THE OUTSTANDING ACHIEVERS AWARDS CEREMONY 2023

May 29, 2024

THE STUDENT EXCELLENCE AWARD CEREMONY 2023

Wednesday, 20 Zulkaedah 1445 / 29 May 2024

 

BERAKAS – The Ministry of Education today held The Student Excellence Award Ceremony 2023 for students who achieved excellence in the GCE 'A' Level, International Baccalaureate (IB) / International 'A' Level, GCE 'O' Level / IGCSE, Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate and Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Examinations at the Main Conference Hall, International Convention Centre, Berakas.

 

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam.

WhatsApp Image 2024-05-31 at 14.48.25.jpeg

The ceremony began with the recitation of the Al-Quran verses by Yang Mulia Awang Mohammad Fauzan Syahraimi bin Haji Mohammad Aslenan, Year 11 student from Sekolah Menengah Sayyidina Hussain, followed by a welcome speech by Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Acting Director of Special Education, Department of Special Education, Ministry of Education, as Co-Chairperson of the event. The ceremony continued with the presentation of awards to the students by the Guest of Honour and ended with the recitation of a Doa Selamat by Yang Mulia Awang Haji Abdul Malik bin Haji Jumat, Mosque Affairs Officer at Masjid Kampung Sungai Hanching.

WhatsApp Image 2024-05-31 at 14.48.29.jpeg 

WhatsApp Image 2024-05-31 at 14.48.28.jpeg 


A total of 212 students from Government Primary and Secondary Schools, Colleges and Sixth Form Centres as well as Private and International Schools nationwide have received awards according to the categories which were:-

 

  1. Cambridge Outstanding Achiever Award (COAA);
  2. Outstanding Achiever in GCE 'A' Level Award;
  3. GCE 'A' Level Special Award (Department of Special Education);
  4. Outstanding Achiever in International Baccalaureate (IB) / International 'A' Level Award;
  5. Outstanding Achiever in GCE 'O' Level / IGSCE Award;
  6. GCE 'O' Level / IGSCE Special Award (Department of Special Education);
  7. Outstanding Achiever in Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate Award;
  8. Outstanding Achiever in Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Award and
  9. Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Special Award (Department of Special Education)

WhatsApp Image 2024-05-31 at 14.48.32.jpeg
WhatsApp Image 2024-05-31 at 14.48.31 (1).jpeg
WhatsApp Image 2024-05-31 at 14.48.33.jpeg
WhatsApp Image 2024-05-31 at 14.48.31.jpeg

Among the objectives of the Student Excellence Award Ceremony 2023 is to give recognition and appreciation to students who show excellence in academics, especially in public examinations, as an encouragement to be more enthusiastic in achieving excellence in the future. Through this award ceremony, the Ministry of Education also shows appreciation to the parents and guardians for their continuous support and encouragement to their children while giving recognition to the school for the initiatives implemented throughout the year in achieving excellent results in public examinations.

 

The Student Excellence Award is an annual award ceremony organised by the Ministry of Education through the Department of Schools, Department of Examinations, Department of Private Education and Department of Special Education in collaboration with the Cambridge Assessment International Education (CAIE).

 

Also present at the ceremony were the Permanent Secretary (Core Education), Vice Chancellor of Universiti Teknologi Brunei, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Department and Senior Officers from the Ministry of Education; School Leaders as well as parents and guardians of award recipients.


_____________________________________________

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG TAHUN 2023

Rabu, 20 Zulkaedah 1445 / 29 Mei 2024


BERAKAS – Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2023 bagi pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan GCE 'A' Level, International Baccalaureate (IB) / International 'A' Level, GCE 'O' Level / IGCSE, Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Mohammad Fauzan Syahraimi bin Haji Mohammad Aslenan, pelajar Tahun 11 dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dr. Eddy Fazlin bin Haji Amdan, Pemangku Pengarah Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Majlis. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada para pelajar yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis dan diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Malik bin Haji Jumat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Sungai Hanching.

 

Seramai 212 orang pelajar dari Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Kerajaan serta Sekolah-Sekolah Swasta dan Antarabangsa seluruh negara telah menerima anugerah mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu:- 

 

  1. Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge (COAA);
  2. Anugerah Pelajar Cemerlang dalam GCE 'A' Level;
  3. Anugerah Khas (Jabatan Pendidikan Khas) GCE 'A' Level;
  4. Anugerah International Baccalaureate (IB) / International 'A' Level;
  5. Anugerah Pelajar Cemerlang dalam GCE 'O' Level / IGCSE;
  6. Anugerah Khas (Jabatan Pendidikan Khas) GCE 'O' Level / IGCSE;
  7. Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate;
  8. Anugerah Pelajar Cemerlang Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan
  9. Anugerah Khas (Jabatan Pendidikan Khas) Penilaian Sekolah Rendah (PSR)

Antara objektif Anugerah Pelajar Cemerlang 2023 diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik khususnya di dalam peperiksaan awam dan sebagai dorongan serta galakan kepada pelajar-pelajar supaya lebih bersemangat untuk meraih kecemerlangan di masa hadapan. Melalui penganugerahan ini, Kementerian Pendidikan turut memberikan penghargaan kepada ibu bapa dan penjaga atas sokongan dan dorongan yang berterusan kepada anak-anak mereka di samping memberikan pengiktirafan kepada pihak sekolah atas inisiatif yang dilaksanakan sepanjang tahun dalam mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan awam.

 

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang merupakan penganugerahan tahunan Kementerian Pendidikan yang dikendalikan oleh Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Cambridge Assessment International Education (CAIE).

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan daripada Kementerian Pendidikan; Pemimpin-Pemimpin Sekolah serta ibu bapa dan penjaga pelajar yang menerima anugerah.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/062 (M)

Tarikh: 20 Zulkaedah 1445 / 29 Mei 2024​