Keputusan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2022

Nov 29, 2022


KEPUTUSAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) 2022

Hari Selasa, 05 jamadilawal 1444H / 29 November 2022


BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan telah mengeluarkan keputusan Penilaian Sekolah Rendah 2022 pada hari ini.


      1. Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2022 dilaksanakan secara bersemuka adalah mengikut kaedah penilaian yang diadakan pada tahun 2020 dan tahun-            tahun sebelumnya.

  1. Seramai 6,025 calon telah menduduki peperiksaan pada tahun ini dimana 4,145 (68.80%) adalah calon sekolah Kerajaan dan 1,880 (31.20%) adalah calon sekolah swasta. Dari keseluruhan calon ini, seramai 4,859 (80.65%) calon telah berjaya memperolehi Gred A-D dalam kelima-lima mata pelajaran. Manakala calon yang memperolehi Gred A-C dalam kelima-lima mata pelajaran adalah seramai 3,679 calon (61.06%).

  2. Jumlah calon sekolah kerajaan yang memperolehi Gred A-C dalam kelima-lima mata pelajaran adalah seramai 2,270 calon (54.76%) sementara itu pencapaian Gred A-C bagi calon sekolah swasta ialah seramai 1,409 calon (74.95%).

  3. Sebanyak 20 buah sekolah telah mencapai keputusan 100% lulus Gred A-D bagi ke lima-lima mata pelajaran termasuk 12 buah sekolah Kerajaan Manakala sebanyak 5 buah sekolah telah berjaya mencapai keputusan 100% Gred A- C bagi kelima-lima mata pelajaran, dimana 4 buah daripadanya adalah sekolah Kerajaan.

  4. Seramai 485 calon (8.05%) telah mendapat Gred A dalam kelima-lima mata pelajaran. Dari jumlah tersebut, seramai 263 calon adalah terdiri dari calon-calon sekolah Kerajaan. Secara keseluruhan seramai 418 (86.19%) daripada 485 calon yang mendapat 5 Gred A adalah terdiri dari rakyat Brunei. Manakala, pencapaian calon yang mendapat 4 Gred A dan I Gred B adalah seramai 603 calon yang mana seramai 344 calon (57.05%) adalah daripada sekolah kerajaan (Jadual 1).

psr2.png
  1. Mata pelajaran yang mencapai 90% ke atas dalam Gred A-D adalah Melayu Islam Beraja 99.27%, English Language 96.96%, Bahasa Melayu 96.31% dan Science 94.79%. Manakala bagi mata pelajaran Mathematics adalah sebanyak 81.94%. Bagi mata pelajaran yang mencapai 90% Gred A-C pula adalah Melayu Islam Beraja 97.66%, English Language 91.92% dan Bahasa Melayu 91.15%. Manakala bagi mata pelajaran Science dan Mathematics masing-masing adalah sebanyak 88.23% dan 63.42%.

  2. Dari segi kualiti pencapaian calon yang memperolehi Gred A bagi setiap mata pelajaran, jumlah peratus calon secara keseluruhan ialah English Language 53.52%, Melayu Islam Beraja 51.66%, Science 39.41%, Bahasa Melayu 33.98% dan Mathematics 17.89%.

  3. Sukacita dimaklumkan kepada murid-murid yang menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing dan bagi calon-calon persendirian bolehlah mendapatkannya di Jabatan Peperiksaan pada waktu pejabat dibuka.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/110 (M)
Tarikh: 05 Jamadilawal 1444H / 29 November 2022M