33rd BRUNEI DARUSSALAM TEACHER'S DAY CELEBRATION 2023
Saturday, 7 Rabiulawal 1445H / 23 September 2023M
BERAKAS – Brunei Darussalam celebrates Teacher's Day to commemorate and appreciate teachers' contribution in educating the young generation in the country every 23rd September. The celebration is part of efforts to elevate the teaching profession that has contributed in developing human resource capacity in Brunei Darussalam. This year, the Teacher's Day Celebration was held on Saturday, 7 Rabiulawal 1445 corresponding to the 23rd September 2022 at the Plenary Hall, International Convention Centre (ICC).

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family this morning consented to attend the 33rd Brunei Darussalam Teacher's Day Celebration.
Upon arrival, His Majesty was greeted by Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Minister of Religious Affairs and Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education as the Co-Chairpersons of today's event as well as members of the Teacher's Day Executive Committee.
The function began with the recitation of Surah Al-Fatihah dedicated to Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien and teachers who have passed on. This was then followed by the reading of Doa Selamat led by Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, the State Mufti.
The event continued with the recitation of Holy Quran verses 1 to 7 of Surah Al-Qalam by Yang Mulia Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili, Tarannum Education Officer, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Meanwhile, the translation of the verses was delivered by Yang Mulia Awang Muhammad Najib bin Haji Aliakbar, Education Officer from Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Following this, the Minister of Education as the co-chairperson of the executive committee for the celebration delivered a welcoming speech.
His Majesty also consented to deliver a Titah at this morning's event.
The event proceeded with the showcase of a Teacher's Day video clip that shared the journey, sacrifices and development of teachers throughout their career as an educator followed by a montage of the initiative of teachers in Brunei Darussalam as a driver of transformation in providing quality education to produce outstanding people.
.jpeg)
The event was followed by the 33rd Teacher's Day song performance inspired by the Maulidur Rasul titled 'Murabbi Ya Muhammad' and Medley Songs titled 'Terima Kasih Teacher', 'Quality Teacher Core to Student Excellence', 'Your Service Is Intrigued' and 'My Teacher National Hope'.
The performance team were made up of 32 students from the Universiti Brunei Darussalam dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan as well as Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, Sekolah Rendah Mulaut, Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah and Sekolah Ugama Anggerek Desa.
His Majesty then consented to present the Teacher's Day awards to 2 Meritorious Teacher Award recipients, 8 Excellent Teacher Award recipients and 29 Special Mention Teacher's Day Appreciation Award recipients.
At the end of the event, His Majesty and members of the Royal Family consented to a photo session with the award recipients and members of Brunei Darussalam 33rd National Teachers Day Celebration 2023 Executive Committee.
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam consented to grace the launching of the Ministry of Education Strategic Plan 2023-2027. The strategic plan is a manifestation of the ministry's commitment in realizing Wawasan 2035, through its mission “To provide quality and holistic education for a purposeful life of learners". With the vision of " Quality Education, Progressive Nation", the strategic plan sets forth a roadmap to foster educational excellence, strengthen the capacity of the education system as a whole, support the capabilities and diversity of talents responsive to a changing and dynamic education ecosystem for the next 5 years.
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam also consented to launch the "Education Resilience: Brunei Darussalam's COVID-19 Journey" Photobook. The book records the high resilience of the education system when the country was hit by the COVID-19 pandemic. In addition, it also aims to show appreciation for the contribution of all educators in ensuring that teaching and learning continues when the country and the world were hit by calamity. This book sketches the moments and events that happened through pictorial storytelling, starting from the closure of schools, the de-escalation phase and the recovery of curriculum time.

His Majesty also viewed an exhibition in conjunction with the 33rd Teacher's Day Celebration, 2023 at the lobby of ICC. The concept of the exhibition focuses on two areas in line with this year's theme, 'Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan' as follows:
1) Centerpiece Room - Excerpts from His Majesty's Titah and poem of Al-Marhum Begawan Sultan
2) Exhibition Hall - The Transformation of Education before, during and after COVID-19 in Brunei Darussalam
1. Centerpiece Section - showcase excerpts from His Majesty's Titah and Poetry (Syair) of Al- Marhum Begawan Sultan
2. Exhibition Section - Reflects the role of teachers towards ensuring the full success of the digital transformation aspect in the national education system. The targeted success is through the sophistication of new approaches and methods in teaching and learning to help improve the achievement of each student. At the same time, the national education system will also continue to emphasise the manners of Bruneians based on the philosophy of Melayu Islam Beraja by always holding on to the values and teachings of Islam.
Before leaving the event, His Majesty consented to a Junjung Ziarah from teachers and students from various levels of education and institutions as well as performance participants.
______________________________________
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-33, TAHUN 2023
Hari Sabtu, 7 Rabiulawal 1445H / 23 September 2023M
BERAKAS – Negara Brunei Darussalam menyambut Sambutan Hari Guru sebagai memperingati dan menghargai sumbangan jasa para pendidik di negara ini. Sambutan ini juga adalah sebagai usaha untuk memartabatkan kerjaya perguruan yang banyak menyumbang kepada pembangunan kapasiti tenaga manusia di negara ini pada setiap 23 September. Pada tahun ini, Majlis Kemuncak Sambutan Hari Guru diadakan pada hari Sabtu, 7 Rabiulawal 1445 bersamaan 23 September 2022 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa.
Pada pagi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2023.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Majlis serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2023.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah khusus buat ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah dan diikuti dengan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.
Majlis diteruskan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran dari Surah Al-Qalam (Ayat 1 hingga 7) oleh Yang Mulia Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili, Pegawai Pelajaran Tarannum, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, sementara intisari ayat disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Najib bin Haji Aliakbar, Pegawai Pelajaran, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Seterusnya, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun 2023 menyembahkan sembah alu-aluan dan diikuti dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan tayangan klip video Hari Guru yang mengongsikan perjalanan, pengorbanan dan perkembangan seorang guru sepanjang kerjayanya sebagai pendidik diikuti dengan montaj inisiatif para guru di Negara Brunei Darussalam sebagai pemacu transformasi dalam memberikan pendidikan yang berkualiti demi menghasilkan insan-insan yang cemerlang.
Acara diikuti lagi dengan persembahan lagu Hari Guru ke-33 yang diilhamkan sempena Maulidur Rasul bertajuk 'Murabbi Ya Muhammad' dan Lagu-Lagu Medley bertajuk 'Terima Kasih Cikgu', 'Guru Berkualiti Teras Kecemerlangan Pelajar', 'Jasamu Terpatri' dan 'Guru Ku Harapan Negara'.
Pasukan persembahan ini terdiri daripada Mahasiswa/Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan serta para pelajar dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, Sekolah Rendah Mulaut, Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Sekolah Ugama Anggerek Desa yang berjumlah 32 orang.
Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah-Anugerah Hari Guru Ke-33, Tahun 2023 kepada para penerima yang terdiri daripada 2 orang penerima Anugerah Guru Berjasa, 8 orang penerima Anugerah Guru Cemerlang dan 29 orang penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention).
Di akhir majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta Kerabat Diraja yang lain dijunjung berangkat bagi sesi bergambar ramai bersama para penerima anugerah dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2023.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran Pelan Strategik 2023-2027 Kementerian Pendidikan. Pelan Strategik ini merupakan manifestasi komitmen kementerian ini dalam merealisasikan Wawasan 2035, melalui misinya "Untuk Menyediakan Pendidikan yang Berkualiti dan Holistik untuk Kehidupan Pelajar yang Bermatlamat." Berpandukan visi "Pendidikan Berkualiti, Negara Progresif", pelan strategik ini menetapkan hala tuju untuk memupuk kecemerlangan pendidikan, mengukuhkan keupayaan sistem pendidikan secara keseluruhan, menyokong kepelbagaian keupayaan dan bakat yang responsif kepada perubahan sistem pendidikan yang dinamik bagi 5 tahun akan datang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berkenan menyempurnakan pelancaran Buku Bergambar (Photobook) bertajuk "Education Resilience: Brunei Darussalam's COVID-19 Journey". Buku tersebut merakamkan kedayatahanan tinggi sistem pendidikan ketika negara dilanda pandemik COVID-19. Selain itu, ia juga bertujuan untuk merakamkan penghargaan atas sumbangan segenap lapisan warga pendidikan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran tetap berjalan ketika negara dan dunia dilanda musibah. Buku ini melakarkan detik dan peristiwa yang berlaku melalui penceritaan bergambar, bermula dari sesi persekolahan ditutup, fasa de-eskalasi seta pemulihan kehilangan masa kurikulum.
Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung berangkat menyaksikan pameran Sempena Sambutan Hari Guru Ke-33, Tahun 2023 di ruang legar. Konsep Pameran Sambutan Hari Guru pada tahun ini menjurus kepada 2 bahagian, selaras dengan tema Sambutan Hari Guru Ke-33 Tahun 2023, 'Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan' seperti berikut:
1. Ruang Centrepiece - Mengongsikan Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Syair Al-Marhum Begawan Sultan
2. Ruang Pameran - Mencerminkan peranan para guru ke arah memastikan kejayaan sepenuhnya dari aspek transformasi digital dalam sistem pendidikan negara. Keberhasilan yang disasarkan adalah menerusi kecanggihan pendekatan dan kaedah baharu dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membantu meningkatkan pencapaian setiap pelajar. Dalam pada itu, sistem pendidikan negara juga akan terus menekankan soal adab orang Brunei yang berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja dengan sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai serta ajaran Ugama Islam.
Sebelum berangkat meninggalkan Pusat Persidangan Antarabangsa, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menerima junjung ziarah daripada guru-guru, pelajar-pelajar, siswa dan siswi dari pelbagai peringkat pendidikan dan institusi serta peserta-peserta persembahan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/127 (M)
Tarikh: 7 Rabiulawal 1445H/ 23 September 2023