Sign In

Skip Navigation LinksPusat STEP

Visi

Pendidikan yang Berkualiti, Bangsa yang Dinamik 

Misi

Mempromosikan Pendidikan STEAM ke arah Inovasi melalui Perlaksanaan Program STEAM yang Bermutu Tinggi 


​Huraian

Misi utama Pusat Kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) ialah untuk mempromosikan Pendidikan STEAM (Sains, Matematik, Reka Bentuk & Teknologi, Art, Kejuruteraan) melalui penglibatan yang berkesan dalam Pendidikan STEAM ke arah nilai-nilai Inovatif. Ini dicapai dengan memberi kefahaman dan menarik minat pelajar ke arah Pendidikan STEAM melalui penyediaan platform bagi pelaksanaan Program STEAM yang bermutu dan kerjasama yang berkesan dengan pihak relevan.



Pendahuluan
​Ketua Pusat STEP
​Yang Mulia Pengiran Hajah Mas Joliwane binti Pengiran Tejudin
​Alamat​Pusat Kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP)
Tingkat 2, Blok A,
Jalan Lumapas, Kampong Lupak Luas,
Mukim Lumapas, BJ2425
Brunei Darussalam
​Nombor Telefon
No. Tel.    : 2335961/ 2200163/ 2200164
No Faks   : 2335963
​Emel         :  step@moe.gov.bn 

Objektif

Untuk memastikan:
  • Kefahaman dan minat pelajar terhadap Pendidikan STEAM.
  • Penglibatan pelajar dalam Pendidikan STEAM dan Program-Program STEAM.
  • Peningkatan kualiti inovasi melalui kerjasama yang berkesan melalui Pendidikan STEAM.
  • Pembangunan sumber Pendidikan STEAM (termasuk program dan peluang-peluang penglibatan).

Fungsi


  • Menyediakan platform kepada pihak sekolah dan membantu guruguru untuk melibatkan pelajar dalam program dan aktiviti STEAM.
  • Meningkatkan bilangan pelajar yang menyertai Program STEAM dan juga mengikuti Aliran Sains di sekolah-sekolah
  • Memupuk minat pelajar dan memberikan kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan mata pelajaran STEAM (Science, Mathematics, Design & Technology, Art, Engineering) dan program STEAM.
  • Memberikan peluang yang sama (to ensure equality and address inequality) kepada pelajar-pelajar yang berkemahiran/inovatif untuk menyertai program STEAM dan tidak hanya tertumpu kepada pelajarpelajar dari Aliran Sains sahaja.
  • Memastikan bahawa Program STEAM yang disediakan kepada pelajar-pelajar adalah berkualiti dan relevan kepada keperluan industri global pada masa ini dan yang akan datang.
  • Mendokong usaha Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan inovasi dan kemahiran berfikir (problem solving) di kalangan pelajar.
  • Memupuk minda dan budaya inovasi dalam diri pelajar.


Carta Organisasi


                                STEP OC(new).PNG


*Updated 26.01.2019