Press Conference Of Higher Education Expo 2023 (Higher Education Virtual Expo 2023)

Jan 24, 2023


PRESS CONFERENCE OF HIGHER EDUCATION EXPO 2023 

(HIGHER EDUCATION VIRTUAL EXPO 2023) 

Tuesday, 2 Rejab 1444H / 24 January 2023 

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Higher Education Department held a press conference today on the Higher Education Expo 2023 at the Conference Hall 1 (P1), Ministry of Education Headquarters. 


WhatsApp Image 2023-01-24 at 11.26.22 AM.jpeg 

Speaking to members of the media was Yang Mulia Dayang Dina Roslina binti Haji Aliuddin, Acting Deputy Director from the Higher Education Department, Ministry of Education as the Deputy Project Manager of the Higher Education (HE) Expo 2023. 


WhatsApp Image 2023-01-24 at 11.26.43 AM.jpeg


The Higher Education Expo 2023 will be held virtually for four (4) days starting from Monday, 13 February 2023 to Thursday, 16 February 2023. On 13 February 2023, the expo will start at 9.30am and ends at 4.30pm. While from 14 to 16 February 2023, the expo will be from 8.30am to 4.30pm. 

 

This is the 8th year the Higher Education Expo is organized by the Ministry of Education. The purposes of the expo are to: 

  1. Be a ‘One Stop Information Centre’ for Higher Education which will gather all post-secondary educational institutions, government and private higher education institutions as well as local education agencies under one platform to provide an overview on the landscape of post-secondary education and higher education; 

  1. Create a platform for the public and students to interact directly with expo participants over live chats and video conferences; and 

  1. Promote multiple pathways and educational opportunities to higher education locally. 

 

As of today, a total of 26 participants from higher education institutions, educational services agencies as well as other relevant government and private agencies will be participating, comprising 11 public and private higher education institutions, 2 embassies and 11 public and private agencies. 

 

The public higher education institutions participating in this expo includes: Universiti Brunei Darussalam (UBD); Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Universiti Teknologi Brunei (UTB); Politeknik Brunei (PB); and Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Meanwhile, private higher education institutions that will be participating are: Laksamana College of Business (LCB); Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT); Kemuda Institute (KI); Brunei Darussalam Institute of Certified Public Accountants Academy Sdn Bhd (BICPA); Jerudong Park Medical Centre College of Health Sciences (JCHS) and Intrnational Graduate Studies College (KIGS). Also joining the Expo are 2 institutions from abroad, namely: Centre for Technology Excellence, Sarawak, Malaysia dan Gachon University, South Korea. 

 ​

These institutions will introduce their programmes, terms of admission, registration procedures and other related information to their respective institutions. 

 

The Ministry of Education will also be sharing the latest and relevant information such as the Higher Education Centralized Admission System (HECAS), Government Scholarships and application for the accreditation of courses/qualifications. The Ministry of Education will be represented by the Higher Education Department, Department of Scholarship Management, Secretariat of Brunei Darussalam National Accreditation Council, Department of Educators Management, Lifelong Learning Centre, the Counseling and Career Development Unit (Department) of Schools and the Entrepreneurship Innovation Centre.  

 

Meanwhile, Embassies, Government and Private agencies participating are the Embassy of Japan; Embassy of the People’s Republic of China; Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Prime Minister’s Office; HRD Services; Syarikat Pakar Tenaga Bersatu Sdn Bhd; Mahkota Maju Sdn Bhd; Beyond Tomorrow; MEG Educational Services; Australian Trade and Investment Commission (Austrade); Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) Group of Companies; Baiduri Bank; Hengyi Industries Sdn Bhd; and Brunei Shell Petroleum (BSP). 

 

The Higher Education Expo will also conduct webinar sessions from several local educational institutions and associations through YouTube website. The sessions will include application procedures for the Higher Education Centralized Admission System (HECAS), scholarship offer opportunities, new programmes introduced by Higher Education Institutions, lifelong learning programmes and many more.  

 

This Higher Education Virtual Expo 2023 is open to public, especially for secondary and pre-university school leavers with the Brunei-Cambridge G.C.E. ‘O’ Level and ‘A’ Level or equivalent qualification, who are planning to pursue higher education such as the National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Bachelor’s Degree, Master’s Degree and Doctoral Degree as well as those who wish to do upskilling or reskilling.  

 

Members of the public who wish to participate in the expo may register online through the Higher Education Expo portal at https://heexpo.moe.gov.bn starting Wednesday, 1 February 2023 at 9:00 am. 


________________________________________


SIDANG MEDIA BAGI EKSPO PENGAJIAN TINGGI 2023

(EKSPO PENGAJIAN TINGGI 2023 SECARA MAYA)​

Selasa, 2 Rejab 1444H / 24 Januari 2023 


BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi telah mengadakan sidang media mengenai Ekspo Pengajian Tinggi 2023 pada hari ini yang berlangsung di Dewan Persidangan 1 (P1), Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan. 

 

Hadir bagi memberikan penerangan mengenai ekspo tersebut ialah Yang Mulia Dayang Dina Roslina binti Haji Aliuddin, Pemangku Penolong Pengarah dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan selaku Timbalan Ketua Pentadbir Projek Ekspo Pengajian Tinggi 2023. 

 

Ekspo Pengajian Tinggi 2023 akan diadakan secara dalam talian selama empat (4) hari mulai hari Isnin, 13 Februari 2023 hingga hari Khamis, 16 Februari 2023. Pada 13 Februari 2023, ekspo akan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Manakala, pada 14 hingga 16 Februari 2023, ekspo akan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 

 

Tahun ini merupakan kali ke-8 Ekspo Pengajian Tinggi diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan. Antara tujuan ekspo ini diadakan adalah seperti berikut: 

 

  1. Sebagai Pusat Informasi Sehenti (One Stop Information Centre) Pengajian Tinggi yang menggabungkan institusi-institusi dari pengajian pasca menengah, pengajian tinggi awam dan swasta serta agensi-agensi sektor pendidikan dalam negeri yang berkaitan di bawah satu platform bagi memberikan gambaran mengenai pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi yang terdapat di negara ini; 

  1. Memberikan peluang kepada orang ramai berinteraksi secara sembang langsung (live chat) dan menghadiri persidangan video (video conferencing) bersama pusat-pusat pengajian tinggi dan agensi-agensi sektor pendidikan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan; dan 

  1. Menyediakan landasan bagi orang ramai untuk mengetahui tentang pelbagai laluan (multiple pathways) ke pengajian tinggi dan prospek pendidikan yang sedia ada di dalam negara.  

 

Setakat hari ini, sebanyak 26 buah institusi pengajian tinggi, agensi perkhidmatan pendidikan dan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta menyertai Ekspo Pengajian Tinggi ke-8 2023 termasuk 11 institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negeri, 2 institusi dari luar negara, 2 kedutaan dan 11 agensi-agensi kerajaan dan swasta. 

 

Antara institusi-institusi pengajian tinggi awam Brunei Darussalam yang menyertai adalah: Universiti Brunei Darussalam (UBD); Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Universiti Teknologi Brunei (UTB); Politeknik Brunei (PB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Manakala institusi pengajian tinggi swasta yang turut serta ialah: Laksamana College of Business (LCB); Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT); Kemuda Institute (KI); Brunei Darussalam Institute of Certified Public Accountants Academy Sdn Bhd (BICPA); Jerudong Park Medical Centre College of Health Sciences (JCHS) dan Kolej International Graduate Studies (KIGS). Ekspo juga turut disertai oleh dua institusi dari luar negara iaitu Centre for Technology Excellence, Sarawak, Malaysia dan Gachon University, Republik Korea. 

 

Semasa ekspo tersebut, institusi-institusi akan menawarkan program-program, mengongsikan syarat-syarat kemasukan dan tatacara pendaftaran serta segala maklumat yang berkaitan mengenainya. 

 

Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga akan memberigakan maklumat-maklumat terkini seperti Sistem Pusat Kemasukan ke Pengajian Tinggi atau Higher Education Centralized Admission System (HECAS), Biasiswa-Biasiswa Kerajaan dan permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan kursus/kelulusan. Jabatan-jabatan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan yang akan menyertai ekspo adalahJabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Jabatan Pengurusan Pendidik, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, Unit Kaunseling dan Unit Pendidikan Kerjaya (Jabatan Sekolah-Sekolah) dan Pusat Keusahawanan Inovasi. 

 

Sementara kedutaan-kedutaan, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang akan turut serta dalam ekspo ini adalah seperti berikut: Kedutaan Jepun; Kedutaan Besar Republik Rakyat China; Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri; HRD Services; Syarikat Pakar Tenaga Bersatu Sdn Bhd; Mahkota Maju Sdn Bhd; Beyond Tomorrow; MEG Educational Services; Australian Trade and Investment Commission (Austrade); Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) Group of Companies; Baiduri Bank; Hengyi Industries Sdn Bhd; dan Brunei Shell Petroleum (BSP). 

 

Seperti tahun lepas, Ekspo Pengajian Tinggi kali ini juga akan mengadakan sesi webinar dari beberapa institusi pendidikan dan persatuan tempatan secara dalam talian menerusi laman web YouTube. Antara tajuk-tajuk webinar yang akan disampaikan adalah tatacara permohonan Higher Education Centralized Admission System (HECAS), peluang-peluang tawaran biasiswa dan program pembelajaran sepanjang hayat. 

 

Ekspo Pengajian Tinggi 2023 adalah dibukakan kepada orang awam khususnya bagi lepasan menengah dan pra-universiti iaitu lepasan Brunei-Cambridge G.C.E. ‘O’ dan ‘A’ Level atau kelulusan yang sebanding dengannya yang berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi seperti program-program National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran serta mereka yang ingin mengembangkan kemahiran secara 'upskilling' (meningkatkan kemahiran yang ada) dan 'reskilling' (mempelajari kemahiran baharu yang lain). 

 

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai ekspo tersebut boleh membuat pendaftaran secara dalam talian (online) melalui portal Ekspo Pengajian Tinggi di https://heexpo.moe.gov.bn bermula hari Rabu, 1 Februari 2023 pada jam 9:00 Pagi. ​



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/011 (M)
Tarikh: 2 Rejab 1444H / 24 Januari 2023