School Leaders attend Syariah Law Briefing on Sexual Harassment

Mar 9, 2023

​Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik pada hari ini telah mengadakan sesi taklimat Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 dan undang-undang yang berkaitan dengan gangguan seksual bertempat di Multi Media Theatre, Pusat Tingkatan Enam Sengkurong. Sesi tersebut telah dihadiri oleh seramai 300 pemimpin sekolah yang terdiri daripada pengetua, guru besar, timbalan pengetua dan penolong guru besar dari semua Sekolah Rendah, Menengah dan Pusat Tingkatan Enam Kerajaan seluruh negara.

WhatsApp Image 2023-03-09 at 4.08.26 PM.jpeg
WhatsApp Image 2023-03-09 at 4.08.26 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2023-03-09 at 4.08.27 PM (2).jpeg
Sesi tersebut bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada pemimpin-pemimpin sekolah mengenai Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 dan undang-undang yang berkaitan dengan gangguan seksual. Pencerahan mengenai undang-undang berkenaan dihasratkan bagi menjadikan pemimpin-pemimpin sekolah di negara ini sentiasa mematuhi dan menghormati keluhuran undang-undang.

Sesi berkenaan dimulakan dengan penyampaian taklimat mengenai Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Mahani binti Awang Haji Suhaili, Pegawai Perundangan Syariah Tingkat Khas, Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Manakala taklimat mengenai undang-undang yang berkaitan dengan gangguan seksual telah disampaikan oleh Yang Mulia DSP Hajah Anis @ Roszaffina binti Haji Ahmad, Pegawai Penyiasat, Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei.