'Merit' Award In 'Special Mention' For Poster Category At TF-NUS Youth Environment Camp 2022

Nov 28, 2022

Five (5) students from Brunei Darussalam's sixth form centres have participated in the Youth Environment Camp 2022 organized by The Temasek Foundation - National University of Singapore (TF-NUS) from 20 to 26 November 2022 in Singapore. The camp was filled with lecture activities, hands-on workshops, learning journeys, and students' project presentations that exposed students to topics related to 'Carbon Footprint'.

Brunei Delegation.jpeg 

During the camp, the Brunei Darussalam delegation produced a poster and a research project paper entitled "A Fragile Ecosystem: Rainforest of the Ocean", and was awarded 'Merit' in the Special Mention for the Poster Category. The delegation comprised of Dayangku Nur Basyirah binti Pengiran Mohd Noor Joffren from Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah; Dayang Noor Zulaikha binti Muhammad Zulhilmi from Pusat Tingkatan Enam Sengkurong; Dayang Miza Hannani binti Haji Hazren from Pusat Tingkatan Enam Belait; Awang Alvin Teo Kui Thian from Pusat Tingkatan Enam Tutong; and Awang Muhammad Nabil Aiman bin Haji Idham Khalid from Pusat Tingkatan Enam Meragang and Cikgu Awang Haji Eddy Masirwan bin Haji Dolah from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan and Cikgu Dayang Siti Rohaini Md Saleh from Pusat Tingkatan Enam Tutong as supervising teachers.

 

Other categories such as presentations on the environment were also contested during the camp with joint efforts of other students from ASEAN member countries.

_________________________________________________________________________________________

ANUGERAH 'MERIT' DALAM 'SPECIAL MENTION' BAGI KATEGORI POSTER

DI TF-NUS YOUTH ENVIRONMENT CAMP 2022

 

Lima (5) pelajar dari pusat-pusat tingkatan enam Negara Brunei Darussalam telah menyertai Youth Environment Camp 2022 anjuran The Temasek Foundation – National University of Singapore (TF-NUS) bermula 20 hingga 26 November 2022 di Singapura. Perkhemahan berkenaan diisikan dengan aktiviti-aktiviti kuliah (lecture), bengkel amali (hands-on-workshops), learning journeys, dan pembentangan projek pelajar yang mendedahkan para pelajar kepada topik-topik berkaitan dengan 'Jejak Karbon'.

 

Semasa perkhemahan, delegasi Negara Brunei Darussalam telah menghasilkan sebuah poster dan sebuah kertas projek penyelidikan yang bertajuk “A Fragile Ecosystem: Rainforest of the Ocean", dan telah dianugerahkan 'Merit' dalam Special Mention bagi Kategori Poster. Delegasi tersebut terdiri daripada Dayangku Nur Basyirah binti Pengiran Mohd Noor Joffren dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah; Dayang Noor Zulaikha binti Muhammad Zulhilmi dari Pusat Tingkatan Enam Sengkurong; Dayang Miza Hannani binti Haji Hazren dari Pusat Tingkatan Enam Belait; Awang Alvin Teo Kui Thian dari Pusat Tingkatan Enam Tutong; dan Awang Muhammad Nabil Aiman bin Haji Idham Khalid dari Pusat Tingkatan Enam Meragang dan dua orang guru pengawas iaitu Cikgu Awang Haji Eddy Masirwan bin Haji Dolah dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Cikgu Dayang Siti Rohaini Md Saleh dari Pusat Tingkatan Enam Tutong selaku guru pembimbing.

 

Kategori lain seperti pembentangan mengenai alam sekitar turut dipertandingkan semasa perkhemahan tersebut dengan usaha-sama pelajar-pelajar lain dari negara-negara ASEAN.