TF-NUS Youth Environment Camp 2022

Nov 20, 2022

Ministry of Education through Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP Centre), has nominated five (05) students and two (02) supervising teachers to participate in the TF-NUS Youth Environment Camp (YEC) 2022 organised by National University of Singapore, on the 20th – 26th November 2022, in Singapore.

photo_2022-11-20_21-15-43.jpg

The selected students are those who are studying at the Pre-U level aged 17-20 and based on their excellence in Science and Technology subjects and their interest in environmental and climate change topics. The nominated students are Dayangku Nur Basyirah binti Pengiran Mohd Noor Joffren from Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Dayang Noor Zulaikha binti Muhammad Zulhilmi from Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Dayang Miza Hannani binti Haji Hazren from Pusat Tingkatan Enam Belait, Awang Alvin Teo Kui Thian from Pusat Tingkatan Enam Tutong and Awang Muhammad Nabil Aiman bin Haji Idham Khalid from Pusat Tingkatan Enam Meragang, meanwhile Cikgu Awang Haji Eddy Masirwan bin Haji Dolah from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan and Cikgu Dayang Siti Rohaini Md Saleh from Pusat Tingkatan Enam Tutong were chosen as the supervising teachers for the students.

 

The program aims to expose students to topics related to the 'Carbon Footprint', as well as fostering the spirit of leadership and action planning for the environment among the youth in the Asian region. In addition, the camp also aims to foster personality and responsibility towards environmental care, strengthen ties among the youths in the Asian region and hence also to broaden their interests and experiences in this field.


The Camp will be filled with lecture activities, hands-on-workshops, learning journeys, student presentations covering the themes of climate change and sustainable development. Through this program, groups of student participants are required to produce research papers and posters on the environmental issues of their respective countries as well as joint project presentations with groups of students from Singapore.


________________________________________________________________________________________________


TF-NUS YOUTH ENVIRONMENT CAMP 2022

 

Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) telah mencalonkan lima (05) orang pelajar dan dua (02) orang guru pengawas bagi menyertai Program TF-NUS Youth Environment Camp (YEC) 2022 yang dianjurkan oleh National University of Singapore mulai 20 hingga 26 November 2022 di Singapura.

 

Pelajar-pelajar yang terpilih adalah mereka yang sedang menuntut di peringkat Pra U yang berumur 17-20 tahun berdasarkan kecemerlangan mereka dalam mata pelajaran Sains dan Teknologi dan minat mereka dalam topik alam sekitar dan perubahan iklim. Pelajar-pelajar yang dicalonkan ialah Dayangku Nur Basyirah binti Pengiran Mohd Noor Joffren dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Dayang Noor Zulaikha binti Muhammad Zulhilmi dari Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, Dayang Miza Hannani binti Haji Hazren dari Pusat Tingkatan Enam Belait, Awang Alvin Teo Kui Thian dari Pusat Tingkatan Enam Tutong dan Awang Muhammad Nabil Aiman bin Haji Idham Khalid dari Pusat Tingkatan Enam Meragang, manakala Cikgu Awang Haji Eddy Masirwan bin Haji Dolah dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Cikgu Dayang Siti Rohaini Md Saleh dari Pusat Tingkatan Enam Tutong dipilih selaku guru-guru pengawas kepada para pelajar berkenaan.

 

Program perkhemahan tersebut bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada topik-topik berkaitan dengan 'Jejak Karbon' (Carbon Footprint), disamping memupuk semangat kepimpinan dan perancangan bertindak untuk alam sekitar di kalangan belia di rantau Asia. Selain itu, perkhemahan bertujuan untuk memupuk keperibadian, sifat bertanggung-jawab terhadap penjagaan alam sekitar, mengeratkan tali silaturrahim di kalangan belia di rantau Asia dan sekaligus memberikan peluang untuk mengembangkan minat dan pengalaman masing-masing.

 

Perkhemahan YEC akan diisikan dengan aktiviti kuliah (lecture), bengkel amali (hands-on-workshops), learning journeys, pembentangan pelajar yang meliputi tema perubahan iklim (climate change) dan pembangunan mampan (sustainable development). Melalui program tersebut, kumpulan peserta juga dikehendaki untuk menghasilkan kertas kajian (research paper) dan poster mengenai isu alam sekitar negara masing-masing serta pembentangan projek bersama dengan kumpulan pelajar dari Singapura.