THE MINISTRY OF EDUCATION'S DOA KESYUKURAN AND DOA SELAMAT CEREMONY FOR INTENDING HAJ PILGRIMS 1445 / 2024

May 13, 2024

 

THE MINISTRY OF EDUCATION'S DOA KESYUKURAN AND DOA SELAMAT CEREMONY

FOR INTENDING HAJ PILGRIMS 1445 / 2024

Monday, 4 Zulkaedah 1445 / 13 May 2024

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Administration and Services, the Corporate Communications Division and the Entrepreneurship Innovation Centre (EIC) today held a Doa Kesyukuran and Doa Selamat ceremony for a total of 86 Intending Haj pilgrims consisting of officers and staff under the Ministry of Education for 1445 /2024. The event was held at Dewan Utama, Curriculum Development Department, Ministry of Education.

 

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam.

 

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Awang Haji Rozaidi bin Hj Md Daud, Senior Education Officer, Department of Administration and Services, Ministry of Education, followed by the handover of donations to the intending haj pilgrims and souvenirs as a token of appreciation to the invited speaker by the Guest of Honour.

 

The ceremony continued with a talk titled “Lambaian Tanah Suci" delivered by Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Mosque Affairs Officer, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah. The event concluded with a recital of the Doa Selamat.

 

Among the objectives of the Majlis Doa Kesyukuran and Doa Selamat were to seek the blessings of Allah Subhanahu Wa Ta'ala for all intending Haj pilgrims from the Ministry of Education's protection, safety and well-being throughout their pilgrimage and achieving a Mabrur Haj (perfect Haj). In addition, it was also to uphold the spirit of worship and compassion especially among the officers and staff of the Ministry of Education.

 

Also present at the ceremony were Permanent Secretaries, Rector, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, senior officers and staff of the Ministry of Education.​

________________________________________


MAJLIS DOA KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT BAGI BAKAL JEMAAH HAJI

TAHUN 1445 / 2024, KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Isnin, 4 Zulkaedah 1445 / 13 Mei 2024


BERAKAS Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Bahagian Komunikasi Korporat dan Pusat Keusahawanan Inovasi pada hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Doa Selamat bagi 86 orang bakal jemaah haji 1445 /2024 yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan bertempat di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Rozaidi bin Hj Md Daud, Pegawai Pelajaran Kanan, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan dan disusuli dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal haji dan cenderahati kepada penceramah yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.

 

Seterusnya, majlis diikuti dengan ceramah bertajuk “Lambaian Tanah Suci" disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani Bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

 

Antara tujuan Majlis doa kesyukuran dan doa selamat bagi bakal jemaah haji diadakan adalah bagi memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar kesemua bakal jemaah haji Kementerian Pendidikan akan mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam keadaan sihat serta memperolehi haji yang mabrur. Majlis ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat untuk beramal ibadat dan sikap pemedulian khasnya di kalangan warga Kementerian Pendidikan.

 

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap,​ Rektor, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan Kementerian Pendidikan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/056 (M)

Tarikh: 4 Zulkaedah 1445 / 13 Mei 2024​