ASEAN Regional Forum on Education

May 24, 2023

Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education of Brunei Darussalam attended the ASEAN Regional Forum on Future of Education held virtually today.  

The forum was co-organised by the ASEAN Secretariat in collaboration with Republic of Korea and carried the main theme of “Leading Digital Transformation, Reforms and Innovations in ASEAN". The forum comprised of three (03) panel sessions that discussed topics such as 1) Leading Digital Transformation, Reforms, and Innovations in ASEAN; 2) Greening Education and Climate Action: Taking on 21st-Century Challenges; and 3) Addressing the Digital Divide and Exclusion for Disadvantaged Learners: Good Practices.


ASEAN REGIONAL Forum on Education 1.jpeg

The forum was co-officiated by His Excellency Ekkaphab Phanthavong, Deputy Secretary-General, ASEAN Socio-Cultural Community and His Excellency Kwon Hee-Seog, Ambassador of the Republic of Korea to ASEAN. During his opening speech, His Excellency Ekkaphab highlighted stressed the importance of research and development activities to assist ASEAN sectoral bodies on the use of digital technology. His Excellency Ekkaphab noted that the emergence of advanced technologies, such as, Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IOT) and multimedia teaching tools, especially in the use of ChatGPT, has increased the usage and speed of the internet. ASEAN values the growth of skills and competencies related to digital technology as an innovative solution to navigate growth in a safer, equitable and resilient community for an adaptive education system. While His Excellency Kwon informed that the ASEAN Regional Forum for Future Education is one of the activities held under the Research and Development Platform Program under the pillars of the ASEAN Socio-Cultural Community in identifying and developing experts especially in discussing inclusive recovery from challenges from the pandemic for the education sector. In addition to this, His Excellency Kwon also shared about the initiatives implemented by the Government of the Republic of Korea towards education reform which, among others, are such as 1) Cultivating talent in education to meet the needs of individuals, families, communities regardless of the student's background; 2) Taking into account the use of technology such as artificial intelligence in education, strengthening digital competence for all through digital transformation; 3) Introducing digital textbooks using artificial intelligence to schools from 2025; 4) Transformation of the teacher's role as a mentor and shaper of teaching and learning to match the student's abilities; 5) Introducing "Glocal" Institutional initiatives that will be the trigger for regional innovation, industry and higher education.

During this event, Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin had the opportunity to participate in the first panel where Yang Mulia Dr. Shamsiah shared about the initiatives undertaken by the Ministry of Education Brunei Darussalam in providing its learners with equitable quality education and to be future-ready citizens equipping them with the 21st century knowledge and skills. Yang Mulia Dr. Shamsiah also informed the forum that the Ministry of Education has recently launched the Ministry of Education Digital Transformation Plan (DTP) 2023–2027 with the emphasis on three (03) focus areas which are Educational Technology, Management Technology; and Enabling polices and infrastructure. Within this framework, a number of educational technology's flagship projects has been introduced, among which are 1) The Learning Management System; 2) the Digital Resource Management System (DRMS); 3) MOE TV; and 4) the SMART Classroom. In addition to this, Yang Mulia Dr. Shamsiah also shared that the Ministry have actively embarked on and encouraged educators to adopt blended learning as an approach to teaching and learning, a commitment to the new norm of teaching and learning since the outbreak of the pandemic, strengthening further learners' 21st century knowledge and skills.

The forum was also attended by ASEAN Education Senior Officials and its Representatives from Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore Thailand, Viet Nam and Timor Leste.

Accompanying the Permanent Secretary (Core Education) were officials from the Ministry of Education. 

____________________________________________

FORUM PENDIDIKAN MASA DEPAN ASEAN

 

Rabu, 24 Mei 2023 – Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam menghadiri Forum Serantau ASEAN mengenai Masa Depan Pendidikan yang diadakan secara maya pada hari ini.

Forum berkenaan dianjurkan bersama oleh Sekretariat ASEAN dengan kerjasama Republik Korea dan membawa tema utama “Meneraju Transformasi Digital, Pembaharuan dan Inovasi di ASEAN". Forum tersebut merangkumi  tiga (03) sesi panel yang membincangkan topik seperti 1) Peneraju Transformasi Digital, Pembaharuan dan Inovasi di ASEAN; 2) Pendidikan Penghijauan dan Tindakan Iklim: Menghadapi Cabaran Abad Ke-21; dan 3) Menangani Jurang Digital dan Pengecualian Pelajar Kurang Bernasib Baik.

Forum ini dilancarkan bersama oleh Tuan Yang Terutama Ekkaphab Phanthavong, Timbalan Setiausaha Agung, Komuniti Sosio-Budaya ASEAN, Sekretariat ASEAN dan Tuan Yang Terutama Kwon Hee-Seog, Duta Republik Korea ke ASEAN. Semasa ucapan alu-aluan, Tuan Yang Terutama Ekkaphab Phanthavong menekankan kepentingan aktiviti dalam penyelidikan dan pembangunan bagi membantu badan-badan sectoral ASEAN mengenai penggunaan teknologi digital. Beliau menyatakan kemunculan teknologi-teknologi canggih, seperti, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI), Internet of Things (IOT) dan alat-alat pengajaran multimedia, terutama dalam penggunaan ChatGPT, telah meningkatkan penggunaan dan kelajuan internet yang ada. ASEAN menghargai pertumbuhan kemahiran dan kecekapan berkaitan dengan digital teknologi sebagai penyelesaian inovatif bagi mengemudi pertumbuhan dalam komuniti yang lebih selamat, saksama dan berdaya tahan untuk sistem pendidikan yang adaptif. Manakala Tuan Yang Terutama Kwon Hee-Seog pula memaklumkan bahawa penyelenggaraan Forum Serantau ASEAN bagi Pendidikan Masa Depan merupakan salah satu aktiviti yang diadakan di bawah Program Platform Penyelidikan dan Pembangunan di bawah tunggak Komuniti Sosio-Budaya ASEAN dalam mengenalpasti dan membangun pakar terutamanya dalam membincangkan pemulihan inklusif dari cabaran dari pandemik bagi sektor pendidikan. Selain itu, beliau turut mengongsikan mengenai dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Republik Korea kearah pembaharuan pendidikan yang mana antara lain adalah seperti 1) Memupuk bakat dalam pendidikan dalam memenuhi kehendak individu, keluarga, komuniti tanpa mengira latar belakang pelajar; 2) Mengambil kira penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan dalam pendidikan, mengukuhkan kompetensi digital bagi semua melalui transformasi digital; 3) Memperkenalkan buku teks digital menggunakan kecerdasan buatan ke sekolah mulai 2025; 4) Transformasi peranan guru selaku mentor dan pembentuk pengajaran dan pembelajaran sepadan dengan kebolehan pelajar; 5) Memperkenalkan insiatif Institusi “Glocal" yang akan menjadi pemicu inovasi serantau, industry dan pengajian tinggi.

Semasa acara ini, Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin berpeluang untuk menyertai panel pertama di mana Yang Mulia Dr. Shamsiah mengongsikan mengenai dengan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam dalam menyediakan pendidikan berkualiti yang saksama dengan pengetahuan dan kemahiran abad ke-21. Yang Mulia Dr. Shamsiah turut memaklumkan mengenai dengan pelancaran Pelan Transformasi Digital (DTP) Kementerian Pendidikan 2023–2027 yang menekankan tiga (03) bidang tumpuan iaitu teknologi pendidikan, pengurusan teknologi; dan membolehkan dasar dan infrastruktur. Di bawah rangka kerja ini, beberapa projek utama teknologi pendidikan diperkenalkan yang mana antaralain adalah seperti 1) Sistem Pengurusan Pembelajaran; 2) Sistem Pengurusan Sumber Digital; 3) Televisyen Kementerian Pendidikan; dan 4) Bilik Darjah Pintar. Di samping itu, Yang Mulia Dr. Shamsiah turut mengongsikan bahawa Kementerian telah secara aktif memulakan dan menggalakkan para pendidik untuk menerapkan blended learning sebagai pendekatan pengajaran, pembelajaran dan komitmen terhadap norma baharu pengajaran dan pembelajaran sejak penularan pandemik, dalam usaha untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran abad ke-21.

Forum itu turut dihadiri Pegawai-Pegawai Kanan Pendidikan ASEAN dan wakil-wakil dari Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura Thailand, Viet Nam dan Timor Leste.

Turut hadir semasa forum berkenaan adalah pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan.