Singapore International STEM Innovation Challenge (SISTEMIC) Singapore​

May 23, 2023

The Ministry of Education through the Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP Centre), has coordinated the participation of three students at the Pre-University level and a supervising teacher from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan to the Singapore International STEM Innovation Challenge (SISTEMIC) which will be held from 24 until 29 May 2023 in Singapore.

The participating students are Mohammad Daniel bin Husny, Ak Mohammad Raihaan Zeyad bin Pg Hj Mohammad Amirul Sarni and Ak Muhammad Eljaz Mateen bin Pg Muhammad Khairul Nizam and the supervising teacher is Cikgu Mohammad Raymie Haji Othman from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

WhatsApp Image 2023-05-23 at 3.56.09 PM.jpeg

The Singapore International STEM Innovation Challenge (SISTEMIC) competition themed "Designing a Sustainable Tomorrow" is co-organised by the Ministry of Education Singapore and National Junior College Singapore. The competition is open to students aged 15 to 18 who are talented in science and innovation. The students were involved in two types of competition activities.

In the STEM Innovation Challenge competition, the students have to design a prototype to solve a certain challenge while in the Design and Build Challenge competition, they will be divided into groups with other ASEAN students to enable them to solve the contested challenge. In addition, supervising teachers will also participate in the Educators' Symposium which includes Applied Learning Expo, practical workshops and learning journeys in exploring Authentic Learning in STEM and its relationship with sustainable education.


SINGAPORE INTERNATIONAL STEM INNOVATION CHALLENGE (SISTEMIC) SINGAPURA

24 HINGGA 29 MEI 2023

Hari Selasa, 3 Zulkaedah 1444H / 23 Mei 2023

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) telah menyelaras rombongan penyertaan tiga orang pelajar di peringkat Pra-Universiti dan seorang guru pengawas daripada Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan ke pertandingan “Singapore International STEM Innovation Challenge (SISTEMIC)" yang bermula pada 24 hingga 29 Mei 2023 di Singapura.

Pelajar-pelajar yang turut serta ialah Mohammad Daniel bin Husny, Ak Mohammad Raihaan Zeyad bin Pg Hj Mohammad Amirul Sarni dan Ak Muhammad Eljaz Mateen bin Pg Muhammad Khairul Nizam dan seorang guru pengawas, Cikgu Mohammad Raymie Haji Othman daripada Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

Pertandingan Singapore International STEM Innovation Challenge (SISTEMIC) bertemakan "Designing a Sustainable Tomorrow" ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Singapura dan National Junior College Singapore.  Pertandingan dibukakan kepada pelajar yang berumur 15 hingga 18 tahun yang berbakat dalam sains dan inovasi.  Para pelajar tersebut terlibat dalam dua jenis aktiviti pertandingan. 

Dalam pertandingan STEM Innovation Challenge, para pelajar perlu mereka-bentuk prototaip untuk menyelesaikan cabaran tertentu manakala dalam pertandingan Design and Build Challenge, mereka akan dibahagikan secara kumpulan bersama pelajar-pelajar ASEAN yang lain untuk membolehkan mereka menyelesaikan cabaran yang dipertandingkan. Di samping itu, guru penyelia juga akan mengambil bahagian dalam Educators' Symposium yang merangkumi Applied Learning Expo, bengkel amali dan learning journey dalam meneroka Authentic Learning in STEM dan hubungannya dengan pendidikan yang lestari.