Several government schools in all four districts have implemented the Orientation Programme for Preschool Children who will start their schooling in 2023 today which started on Saturday, 5 November 2022.
The orientation program is held every year around November at the respective schools where the parents send off their children to classes that have been arranged by the school.
The main purpose of this programme is to familiarise preschool children with the transition of environment from home to school.
Before the orientation was conducted, a briefing was held to provide exposure to parents in preparing their children for the environment and learning in the classroom.
.jpeg)

A variety of participatory learning activities has been designed using the creativity of respective preschool teachers to provide a happy learning environment and in preparation for the children to attend formal preschool classes next year. The planned activities are something fun, practical, hands-on, and use various methods such as singing, movement, acting, stories, drawing, free play and games that use various types of materials such as blocks, dough and recycled materials.


______________________________________________________________________________________________
PROGRAM ORIENTASI BAGI KANAK-KANAK BARU PRASEKOLAH
TAHUN 2023
Beberapa buah sekolah kerajaan di keempat-empat daerah telah melaksanakan Program Orientasi bagi Kanak-Kanak Prasekolah yang bakal memulakan persekolahan mereka pada tahun 2023 pada hari ini yang telah bermula pada hari Sabtu, 5 November 2022.
Program orientasi ini diadakan setiap tahun sekitar bulan November di sekolah masing-masing dengan melibatkan ibu bapa kanak-kanak menghantar anak-anak mereka ke kelas mengikut yang telah diaturkan oleh pihak sekolah.
Tujuan utama program orientasi ini ialah untuk membiasakan diri kanak-kanak prasekolah dengan peralihan (transition) suasana dan pengalaman dari rumah ke sekolah.
Sebelum Program Orientasi diadakan, taklimat telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada para ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak mereka kepada persekitaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pelbagai aktiviti pembelajaran yang melibatkan penyertaan semua kanak-kanak baru iaitu mengikut kreativiti guru-guru prasekolah masing-masing dalam menyediakan suasana pembelajaran yang gembira dan sebagai persediaan mereka mengikuti kelas prasekolah yang formal pada tahun hadapan. Aktiviti yang dirancang merupakan sesuatu yang menyeronokkan, praktikal, hands-on, dan menggunakan pelbagai jenis kaedah seperti nyanyian, pergerakan, lakonan, cerita, melukis, permainan bebas dan permainan yang menggunakan pelbagai jenis bahan seperti blok, doh, bahan kitar semula dan lain-lain.