Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Brunei Cambridge G.C.E. ‘AS’ and ‘A’ Level October/November 2019 Examination Results

Body

Wednesday, 22 January 2020 - The Ministry of Education through the Department of Examination has issued the Brunei Cambridge G.C.E. 'AS' and 'A' Level October/ November 2019 Results today.


1. Brunei-Cambridge G.C.E. 'A' Level Examination

 

1.1 Out of 1706 candidates who sat for the examination, the overall achievement of at least three (3) 'A' candidates is 1204 candidates or 70.5%, an increase of 0.46%. Meanwhile, the percentage of candidates receiving at least two (2) 'A' levels is 85.70%, a decrease of 0.29% and the percentage of candidates receiving one (1) 'A' level is 94.26%, an increase of 0.39% in comparison to 2018 Examinations Results.  

 

Meanwhile at the school level, candidates with at least three (3) 'A' is 75.14%, a decrease of 0.41%. Whereas, the percentage of candidates with at least two (2) 'A' levels is 90.67% and the percentage of candidates with one (1) 'A' level is 97.24% which is an increase of 0.09%.

 

Overall, 167 candidates or 9.79% candidates attained 'A' grades in 2 to 4 subjects. A total of 21 students attained Grade A* / A in 4 subjects, a total of 67 candidates attained Grade A* / A in 3 subjects and 79 candidates obtained A* / A in 2 subjects.

 

1.2 Overall 9 subjects have shown an increase between 0.09% and 13.42%. The subjects are Usuluddin, Bahasa Melayu, Travel and Tourism, Computer Science, Geography, Sociology, Biology, Chemistry and Art and Design.

 

Meanwhile 3 subjects have remained the same from last year at 100%, which are Hafaz 

Al-Quran, Further Mathematics and Physical Education.

 

2.0 Brunei-Cambridge G.C.E. 'AS' Level Examination

 

2.1 Out of 1,027 candidates who have sat for the examination, 648 candidates obtained at least two (2) 'AS' levels, which is 63.10% and a decrease of 0.70%. Meanwhile, 942 or 91.72% achieved at least one (1) 'AS' level, a decrease of 2.44% from October/November 2018 results.

 

2.2 Overall, 74 candidates achieved 'A' in at least two subjects.

 

Students who have sat for the examinations in October/November 2019 may obtain their result slips from their respective schools while private candidates may do so from the Examinations Department, Ministry of Education during office hours.

 

Candidates who wish to improve their results may register for the Brunei-Cambridge 'AS' and 'A' Level examinations for the May/June 2020 session is still open and closing date for private candidates' registration is on Thursday, 15 February 2020

 

Candidates are advised to follow registration deadline and school candidates should refer to their teachers at their respective schools.

______________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

BRUNEI-CAMBRIDGE G.C.E. 'AS' LEVEL dan 'A' LEVEL

OKTOBER/NOVEMBER 2019

 

Rabu, 22 Januari 2020- Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan pada hari ini telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. 'AS' dan 'A' Level Oktober/November 2019.


1. Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E 'A' Level


 1.1      Daripada 1706 calon yang menduduki peperiksaan tersebut, pencapaian secara keseluruhan calon yang memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) 'A' level ialah 1204 calon atau 70.57% iaitu peningkatan sebanyak 0.46%. Manakala, peratus calon mendapat sekurang-kurangnya dua (2) 'A' level ialah 85.70%, menurun sebanyak 0.29% dan peratus calon memperolehi satu (1) 'A' level ialah 94.26% iaitu meningkat sebanyak 0.39% berbanding daripada keputusan Peperiksaan pada tahun 2018.


Manakala, di peringkat sekolah pencapaian calon yang memperolehi sekurang- kurangnya tiga (3) 'A' level ialah 75.14% calon, iaitu penurunan sebanyak 0.41%. Manakala, peratus calon mendapat sekurang-kurangnya dua (2) 'A' level ialah 90.67% dan peratus calon memperolehi satu (1) 'A' level ialah 97.24% iaitu meningkat sebanyak 0.09%.


Pada keseluruhannya seramai 167 calon atau 9.79% calon mendapat gred 'A' ke atas dalam 2 hingga 4 mata pelajaran. Seramai 21 orang calon sekolah memperolehi Gred A*/A dalam 4 mata pelajaran, sejumlah 67 calon mendapat Gred A*/A dalam 3 mata pelajaran dan 79 calon telah memperolehi Gred A*/A dalam 2 mata pelajaran.


1.2      Pada keseluruhannya sebanyak 9 mata pelajaran menunjukkan pencapaian meningkat di antara 0.09% hingga 13.42%.  Mata-mata pelajaran tersebut ialah Usuluddin, Bahasa Melayu, Travel & Tourism, Computer Science, Geography, Sociology, Biology, Chemistry dan Art and Design.


Sementara itu 3 mata pelajaran menunjukkan pencapaian yang sama seperti pencapaian tahun 2018 iaitu pencapaian 100.00% bagi mata pelajaran Hafaz Al-Quran, Further Mathematics dan Physical Education. 


2. Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E 'AS' Level

Daripada 1027 calon yang menduduki peperiksaan 'AS' Level, calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya dua (2) 'AS' level adalah seramai 648 calon iaitu 63.10% dengan  penurunan  sebanyak  0.70%. Manakala, seramai 942 atau 91.72% telah mencapai sekurang-kurangnya satu (1) 'AS' level iaitu penurunan sebanyak 2.44% jika dibandingkan dengan keputusan Oktober/November 2018.


Sementara, pencapaian calon pada keseluruhannya, 74 calon berjaya mencapai gred 'A' dalam sekurang-kurangnya dua mata pelajaran.


Dimaklumkan juga kepada penuntut-penuntut yang mengambil peperiksaan tersebut supaya mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing pada waktu sekolah, manakala calon-calon persendirian bolehlah mengambil slip keputusan masing-masing di Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.


Dalam perkara ini juga, sukacita disampaikan mana-mana calon yang berhasrat untuk memperbaiki pencapaian keputusan peperiksaan Brunei-Cambridge GCE 'AS' dan 'A' level, pendaftaran bagi bulan Mei/Jun masih dibukakan dan tarikh tutup pendaftaran bagi calon persendirian ialah pada hari Khamis, 15 Februari 2020.


Calon-calon juga hendaklah mengambil perhatian tarikh tutup pendaftaran bagi yang mendaftar di sekolah hendaklah merujuk kepada guru yang berkenaan di sekolah masing-masing.

Attachments
Created at 1/22/2020 10:50 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 1/25/2020 11:41 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof