THE ARRIVAL OF SEKOLAH SUKAN BRUNEI DARUSSALAM CONTINGENT TO  THE 24TH THAILAND SPORTS SCHOOL GAMES, LAMPANG PROVINCE THAILAND 2023
Jul 27, 2023
​
THE ARRIVAL OF SEKOLAH SUKAN BRUNEI DARUSSALAM CONTINGENT TO 
THE 24TH THAILAND SPORTS SCHOOL GAMES, LAMPANG PROVINCE THAILAND 2023
(Wednesday, 07 Muharram 1445H / 27 July 2023M)
Berakas – The Ministry of Education contingent through Sekolah Sukan consisting of the Pencak Silat Team and Karate Team has returned to Brunei Darussalam after participating in the 24th Thailand Sports School Games, Lampang Province Thailand 2023 starting from 19 to 26 July in Thailand. The contingent consisted of 7 sports school students led by Chef De Mission, Yang Mulia Mohammad Helme bin Panjang, Senior Sports teacher from Sekolah Sukan.

The Sekolah Sukan contingent has won 5 silver medals and 3 bronze medals. Silver medals were obtained from the sport of Pencak Silat through Dayang Fatin Hazirah binti Muhidi for the Women’s Category A, Dayang Nur Fatin Marzuqah binti Abdullah Asrizal for the Women’s Category C, Awang Muhd Azinuddin bin Mohd Azree for the Men’s Category B, Awang Muhd Firdaus bin Muhidi for the Men’s Category Duel and Karate for the Kumite under 16 years (category -52 kg) through Awang Muhd Haneef bin Metassan.
Meanwhile, 3 bronze medals were successfully won from Karate through Awang Mohd Zul Fahmi bin Roslan for the Kumite under 16 years old (-57kg category), and two medals through Awangku Mohd Khalil bin Pg Kamarul Zaman for the Kumite event under 16 years old (category +68 kg) and Team Kumite under 16 years old.
Present at the Brunei International Airport were senior officials from the Department of Schools and Sekolah Sukan Principal.
_____________________________________________
KETIBAAN KONTINJEN SEKOLAH SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
KE THAILAND SPORTS SCHOOL GAMES KE-24, LAMPANG PROVINCE THAILAND 2023
(Hari Khamis, 09 Muharram 1445H / 27 Julai 2023M)
Berakas – Kontinjen Kementerian Pendidikan melalui Sekolah Sukan yang terdiri daripada Pasukan Pencak Silat dan Pasukan Karate telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas menyertai Thailand Sports School Games ke-24, Lamphang Province Thailand 2023 bermula pada 19 hingga 26 Julai di Thailand. Kontingen disertai oleh seramai 7 orang pelajar Sekolah Sukan yang diketuai oleh Chef De Mission, Yang Mulia Mohammad Helme bin Panjang, Guru Kanan Sukan Sekolah Sukan yang turut disertai oleh seorang pegawai pendamping dan perubatan, serta dua orang jurulatih.
Kontinjen Sekolah Sukan telah berjaya merangkul 5 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Pingat perak diperolehi daripada sukan Pencak Silat melalui Dayang Fatin Hazirah binti Muhidi bagi acara Tanding kategori A wanita, Dayang Nur Fatin Marzuqah binti Abdullah Asrizal bagi acara Tanding kategori C wanita, Awang Muhd Azinuddin bin Mohd Azree bagi acara Tanding kategori B lelaki, Awang Muhd Firdaus bin Muhidi bagi acara Tanding kategori C lelaki dan sukan Karate bagi acara Kumite bawah 16 tahun (kategori -52 kg) melalui Awang Muhd Haneef bin Metassan.
Manakala 3 pingat gangsa pula berjaya diraih dari sukan karate melalui Awang Mohd Zul Fahmi bin Roslan bagi acara Kumite bawah 16 tahun (kategori -57 kg), dan dua pingat melalui Awangku Mohd Khalil bin Pg Kamarul Zaman bagi acara Kumite bawah 16 tahun (kategori +68 kg) dan Team Kumite bawah 16 tahun.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Sekolah-Sekolah dan Pengetua Sekolah Sukan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/101(M)
Tarikh: 9 Muharam 1444H/27 Julai 2023