MINISTRY OF EDUCATION: BRUNEI DARUSSALAM NATIONAL CAPACITY DEVELOPMENT WORKSHOP – PLANNING FOR EDUCATION SYSTEM TRANSFORMATION

Nov 6, 2023

MINISTRY OF EDUCATION: BRUNEI DARUSSALAM NATIONAL CAPACITY DEVELOPMENT WORKSHOP – PLANNING FOR EDUCATION SYSTEM TRANSFORMATION 

Monday, 22 Rabiulakhir 1445H | 6 November 2023 

 

 

BERAKAS – The Ministry of Education held a national education development workshop on the planning for education system transformation in collaboration with United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), Bangkok, Thailand. The opening ceremony of the workshop was held on the 6th November 2023 at the International Conference Centre, Berakas. 


WhatsApp Image 2023-11-06 at 2.51.12 PM.jpeg

WhatsApp Image 2023-11-06 at 2.51.13 PM.jpeg


Present as the Guest of Honour for the opening ceremony of the workshop was Yang Mulia Dr. Awang Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education. 


The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and doa led by Yang Mulia Ustaz Awang Haji Raminey bin Haji Salleh from the Department of Scholarship Management Ministry of Education. This was followed with welcoming remarks by Yang Mulia Professor Dr. Noor Azam bin Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman, Acting Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate) as chairperson of the workshop. The ceremony also featured opening remarks from the Guest of Honour as well as from Ms Margarete Sachs-Israel, Chief of Section for Inclusive Quality Education, Asia and Pacific Regional Bureau for Education, UNESCO Bangkok. 


WhatsApp Image 2023-11-06 at 2.51.12 PM (2).jpeg

WhatsApp Image 2023-11-06 at 2.51.12 PM (1).jpeg


The Brunei Darussalam National Capacity Development Workshop with the specific focus on Planning for Education System Transformation is being held for 4 days from 6th November 2023 to 9th November 2023 to plan for an education system transformation that is in line with Transforming Education Summit (TES) and Brunei Darussalam National Statement of Commitments towards achieving Sustainable Development Goal 4 (SDG 4) - the Education 2030 agenda which aims to ensure inclusive and equitable Education, and to provide lifelong learning opportunities for all.  


The workshop’s goal is to develop a national workplan and roadmap to translate the national commitments into actions, as an integral part of ongoing reforms and education plans in alignment with the Ministry of Education Strategic Plan and ongoing initiatives. 


The main objective of the 4-days workshop is to promote collaboration in undertaking extensive analysis of the different components identified as key priority areas in transforming education system for Brunei Darussalam. The key priority areas include teachers and the teaching profession, curriculum, pedagogical approaches and assessment and skills development, digital transformation, and flexible learning systems (including lifelong learning, safe and enabling learning environments).  


Among those present during the ceremony were Vice-Chancellors, Deputy Permanent Secretary (Core Education), Heads of Department and officers of Ministry of Education as well as relevant stakeholders from various ministries and institutions. 

 


_____________________________________________​



KEMENTERIAN PENDIDIKAN: BENGKEL PEMBANGUNAN KAPASITI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM – PERANCANGAN TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN 

Hari Isnin, 22 Rabiulakhir 1445H | 6 November 2023M 

 

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan mengadakan bengkel pembangunan kapasiti mengenai perancangan transformasi sistem pendidikan dengan kerjasama United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), Bangkok, Thailand. Majlis perasmian pembukaan bengkel tersebut telah diadakan pada 06hb. November 2023 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. 


Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis perasmian bengkel tersebut ialah Yang Mulia Dr. Awang Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan. 


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Raminey bin Haji Salleh daripada Jabatan Pengurusan Biasiswa Kementerian Pendidikan. Ini diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Profesor Dr. Noor Azam bin Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat) Kementerian Pendidikan sebagai pengerusi bengkel. Majlis turut diketengahkan ucapan perasmian oleh Tetamu Kehormat serta ucapan daripada Margarete Sachs-Israel, Ketua Bahagian Pendidikan Kualiti Inklusif, Biro Pendidikan Serantau Asia dan Pasifik, UNESCO Bangkok. 


Bengkel Pembangunan Kapasiti Negara Brunei Darussalam yang bertumpu kepada Perancangan Transformasi Sistem Pendidikan dijalankan selama 4 hari bermula 06hb. November 2023 hingga 09hb. November 2023 untuk merancang pelaksanaan transformasi sistem pendidikan selaras dengan Transforming Education Summit (TES) dan Pernyataan Komitmen Negara Brunei Darussalam ke arah mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Mampan 4 (Sustainable Development Goals 4) – agenda Pendidikan 2030 iaitu memastikan pendidikan yang inklusif dan saksama serta menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua 


Objektif utama bengkel ini adalah untuk merangka draf pelan tindakan kebangsaan dan pelan hala tuju untuk pernyataan komitmen negara menjadi tindakan selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan dan inisiatif-inisiatif kementerian. 


Kemuncak bengkel selama 4 hari itu adalah untuk menggalakkan kerjasama dalam menjalankan analisis menyeluruh terhadap komponen yang dikenal pasti sebagai bidang keutamaan dalam mentransformasi sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Bidang keutamaan termasuk guru dan profesion pengajaran, kurikulum, pendekatan pedagogi, penilaian, pembangunan kemahiran, transformasi digital, dan sistem pembelajaran yang fleksibel (termasuk pembelajaran sepanjang hayat, persekitaran pembelajaran yang selamat). 


Turut hadir ialah Naib-Naib Canselor, Timbalan Setiausaha Tetap Pendidikan Teras Kementerian Pendidikan, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai Kementerian Pendidikan serta pihak berkepentingan yang berkaitan daripada kementerian-kementerian dan institusi-institusi di Negara Brunei Darusssalam. ​


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/156 (M) 

Tarikh: 22 Rabiulakhir 1445 / 6 November 2023