Bolkiah,

Seria

4Tutong

Isnin, 23 Julai 2018

2.00 – 4.00 Petang

Pusat Tingkatan Enam Tutong,

Bukit Beruang, Tutong


Attachments
Created at 7/17/2018 1:21 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 7/23/2018 8:58 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof