PMCAF Delegation Visit SR PKN Bukit Beruang

May 23, 2023

The Princess Maha Chakri Award Foundation (PMCAF) delegation from Thailand led by Dr.Krissanapong Kirtikara, Chairman of the PMCAF visited Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang, Tutong this morning.

The arrival of the delegation was welcomed by Yang Mulia Dayang Marina Chek binti Bujang, Director of Department of Schools and Yang Mulia Dayang Hazibah binti Haji Abd Manan, the school Headmistress as well as Yang Mulia Awang Mohamad Amir Irwan bin Haji Moksin, a teacher from the school who is also the recipients of the 5th Princess Maha Chakri Award 2023.

The visit began with a welcome speech and briefing about the school delivered by the school's headmistress and then a sharing session presented by Yang Mulia Awang Mohamad Amir Irwan bin Haji Moksin which then followed by lesson observation and career journey showcase.

PMCAF 2023 1.jpeg

Accordingly, the purpose of the visit was for the PMCAF to hold a meeting and observation of teaching practiced by the recipient which was used as the main selection criteria.

PMCAF 2023 2.jpeg

Also present during the visit were senior officials from the Ministry of Education.

PMCAF 2023 3.jpeg

The PMCAF delegation is on a working visit to Brunei Darussalam for four days from 21 to 24 May 2023 where the delegation had the opportunity to pay a courtesy call to Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education yesterday. The delegation will also have the opportunity to visit schools and institutions where PMCA recipients from previous years work

______________________________________


LAWATAN DELEGASI PRINCESS MAHA CHAKRI AWARD FOUNDATION (PMCAF)

KE SEKOLAH RENDAH PENGIRAN KESUMA NEGARA BUKIT BERUANG

Tutong – Rombongan delegasi Princess Maha Chakri Award Foundation (PMCAF) dari Negara Thailand yang diketuai oleh Yang Mulia Dr. Krissanapong Kirtikara, Pengerusi Yayasan Princess Maha Chakri Award (Chairman of PMCA Foundation) telah mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang, Tutong pada pagi tadi.

Ketibaan rombongan delegasi dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Marina Chek binti Bujang, pengarah Jabatan Sekolah-Sekolah dan Guru Besar sekolah berkenaan, Yang Mulia Dayang Hazibah binti Haji Abd Manan serta Yang Mulia Awang Mohamad Amir Irwan bin Haji Moksin, seorang tenaga pengajar sekolah berkenaan yang juga penerima Anugerah Princess Maha Chakri Award (PMCA) Ke-5 Tahun 2023.

Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat mengenai sekolah berkenaan yang disampaikan oleh Guru Besar dan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohamad Amir Irwan bin Haji Moksin yang diikuti dengan lesson observation dan pameran perjalanan kerjaya (career journey showcase) beliau.

Sehubungan itu, tujuan lawatan berkenaan diadakan adalah bagi pihak PMCAF membuat perjumpaan dan tinjauan pengajaran yang dipraktikkan oleh penerima anugerah yang mana merupakan ciri-ciri utama yang dijadikan asas dalam pemilihan beliau.

Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pendidikan.

Rombongan delegasi PMCAF berkenaan mengadakan sesi lawatan ke Negara Brunei Darussalam selama empat hari bermula 21 hingga 24 Mei 2023 di mana rombongan berkesempatan mengadakan kunjungan hormat bersama Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan kelmarin. Rombongan delegasi juga akan berkesempatan membuat lawatan ke sekolah dan institusi tempat bertugas para penerima PMCA negara ini bagi tahun-tahun sebelumnya.