2nd ASEAN-Italy Youth Conference in Jakarta

May 28, 2023
ASEAN-Italy Conference 2023 1.jpeg

The Ministry of Education has coordinated the participation of three students at the Pre-University level and a supervising teacher from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan to the 2nd ASEAN-Italy Youth Conference (AIYC) organised by Global Action, Italy, in collaboration with the ASEAN Secretariat, the Italian Ministry of Foreign Affairs, ASEAN member states and several international partners held in Jakarta, Indonesia on 29, 30 and 31 May 2023.

The participating students are Awangku Izat Ryan bin Pengiran Haji Ahmad Sufri, Amirul Mohammad Daniel bin Mohammad Kha’irul Yashdeey and On Jia Xian and the supervising teacher is Cikgu Ani Suryani binti Haji Bahe from Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

ASEAN-Italy Conference 2023 2.jpegASEAN-Italy Conference 2023 3.jpeg

The main aim of the AIYC is to address the most important issues concerning the youths of the ASEAN countries and Italy, and priorities in the recent development priorities. Two main themes will be discussed in this year’s conference Youth Empowerment & Digitalisation and Climate Change & Food Security. 

The first phase of the conference saw all delegates from the ASEAN countries and Italy participating in a series of webinars held by international experts and officials from various institutions, where all participants analysed the topic at stake and actively interacted with the speakers of panels. The virtual meetings took place three weeks before the Conference commenced. 

The delegates will work together to draft concrete solutions and youth-oriented recommendations to the topics at stake during the final communique that will be presented to the ASEAN and Italian dignitaries and officials and Global Action representatives. 

_________________________________________________

2 ND ASEAN-ITALY YOUTH CONFERENCE (AIYC) DI JAKARTA, INDONESIA 29 HINGGA 31 MEI 2023 

(Hari Ahad, 8 Zulkaedah 1444H / 28 Mei 2023)

Kementerian Pendidikan telah menyelaras rombongan penyertaan tiga orang pelajar di peringkat Pra-Universiti dan seorang guru pengawas daripada Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan ke Persidangan Belia “2 nd ASEAN-ITALY Youth Conference (AIYC)” anjuran Global Action, Italy dengan kerjasama Sekretariat ASEAN, Kementerian Luar Negeri Itali, negara anggota ASEAN dan beberapa rakan antarabangsa yang bermula pada 29 hingga 31 Mei 2023 di Jakarta, Indonesia. 

Pelajar-pelajar yang turut serta ialah Awangku Izat Ryan bin Pengiran Haji Ahmad Sufri, Amirul Mohammad Daniel bin Mohammad Kha’irul Yashdeey dan On Jia Xian serta seorang guru pengawas, Cikgu Ani Suryani binti Haji Bahe daripada Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. 

Antara matlamat AIYC diadakan adalah bagi para belia di negara ASEAN dan Itali untuk samasama membincangkan dan berusaha menangani isu-isu penting yang melibatkan belia pada masa ini. Dua tema utama yang akan dibincangkan semasa persidangan tahun ini adalah Pemerkasaan Belia dan Pendigitalian (Youth Empowerment & Digitalisation), serta Perubahan Iklim dan keterjaminan Makanan (Climate Change & Food Security). Fasa pertama persidangan tersebut akan menyaksikan para delegasi mengambil bahagian di dalam siri webinar yang diadakan oleh para pakar antarabangsa dan pegawai dari pelbagai institusi di mana semua peserta akan menganalisa topik yang dikemukakan dan berinteraksi secara aktif dengan panel penceramah. 

Pertemuan secara maya awal telah diadakan tiga minggu sebelum persidangan bermula. Para delegasi akan bekerjasama merangka cadangan penyelesaian konkrit kepada topik yang dibentangkan semasa ‘final communique’ di hadapan para wakil dan pegawai dari ASEAN dan wakil ‘Global Action’. ​