Minister of Education Attend Education World Forum (EWF)

May 13, 2023

Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam attended the 19th Education World Forum (EWF) held from 7 to 10 May at the Queen Elizabeth II Centre, London, United Kingdom.

EWF 2023.jpeg

EWF is the largest gathering of Education Ministers and Policymakers in the world which is aimed to discuss future education policies. Some 88 Education Ministers from 116 countries attended this year's forum. EWF is supported by the Foreign, Commonwealth, and Development Office (FCDO), the Department for Education (DfE), the Department for Business and Trade (DBT), the British Council, and the EWF industry partners. In addition, this annual forum also aims to build leadership and resilience towards stronger education from early childhood education to higher education and lifelong learning.

Following the theme “New Beginnings: Nurturing Learning Culture, Building Resilience, Promoting Sustainability. Stronger, Bolder, Better Education by Design", the event saw Plenary Sessions and Ministerial Exchanges which reflected various aspects including issues and challenges relating to education. There were also opportunities to visit selected schools in London.

Whilst attending the forum, Yang Berhormat Minister of Education also had the opportunity to meet with The Rt. Hon Nicolas John Gibb, Minister of State (Minister of State for Schools) of the Department of Education, United Kingdom to discuss bilateral relations and cooperation between Brunei Darussalam and the United Kingdom, particularly in the field of Education.

Accompanying the Minister of Education at this conference were the Deputy Permanent Secretary (Core Education) and senior officials from the Ministry of Education.

___________________________________________________________


MENTERI PENDIDIKAN MENGHADIRI FORUM PENDIDIKAN DUNIA (EWF) 2023

(Saturday, 13 Mei 2023)

London, United Kingdom – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Forum Pendidikan Sedunia (EWF) kali ke-19 yang diadakan bermula pada 7 Mei hingga 10 Mei 2023 di Queen Elizabeth II Centre, London, United Kingdom.

EWF merupakan perhimpunan terbesar Menteri-Menteri Pendidikan dan Para Penggubal Dasar Pendidikan seluruh dunia yang bertujuan untuk membincangkan dasar pendidikan masa hadapan. Forum tahun ini telah dihadiri oleh seramai 88 Menteri Pendidikan dari 116 negara yang disokong oleh Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan (FCDO), Jabatan Pendidikan (DfE), Jabatan Perniagaan dan Perdagangan (DBT), British Council dan rakan kongsi industri EWF. Selain itu, forum yang diadakan pada setiap tahun ini juga bertujuan untuk membina kepimpinan dan daya tahan terhadap pendidikan yang lebih kukuh bermula dari pendidikan awal kanak-kanak sehingga pengajian tinggi dan seterusnya pembelajaran sepanjang hayat

Tema EWF tahun ini ialah “Permulaan Baharu: Memupuk Budaya Pembelajaran Membina Ketahanan, Menggalakkan Kelestarian. Lebih Kuat, Lebih Berani, Pendidikan yang Lebih Baik dengan Reka Bentuk" yang diisikan dengan beberapa Sesi Plenari dan Sesi Pertukaran Pandangan Bersama Menteri yang membincangkan pelbagai aspek termasuk isu dan cabaran yang berkaitan dengan pendidikan. Selain itu, EWF juga diisikan dengan sesi lawatan ke sekolah-sekolah yang terpilih di London.

Semasa menghadiri forum tersebut, Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga berkesempatan mengadakan perjumpaan dengan The Rt. Hon Nicolas John Gibb, Minister of State (Minister of State for Schools), Jabatan Pendidikan, United Kingdom bagi membincangkan hubungan dua hala dan kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom khususnya dalam bidang Pendidikan.

Turut mengiringi Yang Berhormat Menteri Pendidikan semasa persidangan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.