Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Ministry Of Education Receives More Private Sector Contributions

Body

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education (MOE) this afternoon received a contribution of 120 units of laptops from Standard Chartered Bank (SCB) Brunei at Conference Hall 1, MOE Headquarters, here. The donation is a response to the donation drive jointly initiated by Ministry of Education, Ministry of Transport and Infocommunications and Authority for Info-communications Technology Industry (AITI) to support online learning and provide assistance to students in need amidst COVID-19 pandemic in the country. The event also saw the donation of 15 units of tools from Netcom Computer House in supporting online learning of students in need.

Present to receive the contribution was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

Also present was Yang Mulia, Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education.

At this afternoon's event, Standard Chartered Bank (SCB) Brunei contributed 120 units of laptops which we co-presented by Yang Mulia, Pg. Aki Ismasufian bin Pg. Haji Ibrahim, Chief Executive Officer of SCB and Yang Mulia, Awg. Ahmad Syauqie bin Haji Satia, President of SCOT (Society for Community Outreach and Training).

WhatsApp Image 2020-04-30 at 2.22.55 PM.jpeg

Today's event also received the contribution of 15 units of tools from Netcom Computer House in supporting online learning of students in need presented by Yang Mulia Vincent Goh, Managing Director of Netcom Computer House.

WhatsApp Image 2020-04-30 at 2.22.56 PM.jpeg

Among those present were Yang Mulia, Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia, Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia, Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Deputy Permanent Secretary (Infocommunications, Cybersecurity, Strategy And Corporate) at the Ministry of Transport and Infocommunications (MTIC); Yang Mulia, Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar, acting Chief Executive of AITI; Yang Mulia, Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, acting Director General of Education; Yang Mulia, Ms. Marilyn Graeme, Head of Corporate Affairs, Brand & Marketing, SCB; Heads of Department at the Ministry of Education, Standard Chartered Bank Brunei, SCOT and Network Computer House.

WhatsApp Image 2020-04-30 at 2.22.57 PM.jpeg

 WhatsApp Image 2020-04-30 at 2.22.56 PM (1).jpeg

The donation drive to collect ICT devices to support online learning for students in need will be opened until 14th May 2020. Donations can be dropped off either at Block A, IBTE Sultan Saiful Rijal Campus, Jalan Muara or IBTE Jefri Bolkiah Campus, Kuala Belait on Mondays to Thursdays and Saturdays from from 8:30 am to 1:30 pm. 

____________________________________________________________

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan pada petang tadi menerima lagi sumbangan sebanyak 120 buah komputer riba dari Bank Standard Chartered Brunei yang berlangsung di Dewan Persidangan 1, Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan di sini. Sumbangan tersebut merupakan antara yang diterima sebagai sambutan kepada inisiatif bersama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Info-Komunikasi dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalamn (AITI) dalam mengungkayahkan kempen derma bagi menyokong pembelajaran dalam talian serta membantu para pelajar yang memerlukan semasa pandemik COVID-19 di negara ini. Di samping itu, majlis pada hari ini turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak 15 unit peralatan pembelajaran dalam menyokong pembelajaran dalam talian para pelajar yang memerlukan.

Hadir bagi menerima sumbangan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

Turut hadir ialah Yang Mulia, Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Sejumlah 120 unit komputer riba diterima dari Bank Standard Chartered (SCB) Brunei yang disampaikan bersama oleh Yang Mulia, Pg. Aki Ismasufian bin Pg. Haji Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank (SCB) Brunei dan Yang Mulia, Awg. Ahmad Syauqie bin Haji Satia, Presiden SCOT (Society for Community Outreach and Training).

Majlis penerimaan sumbangan kali ini turut menerima sumbangan sebanyak 15 unit peralatan pembelajaran dari Netcom Computer House dalam menyokong pembelajaran talian para pelajar yang memerlukan.

Antara yang hadir di majlis ini ialah Yang Mulia, Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia, Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia, Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi Dan Korporat) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia, Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AITI; Yang Mulia, Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee, pemangku Ketua Pengarah Pedidikan; Yang Mulia, Dyg. Marilyn Graeme, Ketua Hal Ehwal Korporat, Penjenamaan & Pemasaran, SCB; Ketua-ketua Jabatan dari Kementerian Pendidikan, Standard Chartered Bank Brunei, SCOT dan Network Computer House.

Kempen derma untuk mengumpulkan peranti-peranti ICT bagi menyokong pembelajaran dalam talian untuk pelajar yang memerlukan dibuka sehingga 14 Mei 2020. Sumbangan boleh disalurkan di Blok A, IBTE Sultan Saiful Rijal Campus, Jalan Muara atau IBTE Jefri Bolkiah Campus, Kuala Belait pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang.

- T A M A T –


Disediakan dan dikeluarkan oleh:

Unit Perhubungan Awam

Kementerian Pendidikan

Negara Brunei Darussalam



Attachments
Created at 4/30/2020 3:23 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 5/7/2020 12:38 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof