THE COMMENCEMENT OF THE FIRST SCHOOL TERM FOR 2024 ACADEMIC YEAR

Jan 2, 2024

THE COMMENCEMENT OF THE FIRST SCHOOL TERM FOR 2024 ACADEMIC YEAR

Tuesday, 20 Jamadilakhir 1445 / 2 January 2024

 

BERAKAS – The first school term for the 2024 academic year for all government and private primary and  secondary schools, colleges and sixth form centres under the purview of the Ministry of Education as well as Ugama and Arabic schools under the Ministry of Religious Affairs has commenced today, Tuesday, 20 Jamadilakhir 1445 corresponding to 2 January 2024.

 

Meanwhile, international schools and training centres, Institute of Brunei Technical Education (IBTE) and Public Higher Education Institutions (IPTA) as well as Private Institutions (IPTS) will start according to their respective academic calendars. The school session for pre-schools in government primary schools nationwide will start on Saturday, 20 Jamadilakhir 1445H corresponding to 6 January 2024.

 

In this regard, in reference to the Ministry of Education's Media Statement dated 8 Rabiulakhir 1445 corresponding to 23 October 2023 regarding the integration of Religious subjects into the general education system which was implemented starting Wednesday, 17 Rabiulakhir 1445 corresponding to 1 November 2023, students who are studying at the Pre-school level to Darjah 3 continues their Religious Education in their respective primary schools. Meanwhile, Darjah 4 to Darjah 6 religious school students continues their learning as usual in their respective religious schools. Through this integration, subjects that are normally taught in religious schools are absorbed into the general education curriculum in government and private primary schools including international schools.

 

In reference to the amendment of the Compulsory Education Act, the year 2024 is also the beginning of compulsory schooling for children who reach the age of 5 years, especially those who are citizens of Brunei Darussalam and who reside in Brunei Darussalam. For children who reach the age of 5 on 31 December, it is mandatory to register for pre-school admission starting at the beginning of the following year. Registration for admission to the school session from January 2024 has already been opened for children aged 5 to attend Pre-school classes at Government Primary Schools. While for children who have not yet had the opportunity to register, they are still given the opportunity to register in their respective Primary Schools.

 

On this occasion, the Ministry of Education would like to ask for the cooperation of parents or guardians in ensuring that their children attend school sessions to ensure that they do not miss out in learning or in getting an education, especially for those who are still within the age range of the Compulsory Education Act.

______________________________________________________

PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN BAGI PENGGAL PERTAMA TAHUN AKADEMIK 2024

Hari Selasa, 20 Jamadilakhir 1445H / 2 Januari 2024M

 

BERAKAS – Sesi persekolahan penggal pertama bagi tahun akademik 2024 bagi semua sekolah rendah, menengah dan maktab serta pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan sekolah-sekolah ugama dan arab di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama bermula pada hari ini, Selasa, 20 Jamadilakhir 1445H bersamaan dengan 2 Januari 2024M.

 

Sementara itu, sekolah-sekolah antarabangsa dan pusat-pusat latihan, Institusi Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) akan bermula mengikut kalendar akademik masing-masing. Manakala, sesi persekolahan bagi prasekolah di sekolah-sekolah rendah kerajaan seluruh negara akan bermula pada hari Sabtu, 20 Jamadilakhir 1445H bersamaan dengan 6 Januari 2024.

 

Sehubungan itu, merujuk Kenyataan Media Kementerian Pendidikan bertarikh 8 Rabiulakhir 1445H bersamaan 23 Oktober 2023M mengenai pengintegrasian mata pelajaran Ugama ke dalam sistem pendidikan umum yang telah mula dilaksanakan pada hari Rabu, 17 Rabiulakhir 1445 bersamaan 1 November 2023, pelajar peringkat Pra sehingga Darjah 3 Ugama adalah mengikuti Pendidikan Ugama mereka di sekolah rendah masing-masing. Manakala, pelajar-pelajar yang menuntut dalam Darjah 4 hingga Darjah 6 Ugama masih meneruskan pembelajaran di sekolah-sekolah Ugama seperti lazimnya. Melalui pengintegrasian ini, mata-mata pelajaran yang lazimnya diajarkan di sekolah-sekolah ugama diserapkan ke dalam kurikulum pendidikan umum di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta termasuk sekolah-sekolah antarabangsa.

 

Mengikut pindaan Akta Pendidikan Wajib, tahun 2024 juga merupakan permulaan bagi persekolahan kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun untuk wajib bersekolah, khususnya mereka yang terdiri daripada warga Negara Brunei Darussalam dan yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam. Bagi kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun pada 31 Disember adalah diwajibkan mendaftar bagi kemasukan prasekolah bermula awal tahun berikutnya. Pendaftaran bagi kemasukan sesi persekolahan mulai Januari 2024 telahpun dibukakan bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun untuk mengikuti kelas Pra di Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan. Manakala bagi kanak-kanak yang belum berkesempatan untuk membuat pendaftaran, mereka masih diberi peluang untuk mendaftar di Sekolah-Sekolah Rendah masing-masing.

 

Di kesempatan ini, Kementerian Pendidikan sukacita menyeru dan menasihatkan para ibu bapa atau penjaga untuk memberikan kerjasama dalam memastikan anak-anak mereka menghadiri sesi persekolahan agar tidak tercicir dalam pembelajaran atau mendapat pendidikan, lebih-lebih lagi bagi yang masih dalam lingkungan umur Akta Pendidikan Wajib.

 

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/002(M)
Tarikh: 20 Jamadilakhir 1445H / 2 Januari 2024M