Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Press Conference on Higher Education Expo (HE Expo) 2019

Body

HE Expo 2019- Final (2).png

Thursday, 31 January 2019 – Ministry of Education through Higher Education Division, Institute of Brunei Technical Education (IBTE) and Scholarship Sections held a Press Conference on Higher Education Expo 2019. The press conference takes place at Conference Hall 1 (P1), Ministry of Education today.

Press Conference He Expo.JPG

Yang Mulia Dayang Siti Zuliana binti Haji Abdul Samad, Head of Higher Education Division explaining about this year's Higher Education Expo 2019

Press Conference He Expo 1.JPG

The media during Question and Answer Session

__________________________________________________________________________

Khamis, 31 Januari 2019 – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Bahagian Biasiswa telah mengadakan sidang media mengenai Ekspo Pengajian Tinggi 2019. Sidang berkenaan diadakan di Dewan Persidangan 1 (P1), Kementerian Pendidikan.

 

Hadir bagi menerangkan mengenai ekspo tersebut ialah Yang Mulia Dayang Siti Zuliana binti Haji Abdul Samad, Ketua Bahagian Pengajian Tinggi; Yang Mulia Dr. Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli, pemangku Pengarah Pendidikan Teknik / Ketua Pegawai Eksekutif Institusi Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamat, Ketua Bahagian Biasiswa, selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama ekspo berkenaan.

 

Sidang media pada hari ini bertujuan untuk mengongsikan maklumat mengenai Ekspo Pengajian Tinggi 2019 yang akan diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 16 dan 17 Februari 2019 bertempat di Dewan 2, Bridex Jerudong.

 

Pada tahun ini merupakan kali ke-4 Ekspo Pengajian Tinggi telah diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan. Ekpso ini diadakan dengan fokus utama untuk menjadi One Stop Information Centre bagi Pengajian Tinggi yang akan menyatukan kesemua institusi-institusi pengajian pasca menengah, institusi-institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta serta agensi-agensi pendidikan dalam dan luar negeri di bawah satu bumbung bagi memberikan gambaran mengenai lanskap pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi. 

Ekspo ini akan memberigakan pelbagai laluan (multiple pathways) ke pengajian tinggi dan peluang-peluang tawaran pendidikan yang sedia ada di dalam dan luar negara. Ekspo ini diharap akan menjadi landasan bagi memudahkan pelajar-pelajar yang berhasrat untuk meninggi tahap pengajian serta berinteraksi secara langsung dengan pihak institusi-institusi dan agensi-agensi pendidikan berkenaan.  

 

Sehingga kini 58 buah institusi pengajian tinggi, agensi perkhidmatan pendidikan dan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta lain yang berkaitan yang akan menyertai ekspo tahun ini. Mereka terdiri daripada 13 institusi-institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dalam negeri, 21 institusi-institusi pendidikan luar negeri, 12 agensi-agensi kerajaan dan swasta, 8 adalah dari agensi perkhidmatan pendidikan (education services agencies) dalam dan luar negeri, dan 4 misi dan perwakilan luar negara.

 

Institusi Pengajian Tinggi Awam Brunei Darussalam akan disertai oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Politeknik Brunei (PB) dan juga Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Manakala pengajian tinggi swasta akan disertai oleh Laksamana College of Business, Kolej International Graduate Studies (KIGS), Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT), Micronet International College (MIC), Kemuda Institute, BICPA - FTMS Accountancy Academy dan Mahakarya Institute of the Arts. Institusi-institusi tersebut akan memperkenalkan program-program yang akan ditawarkan, syarat-syarat kemasukan, tatacara pendaftaran dan segala maklumat yang berkaitan dengannya.   

 

Kementerian Pendidikan pula akan memberigakan maklumat-maklumat terkini yang berkaitan seperti Sistem Pusat Kemasukan ke Pengajian Tinggi (HECAS), Biasiswa-Biasiswa Kerajaan, Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP), permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan kursus/kelulusan, kerjaya dan sebagainya. Kementerian Pendidikan akan diwakili oleh Bahagian Pengajian Tinggi, Bahagian Biasiswa, Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan serta Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah. Juga akan turut serta dalam ekspo ini nanti adalah agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain.

 

Selain dari pameran dan sesi konsultasi, Ekspo Pengajian Tinggi kali ini juga mengadakan seminar dan forum dari beberapa institusi pendidikan dan persatuan tempatan seperti tatacara penulisan Personal Statement, Curriculum Vitae, tip temuduga dan forum success stories.

 

Ekspo ini adalah dibukakan kepada orang awam, khususnya bagi lepasan menengah dan pra-universiti, iaitu Lepasan Brunei G.C.E. 'O' Level dan 'A' Level atau kelulusan yang sebanding dengannya, yang berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti program-program National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma Level 5, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dan juga mereka yang ingin mengembangkan kemahiran atau profesionalisme mereka.

 

Ekspo ini tidak terhad kepada pelajar-pelajar atau pengunjung-pengunjung dalam negeri sahaja, malahan juga mengalu-alukan serta membukakan peluang yang sama kepada pelajar dan pengunjung luar negara yang berkeinginan untuk meneruskan pengajian di institusi-institusi di negara ini. 


Attachments
Created at 1/31/2019 10:46 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 1/31/2019 10:47 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof