Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Pembelajaran Dan Pengajaran Secara Dalam Talian (Online) Penggal Persekolahan Ke-Dua

Body

‚ÄčKementerian Pendidikan, Berakas / 30 Rejab 1441 bersamaan 25 Mac 2020 - Kementerian Pendidikan dengan nasihat Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi semua sekolah rendah, menengah, pusat-pusat tingkatan enam, sekolah- sekolah vokasional dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan juga termasuk sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama, sekolah-sekolah swasta akan bermula pada hari Isnin, 05 Syaaban 1441 bersamaan 30 Mac 2020 SECARA DALAM TALIAN (ONLINE). Bagi sekolah-sekolah antarabangsa, pengajaran dan pembelajaran juga SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) akan bermula pada tarikh yang telah ditetapkan oleh institusi masing-masing.


Bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar-pelajar adalah terjaga serta terhindar daripada sebarang kemungkinan jangkitan, pelajar-pelajar akan dikehendaki untuk TERUS BERADA DI RUMAH dan mengikuti pembelajaran secara dalam talian melalui pelbagai landasan mengikut kapasiti sekolah masing-masing sama ada melalui Emel, Google Docs, WhatsApp, Video Conference, Microsoft Teams dan platform media sosial atau sebarang aplikasi telekomunikasi yang bersesuaian. Selain itu, pihak sekolah juga akan memberikan home-pack learning bagi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai akses kepada internet. Pendidikan melalui rancangan TV juga akan dilaksanakan sebagai sokongan tambahan pengajaran dan pembelajaran melalui media massa.


Untuk makluman, pihak sekolah juga telah mengaktifkan Business Continuity Plan (BCP) masing- masing bagi menjaga kesejahteraan guru-guru dan warga sekolah dengan memberikan kelonggaran bagi warga sekolah yang termasuk dalam kategori vulnerable sepertimana yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan termasuk mereka yang sedang mengandung, untuk bertugas dari rumah kediaman masing-masing (Work From Home, WFH). Pelaksanaan kaedah WFH juga diselaraskan dengan kaedah flexible working arrangements bagi semua warga perkhidmatan awam seperti yang dinyatakan di dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 06/2020.


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Gerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan di talian 2382396 pada waktu pejabat sahaja.


-TAMAT-


Dikeluarkan oleh: 

Unit Perhubungan Awam 

Kementerian Pendidikan 

Berakas BB3510 

Negara Brunei Darussalam

Attachments
Created at 3/25/2020 3:55 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 4/29/2020 3:21 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof