MINISTER OF EDUCATION WORKING VISIT
IN CONJUNCTION WITH THE BEGINNING OF 2024 ACADEMIC YEAR
Tuesday, 20 Jamadilakhir 1445 / 2 January 2024
BERAKAS – In conjunction with the beginning of the 2024 academic year, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, the Minister of Education paid a working visit to 3 schools in Brunei Muara District namely Sekolah Rendah Rimba I, Sekolah Rendah Rimba II and Sekolah Menengah Rimba II.
Among the purposes of the visit is to review and observe more closely the implementation of back-to-school activities, inspect school infrastructure and facilities such as pre-school classrooms, teachers' rooms, school halls, canteen, prayer area, ablution area and libraries, taking into account the implementation of the Compulsory Education Act Amendment (APW) Chapter 211 Compulsory School Age 6 Years to 5 Years Old, the Integration of Religious Subjects into General Education System and the Implementation of STEAM programme.
a) Sekolah Rendah Rimba I
Yang Berhormat Minister of Education began their visit with Sekolah Rendah Rimba I. Upon arrival, Yang Berhormat Minister of Education was welcomed by the Yang Mulia Dayang Nurul Khairunniza binti Mohiddin, the school's Headmistress. During the visit, the minister had the opportunity to witness the back-to-school activities held at the school's hall. Yang Berhormat Minister of Education also had the opportunity to interact with teachers and students during the visit.



b) Sekolah Rendah Rimba II
Yang Berhormat Minister of Education and entourage then continued their working visit to Sekolah Rendah Rimba II. Welcoming the delegation was Yang Mulia Awang Naruliswady bin Haji Samaih, the school's Headmaster. During the visit, the minister had the opportunity to witness the back-to-school activities as well as visiting the classrooms where she had the opportunity to observe the implementation of ugama subject teaching and learning after the integration.


c) Sekolah Menengah Rimba II
Yang Berhormat Minister of Education as well as entourage then continued their working visit to Sekolah Menengah Rimba II. Welcoming the delegation was Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti Haji Damit, the school's principal. During the visit, the minister inspected the school's infrastructure to ensure that the existing infrastructure is conducive to supporting teaching and learning sessions. The visit ended with a group photo session.



Also joining the delegation were heads of departments and senior officials from the Ministry of Education.
_____________________________________________________
LAWATAN KERJA MENTERI PENDIDIKAN
SEMPENA PERMULAAN PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2024
Hari Selasa, 20 Jamadilakhir 1445H / 2 Januari 2024M
RIMBA – Sempena permulaan persekolahan bagi tahun akademik 2024, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan serta rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke 3 buah sekolah di daerah Brunei Muara iaitu Sekolah Rendah Rimba I, Sekolah Rendah Rimba II dan Sekolah Menengah Rimba II.
Antara tujuan lawatan adalah untuk meninjau dan menyaksikan secara lebih dekat pelaksanaan aktiviti-aktiviti kembali ke sekolah, meninjau prasarana dan kemudahan sekolah seperti bilik-bilik darjah termasuk bilik pembelajaran prasekolah, bilik-bilik guru, dewan sekolah, kantin, tempat sembahyang, tempat berwudhu dan perpustakaan dengan mengambil kira pelaksanaan Pindaan Akta Pendidikan Wajib (APW) Penggal 211 Umur Wajib Bersekolah 6 Tahun kepada 5 Tahun, Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama Ke Dalam Mata Pelajaran Umum dan Pelaksanaan program STEAM.
a) Sekolah Rendah Rimba I
Yang Berhormat Menteri Pendidikan memulakan lawatan ke Sekolah Rendah Rimba I. Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Nurul Khairunniza binti Mohiddin, Guru Besar sekolah tersebut. Semasa lawatan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berpeluang menyaksikan aktiviti-aktiviti kembali ke sekolah yang diadakan di dewan sekolah. Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga berkesempatan berinteraksi dengan para guru dan pelajar semasa lawatan tersebut.
b) Sekolah Rendah Rimba II
Yang Berhormat Menteri Pendidikan serta rombongan seterusnya meneruskan lawatan kerja ke Sekolah Rendah Rimba II. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Naruliswady bin Haji Samaih, Guru Besar sekolah tersebut. Semasa lawatan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkesempatan meninjau aktiviti-aktiviti kembali ke sekolah serta melawat bilik-bilik darjah di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ugama setelah pengintegrasian.
c) Sekolah Menengah Rimba II
Yang Berhormat Menteri Pendidikan serta rombongan seterusnya meneruskan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Rimba II. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Khadijah binti Haji Damit, Pengetua sekolah berkenaan. Semasa lawatan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan meninjau prasarana sekolah bagi memastikan prasarana yang sedia ada adalah kondusif untuk mendokong sesi pengajaran dan pembelajaran. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Turut menyertai rombongan itu ialah ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/003(M)
Tarikh: 20 Jamadilakhir 1445H / 2 Januari 2024M