Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Agriculture Equipment Handover for the 'Green School Gardening' Project to Twelve Secondary Schools in Brunei Darussalam

Body

Brunei Muara, Saturday, 26 January 2019 – The Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP Centre), Ministry of Education held an Equipment Handover Ceremony for the Green School Gardening (GSG) Project to twelve government secondary schools at Agro-Technology Campus, Institute Brunei Technical Education (IBTE), Kg Wasan on Thursday, 24 January 2019 and Saturday, 26 January 2019.

p12.jpeg

Present in the two events to handover the equipment supplies to teachers from selected schools was Yang Mulia Pg Hjh Mas Joliwane Bte Pg Hj Tejudin, Acting Head of STEP Centre, Ministry of Education. Also present were officers from IBTE Agro-Technology Campus and STEP Centre, Ministry of Education.

The ceremony was followed by a series of workshop sessions conducted by the officers from Agro-Technology Campus, IBTE. It aimed to train the teachers through practical activities to construct and maintain the vertical hydroponic system, prior to the implementation of the said project in their respective schools.

The GSG programme will be conducted in secondary schools as an extracurricular activity to develop skills and interest in urban farming. It shall also serve as a platform to promote physical activities via gardening and raise awareness on the importance of healthy eating culture, through the consumption of vegetables within the school community especially the students. As part of the program, additional activities with embedded element of entrepreneurship will also be carried out.

_______________________________________________

Brunei Muara, Sabtu, 26 Januari 2019 – Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP), Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Penyampaian Peralatan Pertanian bagi projek 'GREEN SCHOOL GARDENING' (GSG) kepada 12 buah Sekolah Menengah Kerajaan yang berlangsung di Kampus Agro-Teknologi, IBTE, Kg Wasan pada Khamis, 24 Januari 2019 dan Sabtu, 26 Januari 2019 .

Hadir di kedua-dua majlis bagi penyampaian peralatan projek kepada guru-guru dari sekolah-sekolah menengah yang terpilih ialah Yang Mulia Pg Hjh Mas Joliwane Bte Pg Hj Tejudin, Pemangku Ketua Pusat STEP, Kementerian Pendidikan. Turut hadir ke majlis penyampaian tersebut adalah pegawai-pegawai dari Kampus Agro-Teknologi IBTE dan Pusat STEP, Kementerian Pendidikan.

Majlis diteruskan dengan sesi bengkel yang disampaikan oleh tenaga-tenaga pengajar dari Kampus Agro-Teknologi, IBTE. Bengkel tersebut adalah bertujuan untuk memberikan latihan tunjuk ajar secara praktikal kepada guru-guru untuk membina sistem vertical hydroponic dan seterusnya melaksanakan aktiviti pertanian menerusi kaedah tersebut di sekolah masing-masing.

Program pertanian yang akan dijalankan di peringkat sekolah menengah ini adalah sebagai aktiviti kurikulum tambahan bagi memupuk minat pelajar dan meningkatkan kemahiran di dalam urban farming. Ianya juga adalah merupakan sebagai salah satu platform bagi perlaksanaan aktiviti fizikal dan mendokong usaha ke arah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan permakanan sihat (iaitu menerusi pengambilan sayur-sayuran) di kalangan komuniti sekolah, khususnya pelajar-pelajar. Antara lain, program ini juga akan melibatkan aktiviti-aktiviti keusahawanan melalui bidang pertanian. 


Attachments
Created at 1/26/2019 4:53 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 1/29/2019 9:51 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof