Sign In

Skip Navigation LinksJabatan Pendidikan Kokurikulum



​Visi
​Kualiti Pendidikan Kokurikulum Ke arah Negara Dinamik

Misi
​Mengembangkan Bakat, Kemahiran Dan Sahsiah Pelajar Untuk mencapai Potensi yang Maksima

​Pengenalan
Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum​Yang Mulia Awang Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman (Pemangku Pengarah)
​Alamat​Jalan 10, 
Kampong Perpindahan Lambak Kanan
Berakas, BC2315
Negara Brunei Darussalam
​Nombor Telefon​Tel: 2333041, 2333043, 2333053 & 2333061
Fax: 2332977 & 2332976

Objektif
  1. Untuk melahirkan generasi pelajar yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak (resilient) di samping menyemai sifat-sifat dan nilai-nilai murni serta luhur
  2. Untuk membolehkan pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran-kemahiran asas dan mengembangkannya demi mencapai kecemerlangan. Untuk menjadikan pelajar yang dapat merancang program-program riadah yang sihat, bermanfaat serta selamat dalam menjalani cara hidup yang sihat
  3. Untuk memberi peluang kepada guru-guru menjalani kursus-kursus dan latihan-latihan yang berhubungkait dengan pelaksanaan kegiatan kokurikulum yang berkesan di sekolah/maktab
  4. Untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir di bidang akademik tetapi juga berkemahiran dalam bidang-bidang yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan jasmani, rohani, peribadi, intelek, emosi dan sosial yang menyeluruh dalam sama-sama mendukung tanggungjawab terhadap negara, ugama dan bangsa
  5. Untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam pendidikan kokurikulum sukan dan menyemai potensi mereka untuk menjadi sport elite di masa akan datang
  6. Untuk melibatkan seberapa banyak penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum

​Fungsi
Merujuk Surat Keliling Kementerian Pendidikan Bil: 2/1995 bertarikh 8 Jamadilakhir 1416 bersamaan dengan 1 November 1995, Rujukan KPE/M7/42/95, fungsi dan tugas Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah dinyatakan seperti berikut:-

1. Sebagai pusat perancangan dan pelaksanaan serta sumber dan penggerak segala kegiatan- kegiatan tambahan di sekolah- sekolah rendah, menengah dan maktab- maktab seluruh Negara dari segi:-

1.1. Merancang, menyelaras, menyelia, menasihat, membimbing/ melatih dan seterusnya menilai kegiatan- kegiatan tambahan.
1.2. Mengadakan projek-projek latihan, kursus, seminar dan bengkel bagi maksud memperkembangkan kegiatan tambahan.
1.3. Merancang dan menyelaras peruntukkan dan kemudahan bagi pelaksanaan kegiatan- kegiatan.
1.4. Sebagai penasihat dan penyelaras kepada sekolah- sekolah rendah, menengah dan maktab- maktab yang ingin menganjur/ mengelola kegiatan masing- masing.
1.5. Sebagai penganjur, pengelola dan pelaksana secara langsung kegiatan-kegiatan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa apabila Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah.

2. Sebagai penyelaras dan penghubung di antara pihak sekolah/ maktab dengan pihak luar:-

2.1. Bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain dalam acara-acara perayaan Negara dan antarabangsa yang melibatkan sekolah/ maktab.
2.2. Bekerjasama dengan kementerian- kementerian lain seperti kegiatan-kegiatan yang berhubung dengan Pasukan Beruniform ( Kadet Tentera, Kadet Polis, Bomba dan Penyelamat, Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah dan sebagainya).

3. Sebagai penghubung, penyelaras, penasihat dan memberi maklumat kepada pihak sekolah/ maktab berhubung dengan penglibatan/ penyertaan sekolah/ maktab dengan pihak yang berkenaan (dalam dan luar negara).

4. Bertanggungjawab memberi nasihat dan penilaian, penghargaan atas usaha bakti dan pencapaian guru-guru dan pelajar secara individu, kumpulan mahupun keseluruhan (sekolah/ maktab).

5. Bertanggungjawab atas kerja- kerja yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan seperti mengaturkan lawatan, persembahan kebudayaan dan sebagainya seperti seminar, symposium, mesyuarat di peringkat antarabangsa apabila Negara Brunei Darussalam sebagai tuan rumah.


​Unit
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB URUSETIA MAJLIS SUKAN DAN SEKOLAH-SEKOLAH (MSSBD)

1. Menjadi Urusetia Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam dan penyelaras urusetia apabila Negara Brunei Darussalam menjadi Tuan Rumah Kejohanan-Kejohanan Sukan yang dianjurkan ASSC, ASSF , ASFF dan ASG serta menjadi urusetia sukan antara kementerian-kementerian dan Sukan Perkhidmatan Awam.

2. Menyelaras peruntukan yang diberikan kepada unit dan membelanjakannya dengan tertatur mengikut prosedur yang ditetapkan.

3. Merancang dan merangka program-program latihan dan pemilihan bagi bakat-bakat baru untuk persediaan dan penyertaan pasukan sekolah-sekolah Brunei Darussalam ke kejohanan sukan merantau dan antarabangsa khususnya anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASSC), Persekutuan Sukan Sekolah-Sekolah Asia (ASSF) , Persekutuan Bolasepak Sekolah-Sekolah Asia (ASFF) dan ASEAN School Games (ASG).

4. Merancang dan melaksana kursus, bengkel atau seminar kesukanan dalam bidang kejurulatihan, sains sukan, perubatan sukan, psikologi sukan dan sebagainya bagi guru-guru dan pegawai-pegawai.

5. Melaksanan penyelidikan dan menyediakan laporan tahunan kearah pembaikan perkara yang bersangkutpaut dengan unit dan penyertaan pasukan sekolah-sekolah Negara Brunei Darsussalam di kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa.

6. Menyelaras persiapan bagi penyertaan pasukan sekolah-sekolah Brunei Darussalam ke kejohanan yang dianjurkan oleh ASSC, ASSF,  ASFF, ASG dan badan-badan sukan kebangsaan dan antarabangsa.

7. Menjadi Pegawai Penghubung dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan terutamanya bagi ASSC, ASSF , ASFF dan ASG.

8. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Kerja apabila Negara Brunei Darussalam menjadi Tuan Rumah bagi Kejohanan anjuran ASSC, ASSF, ASFF dan ASG.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT JASMANI

1. Menyelaras  segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti dan kegiatan yang di pertanggungjawabkan kepada unit berkenaan.

2. Membuat perancangan yang berkaitan denga perkembangan bidang kesukanan.

3. Menerima maklumbalas dan seterusnya membuat penyelidikan terhadap penganjuran aktiviti kesukanan dan membuat cadangan-cadangan pembaikan.

4. Menyelaras segala peruntukan tahunan yang diagihkan.

5. Melaksana dan menyelaras kegiatan-kegiatan dan kejohanan-kejohanan berbentuk sukan yang di senaraikan dalam kalendar sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab peringkat kawasan, daerah dan Negara.

6. Mengendalikan kursus, bengkel atau seminar kepada guru-guru dan pegawai yang berkaitan dengan pengurusan dan kepegawaian teknikal.

7. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek yang bersangkut paut dengan latihan, bengkel, kursus atau seminar dalam bidang sukan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan dan badan-badan sukan kebangsaan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT ROHANI

1. Melaksanakan dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan dan pertandingan dan perlawanan berbentuk rohani dan keagamaan yang di senaraikan dalam kalendar Jabatan Pendidikan Kokurikulum bagi sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab peringkat kawasan, daerah dan Negara

2. Menyelaras peruntukan yang diberikan kepada Unit dan membelanjakannya dengan teratur mengikut prosedur yang ditetapkan

3. Mengendalikan kursus, bengkel atau seminar kepada guru-guru dan pegawai yang berkaitan dengan rohani dan keagamaan

4. Melaksanakan penyelidikan dan menyediakan laporan tahunan bagi unit berkenaan kearah pembaikan perkara yang bersangkutan dengan kegiatan dan pertandingan yang dilaksanakan oleh unit berkenaan

5. Melantik pegawai-pegawai yang bertanggungjawab sebagai penyelaras dan pegawai khusus kepada kegiatan dan pertandingan antara sekolah-sekolah bagi peringkat kawasan, daerah dan negara

6. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek yang bersangkutan dengan latihan, bengkel, kursus, seminar serta acara-acara keagamaan yang dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT AKLI

1. Melaksanakan dan menyelaras kegiatan-kegiatan dan pertandingan dan perlawanan berbentuk akli, kebudayaan dan ICT yang di senaraikan dalam kalendar Jabatan Pendidikan Kokurikulum bagi sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab peringkat kawasan , daerah dan Negara

2. Menyelaras kursus, bengkel atau seminar kepada guru-guru dan pegawai yang berkaitan dengan kegiatan akli, kebudayaan dan ICT

3. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek yang bersangkutan dengan latihan, bengkel, kursus atau seminar dalam bidang berkaitan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

4. Melaksanakan penyelidikan dan menyediakan laporan tahunan bagi unit berkenaan kearah pembaikan perkara yang bersangkutan dengan kegiatan dan pertandingan yang dilaksanakan oleh unit berkenaan

5. Melantik pegawai-pegawai yang bertanggungjawab sebagai penyelaras dan pegawai khusus kepada kegiatan dan pertandingan antara sekolah-sekolah bagi peringkat kawasan, daerah dan Negara

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT BERUNIFORM DAN PERKHIDMATAN KEMASYARAKATAN

1. Mengawasi dan menyelaras latihan dan perkembangan pasukan-pasukan Beruniform di sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab seluruh Negara.

2. Bekerjasama dengan agensi-agensi pasukan Beruniform seperti Polis Di-raja Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Persekutuan Pengakap Kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah dalam penubuhan, latihan, kursus, seminar yang berkaitan dengan pasukan Beruniform sekolah.

3. Membantu Unit-Unit dalam memberikan khidmat pasukan beruniform dalam kejohanan dan pertandingan yang dijalankan.

4. Berusaha untuk meningkatkan jumlah keramaian yang menyertai pasukan-pasukan beruniform.

5. Memantau segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak pasukan beruniform sekolah.

6. Menyelaras dan memantau kursus-kursus yang diadakan oleh pihak OBBD dan OBS.

7. Menyelaras peruntukan yang diberikan kepada Unit dan membelanjakannya dengan taratur mengikut prosedur yang ditetapkan.8. Melaksanakan penyelidikan dan menyediakan laporan tahunan bagi unit berkenaan kearah pembaikan perkara yang bersangkutan dengan kegiatan dan pertandingan yang dilaksanakan oleh unit bekenaan.



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT PENTADBIRAN

a. PERSONEL DAN KEMUDAHAN

1.      Membuat peruntukan perbelanjaan gaji pegawai dan kakitangan jabatan bagi setiap tahun kewangan.

2.      Menyelaras segala jenis permohonan cuti yang dihadapkan oleh pegawai dan kakitangan.

3.      Menyelaras permohonan Elaun Cuti Tambang, Elaun Perjalanan, Elaun Pelajaran, Sijil Sekatan Kecekapan, Kenaikan EB Khas, Kenaikan Gaji Tahunan dan kenaikan

          pangkat dan bonus.

4.      Menyelaras borang-borang sokongan bagi pengurniaan pingat-pingat dan bintang-bintang kebesaran negara.

5.      Mengemaskini data-data peribadi pegawai dan kakitangan yang dicalonkan bagi  pengurniaan pingat-pingat dan bintang-bintang kebesaran negara.

6.      Menjadi Pegawai Penyelaras bagi kursus-kursus yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam sepanjang tahun.

7.      Menjadi Pegawai Penyelaras bagi kursus-kursus panjang dan pendek, dalam dan luar negeri bagi Latihan Dalam Perkhidmatan.

8.      Membuat penyelarasan pertukaran / penetapan jawatan / kenaikan pangkat / pegawai-pegawai dan kakitangan serta pengurusan pegawai-pegawai yang diperbantukan

          dari Jabatan Sekolah-Sekolah atau Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan / Kementerian lainnya.

9.      Menyelaras dan menyediakan laporan-laporan yan berkaitan dengan segala permohonan jawatan-jawatan kosong yang dihadapkan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan 

          kemudian dihadapkan kepada Ketua Unit Keanggotaan dan Pengiklanan.

10.    Menyelaras program induksi bagi pegawai dan kakitangan yang baru melapor ke jabatan.

11.    Menjadi Pegawai Penghubung bagi pengurusan penilaian prestasi baru.

12.    Menjadi Jawtankuasa sumber Manusia bagi Moderation dan Calibration peringkat jabatan untuk system penilaian prestasi.

13.    Mengumpul borang prestasi pegawai dan kakitangan mengikut fasa tertentu.

14.    Memantau perlaksanaan pengurusan penilaian prestasi baru mengikut fasa yang ditetapkan.

15.    Memasukkan gred – gred penilaian prestasi ke dalam hamparan elektronik untuk dihadapkan ke Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan

          Kementerian Pendidikan.

16.     Menyelaras taklimat pegurusan pentadbiran dan faedah – faedah pegawai dan kakitangan jabatan.

17.     Menjadi Pegawai Penghubung bagi sistem GEMS.

18.     Memasukkan data pegawai dan kakitangan ke dalam sistem GEMS.

19.     Menyelaras data pegawai dan kakitangan untuk dipohonkan bagi dimasukkan ke dalam Rekod Servis. 

20.     Mengawal Hal Ehwal kesejahteraan pegawai dan kakitangan.

21.     Menyelaras / mengawas tugasan / tanggungjawab kerani dan kakitangan.

22.     Memantau dan memastikan pengurusan / penyusunan fail-fail pentadbiran sentiasa dalam keadaan kemas.

23.     Menjadi Pegawai Penghubung bagi Projek 'Decentralization' Bagi Perkiraan Cuti di Bawah Kementerian Pendidikan.

24.     Menjadi Pegawai Penghubung bagi Sistem INEIS.


b. BANGUNAN DAN KEMUDAHAN


25.      Menjadi Pegawai Penghubung Pengurusan Penghapusan peringkat jabatan.

26.      Mengawas perkara berhubung dengan bangunan jabatan.

27.      Menyelaras taklimat pegurusan / pengurusan penghapusan / keselamatan bangunan.

28.      Memantau / mengawas pemeliharaan peralatan dalam bangunan seperti kerusi, meja, computer, P.A system dan lain-lain.

29.      Mengawas / memantau / membuat permohonan / aduan / pengesahan hal ehwal yang bersangkutan dengan pembekalan dan pemeliharaan bekalan elektrik, telefon,

           air dan alat penghawa dingin serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

30.      Memantau penggunaan telefon, mencatat serta meneliti dan membuat pengesahan bil-bil telefon dari bulan ke sebulan.

31.      Memantau penggunaan elektrik, mencatat serta meneliti dan membuat pengesahan bil-bil elektrik dari bulan ke sebulan.

32.      Memproses sebarang aduan kerosakan telefon / elektrik / air.

33.      Mengawas, memantau dan mengaturkan kerja-kerja bagi buruh, pembersih/tukang kebun dan penjaga malam.

34.      Membuat penjadualan pembersih/buruh dan penjaga malam.

35.      Mencari sebutharga bagi mana-mana pembelian peralatan kebersihan / kebun dan pengubahsuaian bangunan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT STRATEGIK DAN PERHUBUNGAN MAKLUMAT

1.      Unit Strategik Dan Perhubungan Maklumat mempunyai tiga (3) peranan dan tanggungjawab utama iaitu Hal Ehwal  Pelan Strategik Jabatan Pendidikan Kokurikulum, 
          Information Commuication Technology (ICT) dan perhubungan  maklumat media (PRO).

2.      Merangka Pelan strategik, hala tuju dan inisiatif-inisiatif Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan panduan dari Pengarah dan Penolong Pengarah.

3.      Membantu dan mendokong Pengarah dalam menangani isu-isu strategik dan pelaksanaan pelan / projek yang berkaitan dengannya secara berterusan.

4.      Sebagai penyelaras bagi inisiatif-inisiatif Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan Jabatan dengan panduan dan maklumat dari

          setiap Unit di Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

5.      Mengumpul dan menyimpan Data maklumat-maklumat penting Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

6.      Penyelaras CCA Intergrated National Education Information System (iNEIS) bagi Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

7.      Menyelaras, menyediakan serta mengemaskini input-input strategik persediaan Jabatan Pendidikan Kokurikulum bagi Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

8.      Memantau semua kemudahan Information Technology (IT)  iaitu peralatan IT, pemakaian internet,  rangkaian networking  dan penyelenggaraan peralatan serta perisian

         (peringkat jabatan sahaja).

9.      Membantu penyerapan Information Communication Techonology (ICT) dalam pelan/ projek  jabatan dan termasuk aktiviti-aktiviti bagi semua Unit.

10.    Menguruskan peruntukan ICT dari segi perancangan dan pembelian di peringkatan jabatan sahaja.

11.    Menyelaras Hal Ehwal perhubungan Awam (PRO) dengan pihak-pihak kementerian, jabatan-jabatan berkenaan serta pertubuhan bukan kerajaan dan media-media massa.

12.    Bertanggungjawab dalam menyelaras media sosial jabatan  untuk disebarluaskan.

13.    Menjadi Focal Person bagi jabatan sebagai pegawai penghubung dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh stakeholder yang berkepentingan.



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT PERKEMBANGAN DAN LATIHAN SUKAN

1.    Menyelaras dan menjadi Ketua jurulatih bagi perkembangan dan latihan sukan mengikut bidang sukan bawah 12 tahun, 14 tahun dan 17 tahun.

2.    Bertanggungjawab terhadap penyediaan atlet-atlet / pemain-pemain untuk mengikuti latihan melalui pengambilan atlet-atlet / pemain-pemain dari kejohanan-kejohanan atau
        pun Talent Identification (TID).

3.    Merancang dan mengendalikan skim latihan bakat baru, pasukan kebangsaan sekolah-sekolah khusus mengikut bidang sukan tertentu.

4.    Menjadi ahli jawatankuasa pemilih atlet-etlet / pemain – pemain yang berpotensi untuk diserapkan dalam pasukan kontingen yang akan mewakili negara dalam kejohanan
       dalam dan luar negeri khususnya bagi peringkat umur bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun.

5.    Bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus, klinik, kem sukan, seminar sukan dan sebagainya dalam negeri bagi atlet-atlet, pemain-pemain, pegawai-pegawai dan
       guru-guru mengikut bidang sukan tertentu.

6.    Bertanggungjawab dalam tugas-tugas kejurulatihan sukan peringkat daerah dan kebangsaan.

7.    Menyediakan laporan program-program dan jadual latihan dan perkembangan sukan yang dipertanggungjawabkan.

8.    Mengawasi dan menyelaras sebarang keperluan dan kemudahan asrama / penginapan bagi atlet-atlet / pemain-pemain.

9.    Bertanggungjawab dan menyelaras kejohanan-kejohanan sukan sekolah-sekolah menengah bagi peringkat umur bawah 15 tahun dan 18 tahun.

10.  Membantu menyelaras kejohanan-kejohanan sukan sekolah –sekolah menengah bagi peringkat umur bawah 15 tahun dan 18 tahun.

11.  Bertanggungjawab terhadap kesejahteraan, keselamatan dan keperluan atlet-etlet / pemain-pemain semasa mengikuti latihan, penempatan dan menyertai kejohanan yang
        dipertandingkan.

12.  Menyediakan dan mengawas buku simpan kira bagi peralatan sukan yang dipertanggungjawabkan.

13.  Bersedia bertugas / bekerja di luar waktu bertugas.

14.  Menerima dan melaksanakan tugas-tugas mendatang dari Pengarah, Penolong Pengarah, Ketua Kegiatan Luar, Ketua Unit atau pegawai-pegawai atasan lainnya.


​Cawangan Daerah-Daerah
TUGAD DAN TANGGUNGJAWAB CAWANGAN DAERAH TUTONG

1. Mengawasi dan menyelaras al-ehwal pentadbiran cawangan dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan

2. Menjadi pusat perhubungan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di daerah berkenaan

3. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan pertandingan berbentuk sukan, akli dan rohani bagi peringkat daerah

4. Membantu sekolah-sekolah dalam pengendalian aktiviti-aktivit Kokurikulum

5. Mengawasi skim-skim latihan sukan yang dijalankan di daerah tersebut

6. Menyelaras kursus, bengkel, seminar dan latihan yang diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta diperingkat daerah

7. Bertanggungjawab terhadap penglibatan pelajar-pelajar semasa perayaan-perayaan hari kebesaran negara dan lawatan-lawatan pembesar-pembesar negara luar

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB CAWANGAN DAERAH BELAIT

1. Mengawasi dan menyelaras hal-ehwal pentadbiran cawangan dan kesejahteraan  pegawai dan kakitangan.

2. Menjadi pusat perhubungan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di daerah berkenaan.

3. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan pertandingan berbentuk sukan, akli dan rohani bagi peringkat daerah.

4. Membantu sekolah-sekolah dalam pengendalian aktiviti-aktivit Kokurikulum.

5. Mengawasi skim-skim latihan sukan yang dijalankan di daerah tersebut.

6. Menyelaras kursus, bengkel, seminar dan latihan yang diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta di peringkat daerah.

7. Bertanggungjawab terhadap penglibatan pelajar-pelajar semasa perayaan-perayaan hari kebesaran negara dan lawatan-lawatan pembesar-pembesar negara luar.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB CAWANGAN DAERAH TEMBURONG

1. Mengawasi dan menyelaras hal-ehwal pentadbiran cawangan dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan.

2. Menjadi pusat perhubungan Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan sekolah-sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab di daerah berkenaan.

3. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan pertandingan berbentuk sukan, akli dan rohani bagi peringkat daerah.

4. Membantu sekolah-sekolah dalam pengendalian aktiviti-aktivit Kokurikulum.

5. Mengawasi skim-skim latihan sukan yang dijalankan di daerah tersebut.

6. Menyelaras kursus, bengkel, seminar dan latihan yang diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta diperingkat daerah.

7. Bertanggungjawab terhadap penglibatan pelajar-pelajar semasa perayaan-perayaan hari kebesaran negara dan lawatan-lawatan pembesar-pembesar negara luar.



​Struktur Organisasi
jpkk malay.png


*Updated 13/03/2019