NUZUL AL-QURAN COMMEMORATION CEREMONY 1445H / 2024M

Apr 2, 2024

NUZUL AL-QURAN COMMEMORATION CEREMONY

1445H / 2024M

Tuesday, 22 Ramadan 1445 / 2 April 2024

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Information and Communication Technology and Lifelong Learning Centre, today held a Nuzul Al-Quran Commemoration Ceremony 1445H / 2024M at the Main Hall, Ministry of Education New Building.


Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Awang Haji Raminey bin Hj Salleh, Chief Scholarship and Welfare Officer from the Department of Scholarship Management, Ministry of Education.


The event proceeded with a religious lecture titled “Al-Quran Pedomanku" delivered by Yang Mulia Awang Haji Muhammad Najib bin Haji Awang, a Religious Development Officer, from the Islamic Da'wah Centre, Ministry of Religious Affairs.

The ceremony is one of the Ministry's annual activities in commemorating a historic event when the first verses of the Al-Quran were revealed to the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam from Allah Subhanahu Wata'ala.

Also present were Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments as well as officers and staff of the Ministry of Education.



______________________________



MAJLIS SAMBUTAN MEMPERINGATI NUZUL AL-QURAN

TAHUN 1445H / 2024M

Hari Selasa, 22 Ramadan 1445 / 2 April 2024


BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat pada hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Memperingati Nuzul Al-Quran bagi peringkat Kementerian Pendidikan tahun 1445H / 2024M di Dewan Utama, Bangunan Baru, Kementerian Pendidikan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Raminey bin Hj Salleh, Ketua Pegawai Dermasiswa dan Kesejahteraan, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan.

Acara kemudian diserikan dengan ceramah khas bertajuk “Al-Quran Pedomanku" yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Najib bin Haji Awang, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Acara tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian dalam sama-sama memperingati peristiwa bersejarah berkenaan dengan turunnya ayat-ayat pertama kitab suci Al-Quran Al-Karim kepada baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai wahyu Allah Subhanahu Wata'ala.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan para pegawai serta kakitangan Kementerian Pendidikan.​



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/045 (M)

Tarikh: 22 Ramadan 1445 / 2 April 2024