BRUNEI DARUSSALAM IN PISA 2022
Tuesday, 21 Jamadilawal 1445 | 5 December 2023
BERAKAS – Today in Paris, results of the PISA 2022 Main Study for 81 participating countries and economies have been released by the Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). PISA which stands for The Programme for International Student Assessment, has been able to provide some indicators to create a snapshot of countries' population of 15-year olds competencies in reading, mathematics and science. Data from the PISA Student Questionnaire was also used to generate the index of Economic, Social and Cultural Status (ESCS) which gives some measure of equity in education. In addition, every individual students' responses in the questionnaire provides some indication of our students' well-being. This helps to evaluate our progress towards the United Nations' Sustainable Development Goals – SDG4 – to ensure inclusive and equitable quality education and promote life-long learning opportunities for all.
A sample of 690,000 students ages 15 years participated in this study. In Brunei Darussalam, this was a national census, totalling 5,576 students across 54 secondary schools. In accordance with criteria, the medium of instruction in schools determines the language of assessment. Brunei Darussalam is one of the three ASEAN countries that administers the study in the English Language.
Amongst the participating ASEAN countries, Brunei Darussalam is one of the top three performing countries in all domains of PISA 2022. In the overall results, Brunei Darussalam has shown significant improvement from the PISA 2018 study in all 3 domains with scores of 442 for Mathematics, 429 in Reading and 446 for Science. There is an increase of 12 score points in Mathematics, 21 score points in Reading and 15 score points in Science.
A number of key findings related to Brunei Darussalam have also been published by the OECD for instance, Brunei Darussalam is one of the only four countries that has recorded improvement in all three domains. According to the OECD also, Brunei Darussalam is the only country in PISA 2022 where both its advantaged and disadvantaged students' competencies increased by at least 13 score points. In addition, there is good likelihood that these students have equal access to most schools in the country. School leaders reported an increase in parental engagement with their teachers from PISA 2018, while over 80% of the students indicated that their teachers are always ready to help them when they need them.
The Ministry of Education attributes the encouraging performance of students to the collective effort of educators in helping all students reach their full potential. With unwavering dedication and a relentless pursuit of excellence, schools have reached a remarkable achievement that solidifies its position as a potential leader in the industry and sets a new benchmark for the nation. This accomplishment is a testament to the hard work, dedication, and innovative approach embraced by all, and ultimately moving closer to realising our Wawasan Brunei 2035.
It must be noted however, that in comparison to other participating countries and economies in PISA 2022, Brunei Darussalam's performance is still below average. In its mission to 'Provide Quality and Holistic Education for a Purposeful Life for Learners', the Ministry of Education will continue its efforts to support teachers and schools as outlined in the new Strategic Plan 2023-2027. This includes but is not limited to continuously reviewing educational curriculum in line with the needs of the nation, embed and further support technology in education, entrepreneurship and innovation particularly in STEAM (Science, Technology, Engineering, the Arts and Mathematics) as well as strengthen quality assessments especially school-based assessments. The ministry will also ensure all students' well-being is safeguarded that all may achieve purposeful and fulfilling lives by working with relevant stakeholders to support students in need.
The Ministry would like to convey its utmost appreciation to all participating students, teachers and school leaders in this study as well as the support from parents and guardians.
________________________________________
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DALAM PISA 2022
Hari Selasa, 21 Jamadilawal 1445H | 5 Disember 2023M
BERAKAS – Keputusan PISA 2022 bagi 81 negara dan ekonomi yang ikut serta telah diumumkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) di Paris hari ini. PISA yang bermaksud Programme for International Student Assessment atau Program Penilaian Pelajar Antarabangsa, telah dapat menyediakan beberapa petunjuk untuk menggambarkan kecekapan penduduk sesebuah negara yang berumur 15 tahun dalam matematik, bacaan dan sains. Data PISA juga digunakan untuk menjana indeks Status Ekonomi, Sosial dan Budaya (ESCS) yang memberikan beberapa ukuran kesaksamaan dalam pendidikan. Setiap maklum balas pelajar dalam soal selidik juga memberikan beberapa petunjuk mengenai kesejahteraan pelajar. Ini membantu dalam menilai kemajuan negara ini ke arah Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – SDG 4 – bagi memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang bagi pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.
Sekitar 690,000 pelajar yang berumur 15 tahun telah turut serta dalam kajian ini. Di Negara Brunei Darussalam, seramai 5,576 orang pelajar daripada 54 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Mengikut kriteria penilaian, bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah menentukan bahasa penilaian. Negara Brunei Darussalam adalah salah satu daripada tiga (3) negara-negara ASEAN yang menjalankan kajian ini dalam bahasa Inggeris.
Di antara negara-negara ASEAN yang ikut serta, Brunei Darussalam adalah salah satu daripada tiga negara teratas dalam semua domain PISA 2022. Skor bagi Negara Brunei Darussalam di ketiga-tiga domain adalah 442 bagi Matematik, 429 bagi Membaca dan 446 bagi Sains. Ini adalah peningkatan yang sangat ketara dan signifikan dibandingkan kajian PISA 2018, dengan peningkatan sebanyak 12 skor dalam Matematik, 21 skor dalam Membaca dna 15 skor dalam Sains.
Negara Brunei Darussalam adalah satu-satunya negara di mana prestasi kedua-dua kategori pelajar (ESCS advantaged and disadvantaged) meningkat sebanyak 13 mata berbanding dengan tahun 2018. Pelajar yang berada dalam kategori ESCS disadvantaged juga berkemungkinan besar menghadiri sekolah yang sama dengan pelajar dalam kategori ESCS advantaged di Negara Brunei Darussalam. Ini memberi implikasi bahawa hampir semua pelajar-pelajar berpeluang untuk belajar di mana-mana sekolah di Negara Brunei Darussalam.
Antara dapatan OECD juga merakamkan semakin ramai ibu bapa terlibat di dalam perbincangan bersama guru-guru mengenai prestasi anak mereka pada tahun 2022, dibandingkan dengan 75 buah negara yang ikut serta. Lebih-lebih lagi, kira-kira 80% pelajar-pelajar di Negara Brunei Darussalam bersetuju bahawa guru-guru mereka sentiasa ada dan bersedia membantu jika mereka memerlukan bantuan.
Kementerian Pendidikan menyifatkan prestasi pelajar yang memberangsangkan ini adalah hasil daripada usaha gigih para pendidik di negara ini dalam membantu semua pelajar mencapai potensi mereka sepenuhnya. Dengan dedikasi yang tinggi dan usaha gigih yang berterusan ini juga, sekolah-sekolah telah mencapai peningkatan yang luar biasa dan ini mengukuhkan lagi kedudukan negara khusus dalam pendidikan dan menjadikan pencapaian ini sebagai penanda arasan negara yang baru. Pencapaian ini adalah bukti hasil kerja keras, dedikasi dan pendekatan inovatif yang disambut baik oleh pelbagai pihak dan selaras ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.
Walaupun ada peningkatan dalam PISA 2022, pencapaian Negara Brunei Darussalam masih berada di bawah purata OECD di ketiga-tiga domain. Dalam misinya untuk 'Menyediakan Pendidikan yang Berkualiti dan Holistik untuk Kehidupan Pelajar yang Bermatlamat', Kementerian Pendidikan akan meneruskan usahanya dalam memberikan sokongan kepada guru-guru dan sekolah seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023–2027. Ini termasuk tapi tidak terhad kepada kajian semula kurikulum pendidikan secara berterusan selaras dengan keperluan negara, terus menyemai dan mendokong teknologi dalam pendidikan, keusahawanan dan inovasi khususnya dalam STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) serta mengukuhkan kualiti penilaian terutama sekali penilaian kendiri sekolah. Kementerian Pendidikan akan sentiasa memastikan kesejahteraan setiap pelajar adalah terpelihara agar semua dapat mencapai kehidupan yang bermakna melalui kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dalam menyokong pelajar-pelajar yang memerlukan.
Kementerian Pendidikan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar, guru, pemimpin sekolah dan ibu bapa serta penjaga yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/176 (M)
Tarikh: 21 Jamadilawal 1445H / 5 Disember 2023M