Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Opening Ceremony For School Leaders Convention 2020

Body

Wednesday, 26 February 2020 – Ministry of Education organized a School Leaders Convention for two (2) days at the Chancellor Hall, Universiti Brunei Darussalam. It serves as a platform for school leaders nationwide on the current needs and expectations in supporting the Ministry of Education's Strategic Plan 2018 - 2022; Brunei Wawasan 2035 and thus aligning with global competencies standards. It also encourages school leaders to share ideas and best practices with relevant stakeholders towards the development of performance-driven culture for growth and success of overall schools' performance.

 

Present as the guest of honor to officiate the opening ceremony was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education, Brunei Darussalam.

 IMG-20200226-WA0027.jpg

Also present at the convention were Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Deputy Minister of Education; Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abd. Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Acting Director General of Education; Directors and Senior Officials at the Ministry of Education.

IMG-20200226-WA0030.jpg

 IMG-20200226-WA0031 (1).jpg

With the theme of 'Quality Leaders, Quality Education', various components have been planned for the two days convention comprise of head of departments' dialogs which was presented by Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education) and Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education). The dialogue session explains the action status and progress for the initiatives of Departments under Ministry of Education that was agreed during the 2019 School Leaders convocation.

 

The main focus of this convocation is sharing the results of Programme for International Student Assessment (PISA) and the way forward for school leaders in improving school performance, the socialization session of Learning Support Framework by school leaders which will be conducted to schools; the socialization session of The Brunei Darussalam School Leadership Competency Framework and its Professional Development Training (PDs), the presentation of schools' incentives based on public examinations and Whole School Evaluation (WSE) performance followed by new school leaders' appointment.

 

The programme also includes presentation of key papers presented by Mr Ong Kong Hong, Zonal Director of Schools (South), Ministry of Education, Singapore through a video conferencing.

 

More than 500 participants attended the convention including the Head of Departments, Sections, and Units under the Ministry of Education, school leaders from government, private and international schools as well as Arabic secondary schools.

 

The convention is collaboratively organized by the Department of Educators Management and Department of Schools, Ministry of Education. 

________________________________________________________________________________

Konvensyen Pemimpin Sekolah 2020

26 & 27 Februari 2020

Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam

 

Rabu, 26 Februari 2020 - Kementerian Pendidikan telah menganjurkan Konvensyen Pemimpin Sekolah 2020 selama dua hari yang diadakan di Dewan Chancellor, Universiti Brunei Darussalam. Konvensyen ini merupakan platform bagi pemimpin-pemimpin sekolah di seluruh negara dalam menyokong dan mendokong Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018 - 2022; Wawasan Brunei 2035 dan selaras dengan piawaian kecekapan global. Ianya juga bertujuan untuk mendorong pemimpin-pemimpin sekolah berkongsisama idea dan amalan-amalan terbaik dengan pihak berkepentingan dalam menjurus ke arah perkembangan performance-driven culture bagi meningkatkan prestasi sekolah.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan; Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abd. Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan; Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pendidikan.

 

Dengan tema 'Quality Leaders, Quality Education', pelbagai komponen telah diaturkan dalam program Konvensyen selama dua hari tersebut termasuklah dialog Ketua-Ketua Jabatan yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha (Pengajian Tinggi). Sesi dialog tersebut menerangkan status tindakan dan progress bagi inisiatif-inisatif jabatan di Kementerian Pendidikan yang telah dijanjikan semasa Konvensyen Pemimpin Sekolah 2019.

 

Fokus utama yang disampaikan dalam konvensyen ini adalah mengongsikan hasil perolehan Programme for International Student Assessment (PISA) 2018 dan way forward bagi pemimpin sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah; sesi sosialisasi Learning Support Framework yang akan dilaksanakan ke sekolah-sekolah oleh pemimpin sekolah; sesi sosialisasi The Brunei Darussalam School Leadership Competency Framework and its Professional Development Training (PDs); penyampaian insentif sekolah berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam dan Whole School Evaluation (WSE) dan seterusnya lantikan pemimpin-pemimpin sekolah yang baru.

 

Aturcara program Konvensyen ini juga diselitkan dengan pembentangan kertas ucaptama yang disampaikan oleh Mr Ong Kong Hong, Zonal Director of Schools (South), Ministry of Education, Singapore melalui video conferencing.

 

Lebih 500 peserta menghadiri Konvensyen berkenaan termasuk ketua-ketua jabatan, bahagian dan unit di bawah Kementerian Pendidikan, pemimpin sekolah dari sekolah-sekolah kerajaan, swasta dan sekolah antarabangsa serta sekolah-sekolah menengah Arab.

 

Konvensyen ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengurusan Pendidik dan Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Attachments
Created at 2/27/2020 11:16 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 3/8/2020 7:27 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof