TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION SCHOLARSHIP SCHEME (BPTV) ACADEMIC SESSION 2024/2025

Apr 1, 2024

TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION SCHOLARSHIP SCHEME (BPTV)

ACADEMIC SESSION 2024/2025

Monday, 21 Ramadan 1445H / 01 April 2024M

 

BERAKAS - Ministry of Education through the Department of Scholarship Management is pleased to announce that applications for the Technical and Vocational Education Scholarship Scheme (BPTV) for the academic year 2024/2025 specifically for eligible 'O level' school leavers to pursue higher education at local private higher institutions will commence on today, 1 April 2024 at 8:30 am and will be closed on Thursday, 2 May 2024 at 4.00 pm.

 

The BPTV scheme is offered by the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam which envisaged to fulfil the increasing demand for technical and vocational education in the country.

 

This scheme provides opportunities for school leavers at the 'O' level to continue their studies to a higher level and with the hope to envision Brunei's Vision 2035 in producing educated and highly skilled citizens. 

 

The public, especially 'O' level school leavers who meet the set requirements are welcomed to apply for the BPTV Scholarship Scheme.

 

Surat Pemberitahuan with reference 1/2024 and the BPTV Scheme (BPTV/A) application form can be obtained from the Ministry of Education website: www.moe.gov.bn. The completed forms and all required documents must be submitted through the procedures set up by the Department of Scholarship Management, Ministry of Education no later than 2 May 2024 at 4.00pm.

 

Any enquiries on this matter, interested applicants can contact the Department of Scholarship Management, Ministry of Education as follows:

Office Number:           2380019

Monday to Thursday and Saturday 

During Ramadan : 8.00 am – 2.00 pm 

After Ramadan: 7.45 am – 12.15 pm and 1.30 pm – 4.30pm

Email: bptv@moe.gov.bn or scholarship@moe.gov.bn


To download Surat Pemberitahuan and BPTV form, click here. 

_____________________________________________


SKIM BIASISWA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (BPTV)

SESI AKADEMIK 2024/2025

Hari Isnin, 21 Ramadan 1445H / 01 April 2024M

 

BERAKAS - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa akan membukakan permohonan bagi Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) bagi Sesi Akademik 2024/2025 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta dalam negeri pada hari ini 1 April 2024, jam 8:30 pagi dan akan ditutup pada hari Khamis, 2 Mei  2024 jam 4.00 petang.

 

Skim ini disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini.

 

Dengan adanya skim ini, ianya akan dapat memberi peluang pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya bagi menyahut Wawasan Brunei 2035 dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. 

 

Dalam hubungan ini, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat 'O' yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan biasiswa Skim BPTV. 

 

Surat Pemberitahuan bilangan 1/2024 dan borang permohonan Skim BPTV (BPTV/A1) boleh didapati dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan: www.moe.gov.bn. Borang-borang yang telah lengkap diisikan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan tidak lewat pada hari Khamis, 2 Mei 2024 jam 4.00 petang.

 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan seperti berikut:

 

No. Telefon Pejabat:   2380019

Isnin hingga Khamis dan Sabtu

Semasa Bulan Ramadan : 8.00 pagi – 2.00 petang

Selepas Bulan Ramadan : 7.45 pagi – 12.15 tengah hari dan 1.30 petang – 4.30 petang

E-mel: bptv@moe.gov.bn or scholarship@moe.gov.bn


Untuk memuat turun Surat Pemberitahuan dan borang BPTV, klik di sini.​


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/045 (M)

Tarikh: 21 Ramadan 1445H / 01 April 2024M​