CLEANLINESS CAMPAIGN ACTIVITY IN MUKIM LUMAPAS AND MUKIM SUNGAI KEBUN

May 12, 2024


CLEANLINESS CAMPAIGN ACTIVITY 

IN MUKIM LUMAPAS AND MUKIM SUNGAI KEBUN

Sunday, 3 Zulkaedah 1445 | 12 May 2024



The Ministry of Education through the Department of Administration and Services in collaboration with the Department of Planning and Estate Management, organised a cleanliness campaign activity today in parts of the roads and village areas in Mukim Lumapas and Mukim Sungai Kebun.


The guest of honour to launch and participate in the campaign was Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education.

120524 - AKTIVITI KEMPEN KEBERSIHAN   DI MUKIM LUMAPAS DAN MUKIM SUNGAI KEBUN (6).png

Kempen.png


This Cleanliness Campaign is an effort by the Ministry of Education to support the initiatives of the Steering Committee on Cleanliness Issues (JIIK) in ensuring that the environment of Brunei Darussalam is clean and free from any pollution and to raise awareness among village residents and the general public about the importance of environmental cleanliness.


The event commenced with the recitation of Doa Selamat led by Yang Mulia Ustaz Yusri bin Sulaiman, Trained Religious Teacher from Sekolah Menengah Awang Semaun, proceeded by a brief safety briefing before initiating the cleanliness campaign.


The cleaning effort was focused on several roads divided into 8 zones, specifically in Mukim Lumapas including Kampung Sungai Asam, Kampung Lumapas A, Kampung Lupak Luas, and the entrance area to Taman Rekreasi Bukit Saeh. Mukim Sungai Kebun involved Kampung Sungai Kebun, Kampung Setia A, Kampung Setia B, and Kampung Sungai Siamas.


The campaign, joined by approximately 300 members of the Ministry of Education, 100 residents of the mukims and villages, collected more than 800 kilograms of litter.

120524 - AKTIVITI KEMPEN KEBERSIHAN   DI MUKIM LUMAPAS DAN MUKIM SUNGAI KEBUN (7).png


Also present at this event were Yang Berhormat Members of the Legislative Council as the Penghulu of Mukim Lumapas, Head of Kampung Putat and Head of Kampung Lumapas; Yang Mulia Permanent Secretary (Planning, Landuse and Environment), Ministry of Development; Yang Mulia Deputy Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education; Yang Mulia Acting Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate), Ministry of Education; Yang Mulia Acting District Officer of Brunei and Muara; Head of Kampung Sungai Kebun; Village Heads; Officers from the Secretariat of the Steering Committee On Cleanliness Issues; Officers from the Ministry of Education and residents of the mukims and villages involved.


_____________________________________________________



AKTIVITI KEMPEN KEBERSIHAN 

DI MUKIM LUMAPAS DAN MUKIM SUNGAI KEBUN

Hari Ahad, 3 Zulkaedah 1445 | 12 Mei 2024


Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan dengan kerjasama Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet telah mengendalikan aktiviti kempen kebersihan di sebahagian jalan raya dan kawasan kampung di Mukim Lumapas dan Mukim Sungai Kebun hari ini. 


Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan dan menyertai kempen berkenaan ialah Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan. 


Kempen Kebersihan ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan dalam menyokong inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) dalam memastikan persekitaran Negara Brunei Darussalam adalah bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran di samping memberi kesedaran kepada penduduk kampung dan orang awam tentang pentingnya kebersihan kawasan persekitaran. 


Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Yusri bin Sulaiman, Guru Ugama Terlatih dari Sekolah Menengah Awang Semaun, diikuti dengan penerangan ringkas keselamatan sebelum memulakan kempen kebersihan.


Usaha pembersihan tertumpu kepada beberapa jalan raya yang dibahagikan kepada 8 zon, iaitu di Mukim Lumapas meliputi Kampung Sungai Asam, Kampung Lumapas A, Kampung Lupak Luas, dan kawasan masuk ke pondok Taman Rekreasi Bukit Saeh. Di Mukim Sungai Kebun, kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kampung Sungai Kebun, Kampung Setia A, Kampung Setia B, dan Kampung Sungai Siamas. 


Kempen yang disertai oleh kira-kira 300 orang warga Kementerian Pendidikan, 100 orang penduduk mukim dan kampung itu telah mengumpulkan lebih daripada 800 kilogram sampah-sarap.


Turut hadir pada acara ini ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Lumapas, Ketua Kampung Putat dan Ketua Kampung Lumapas; Yang Mulia Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah, dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Penghulu Mukim Sungai Kebun; Ketua-Ketua Kampung; Pegawai-pegawai dari Urusetia Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan; Pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan serta penduduk-penduduk mukim dan kampung yang terlibat. 


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/54 (M)

Tarikh: 3 Zulkaedah 1445H / 12 Mei 2024M