Sign In

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Title

Ministry of Education Receives more Laptop Contributions

Body

The Ministry of Education (MOE) this afternoon received more laptop and pen drives contributions to the donation drive jointly initiated by the Ministry of Education, Ministry of Transport and Info-Communications and Authority for Info-communications Technology Industry (AITI) to support online learning and provide assistance to students in need amidst COVID-19 pandemic in the country. The presentation of contributions was held at Conference Hall 1, MOE Headquarters here.

At this afternoon's event, 100 laptops and 100 pen drives were contributed by Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB). Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Minister at the Prime Minister's Office in his capacity as the Yayasan Board of Directors member and Chairman of the Yayasan Aid Review Committee presented the donation.

Today's ceremony also received a further 100 laptops from Deputy Ministers of Brunei Darussalam. The donation was jointly presented by Yang Mulia, Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Deputy Minister of Finance and Economy (Economy), Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Deputy Minister of Development and Yang Mulia, Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education.

WhatsApp Image 2020-05-07 at 14.27.49.jpeg

WhatsApp Image 2020-05-07 at 14.27.51.jpeg

WhatsApp Image 2020-05-07 at 14.27.50.jpeg

Present to receive the contribution was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

Among those present at the presentation ceremony this afternoon were Yang Mulia, Dr. Nor Imtihan Binti Haji Abdul Razak, Permanent Secretary (Planning, Land Use and Environment) of Ministry of Development in her capacity as the Acting Managing Director of YSHHB;  Yang Mulia, Dr. Haji Azman bin Haji Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia, Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia, Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Deputy Permanent Secretary (Infocommunications, Cybersecurity, Strategy And Corporate) at the Ministry of Transport and Infocommunications (MTIC); Yang Mulia, Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar, acting Chief Executive of AITI; Senior members from YSHHB; Yang Mulia, Hajah Anis Faudzulani bin Haji Dzulkiflee, acting Director General of Education; and Heads of Department at the Ministry of Education.

The donation drive to collect ICT devices to support online learning for students in need will be open until 14th May 2020. Donations can be dropped off either at Block A, IBTE Sultan Saiful Rijal Campus, Jalan Muara or IBTE Jefri Bolkiah Campus, Kuala Belait on Mondays to Thursdays and Saturdays from 8:30 am to 1:30 pm.


KEMENTERIAN PENDIDIKAN TERUS MENERIMA SUMBANGAN BERUPA KOMPUTER RIBA

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan pada petang tadi menerima lagi sumbangan kepada kempen derma komputer, komputer riba, tablet yang diusahakan bersama oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Info-Komunikasi dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) bagi menyokong pembelajaran dalam talian serta membantu para pelajar yang memerlukan semasa pandemik COVID-19 di negara ini. Majlis penerimaan sumbangan berlangsung di Dewan persidangan 1, Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan di sini.

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menyerahkan sumbangan berupa 100 unit komputer riba dan 100 biji pen drive yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Lembaga Pengarah YSHHB dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-Bantuan YSHHB.

Sumbangan pada hari ini turut menyaksikan sumbangan berupa 100 unit komputer riba yang diterima daripada Timbalan-timbalan Menteri Negara Brunei Darussalam. Majlis Penyerahan Sumbangan berkenaan disampaikan bersama oleh Yang Mulia, Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan dan Yang Mulia, Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.

Hadir bagi menerima sumbangan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

Antara yang hadir di majlis ini ialah Yang Mulia, Dr. Nor Imtihan Binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan YSHHB; Yang Mulia, Dr. Haji Azman bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia, Dr. Chin Wei Keh Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia, Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi Dan Korporat) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia, Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar, Pemangku Ketua Eksekutif AITI; Pegawai-pegawai Kanan dari YSHHB; Yang Mulia, Hajah Anis Faudzulani bin Haji Dzulkiflee, pemangku Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, dan Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Pendidikan.

Kempen derma untuk mengumpulkan peranti-peranti ICT bagi menyokong pembelajaran dalam talian untuk pelajar yang memerlukan dibuka sehingga 14 Mei 2020. Sumbangan boleh disalurkan di Blok A, IBTE Sultan Saiful Rijal Campus, Jalan Muara atau IBTE Jefri Bolkiah Campus, Kuala Belait pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8:30 pagi hingga 1:30 petang. 




Attachments
Created at 5/7/2020 2:45 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 5/14/2020 4:12 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof