The Launching Of The Ministry Of Education Strategic Plan Book 2023-2027

Sep 23, 2023

THE LAUNCHING OF 

THE MINISTRY OF EDUCATION STRATEGIC PLAN BOOK 2023-2027 

Saturday, 7 Rabiulawal 1445H / 23 September 2023M 

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Strategic Enterprise Performance and Delivery Unit (SEPaDU) and Department of Higher Education launched the Ministry of Education Strategic Plan Book 2023-2027 during the 33rd Teacher's Day Celebration, 2023 today at the International Convention Centre, Berakas. 

 

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam consented to grace the launching of the book. Also present were Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education; Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Permanent Secretary (Core Education); Heads of Departments as well as officers and staff of the Ministry of Education. 

 

The Ministry of Education Strategic Plan 2023-2027 is a manifestation of the ministry’s commitment in realizing Wawasan 2035, through its mission “To provide quality and holistic education for a purposeful life of learners”. With the vision of " Quality Education, Progressive Nation", the strategic plan sets forth a roadmap to foster educational excellence, strengthen the capacity of the education system as a whole, support the capabilities and diversity of talents responsive to a changing and dynamic education ecosystem for the next 5 years. 

 

By focusing on three Strategic Goals, the strategic plan charts a course towards Strategic Goal 1: Nurture Future-Ready Learners; Strategic Goal 2: Enhance Innovative Education Ecosystem; and Strategic Goal 3: Build Up Human Resources. These set goals can be used as a source of guidance to departments, schools, colleges and institutions under the Ministry of Education to identify what needs to be done in line with the ministry's Strategic Goals. 

 

With Strategic Goal 1, it will focus on nurturing future-ready learners with skills and the ability to innovate, and have capabilities to co-create, live, work, navigate the ever-changing future and contribute as active members of society. The framework for major projects to be implemented by the Ministry of Education over the next five years will target seven (7) Strategic Objectives i.e. to raise student learning outcomes; strengthen students’ future-ready skills; strengthen students’ education foundation; nurture entrepreneurialism in learners; strengthen ethics and integrity; inculcate a lifelong learning culture; and strengthen skills, mastery and competencies.  

 

Meanwhile, Strategic Goal 2 is to establish an innovative education ecosystem that is capable of navigating the rapidly changing education landscape. We strive to ensure that our educational practices and processes remain robust and relevant, delivering value to our learners and providing novel and adaptable solutions by engaging our stakeholders. We will streamline the review and update of our programs, curriculum, and assessments to anticipate change and introduce flexibility in our ecosystem to allow us to be more progressiveThe four (4) Strategic Objectives including to strengthen teaching and learning practices; enhance curriculum and assessment; improve and innovate teaching, learning and research environments, and increase research and innovation. 

 

Strategic Goal 3 strive to improve our human resources at all levels. We believe that they play a crucial role in creating learners who are ready for the future, and in achieving excellence in education. By providing top-notch professional training, we can ensure that our staff is capable of delivering exceptional academic programs, while maintaining high ethical standards and a commitment to public responsibility and sustainability. The two (2) Strategic Objectives identified are to strengthen workforce competencies; and strengthen human resource management. 





_____________________________________________​





PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK 2023-2027 KEMENTERIAN PENDIDIKAN 

Hari Sabtu, Hari Sabtu, 7 Rabiulawal 1445H / 23 September 2023M 

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Strategic Enterprise Performance and Delivery Unit (SEPaDU) dan Jabatan Pengajian Tinggi telah mengadakan pelancaran Buku Pelan Strategik 2023-2027 Kementerian Pendidikan semasa Majlis Sambutan Hari Guru yang ke-33, Tahun 2023 hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. 

 

Berkenan berangkat menyempurnakan pelancarannya ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan; Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya. 

 

Pelan Strategik ini merupakan manifestasi komitmen kementerian ini dalam merealisasikan Wawasan 2035, melalui misinya "Untuk Menyediakan Pendidikan yang Berkualiti dan Holistik untuk Kehidupan Pelajar yang Bermatlamat." Berpandukan visi "Pendidikan Berkualiti, Negara Progresif", pelan strategik ini menetapkan hala tuju untuk memupuk kecemerlangan pendidikan, mengukuhkan keupayaan sistem pendidikan secara keseluruhan, menyokong kepelbagaian keupayaan dan bakat yang responsif kepada perubahan sistem pendidikan yang dinamik bagi lima (5) tahun akan datang. 

 

Dengan menumpukan kepada tiga Matlamat Strategik, pelan strategik ini mencorak arus ke arah Matlamat Strategik 1: Memupuk Pelajar Siap Siaga Masa Hadapan; Matlamat Strategik 2: Mempertingkat Ekosistem Pendidikan Inovatif; dan Matlamat Strategik 3: Membina Sumber Tenaga Manusia. Dengan adanya penetapan Matlamat Strategik ini, maka ianya dapat dijadikan sumber panduan kepada jabatan-jabatan, sekolah-sekolah, maktab-maktab dan institusi-institusi di bawah Kementerian Pendidikan untuk mengenal pasti menyejajarkan yang perlu dilakukan selaras dengan Matlamat Strategik kementerian ini. 

 

Dengan adanya Matlamat Strategik 1, ianya akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk melahirkan pelajar siap siaga masa hadapan dengan kemahiran dan keupayaan untuk berinovasi, mempunyai keupayaan untuk mencipta-sama, menjalani kehidupan, bekerja, untuk menghadapi masa hadapan yang sentiasa berubah serta menyumbang sebagai ahli masyarakat yang aktif. Rangka tindakan bagi projek-projek utama yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan sepanjang lima tahun akan menyasarkan tujuh (7) Objektif Strategik iaitu meningkatkan hasil pembelajaran pelajar; memperkukuhkan kemahiran sedia masa hadapan pelajar; memantapkan pendidikan asas pelajar; memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar; memperkukuhkan etika dan integriti; menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat; dan mengukuhkan kemahiran, kepakaran dan kecekapan. 

 

Sementara itu, Matlamat Strategik 2 adalah untuk mewujudkan ekosistem pendidikan yang inovatif yang mampu mengharungi landskap pendidikan yang sentiasa berubah dengan pesat. Matlamat ini akan memfokuskan kepada pembentukan nilai pelajar, selain memastikan amalan dan proses pendidikan yang sentiasa kukuh dan relevan, berupaya menyediakan penyelesaian baharu dan boleh disesuaikan dengan penglibatan pihak-pihak yang berkepentingan. Kementerian Pendidikan juga akan menyelaras penyemakan semula dan mengemaskini program-program, kurikulum dan penilaian-penilaian untuk sebarang jangkaan perubahan serta memperkenalkan fleksibiliti dalam ekosistem untuk menjadi lebih progresifEmpat (4) Objektif Strategik yang terkandung dalam matlamat ini iaitu memantapkan amalan pengajaran dan pembelajaran; menambah baik kurikulum dan penilaian; menambah baik dan menginovasi persekitaran pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan; dan meningkatkan penyelidikan dan inovasi. 

 

Matlamat Strategik 3 pula menekankan kepada usaha untuk menambahbaik dan membangunkan sumber tenaga manusia di semua peringkat. Perkara ini memainkan peranan penting bukan sahaja untuk mewujudkan sumber tenaga siap siaga masa hadapan, bahkan sumber tenaga yang berupaya mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran dan latihan. Dengan melengkapkan para tenaga kerja di Kementerian Pendidikan dengan latihan-latihan profesional yang terbaik dan terkini, Kementerian Pendidikan akan mampu menyampaikan program-program akademik yang berkualiti tinggi selain mengekalkan piawaian etika yang tinggi. Dua (2) Objektif Strategik dikenalpasti iaitu mengukuhkan kecekapan tenaga kerja Kementerian Pendidikan; dan mengukuhkan pengurusan sumber tenaga manusia. 


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/128 (M) 

Tarikh: 7 Rabiulawal 1445H/ 23 September 2023